Tuesday, September 27, 2011

Diet dan Jimat!



Semenjak dua menjak nie aku busy giler dengan macam-macam kerja, naik pening mak pikirkan masa depan sampai kena bertungkus lumus ke hulu ke hilir mencari rejeki. Oh ya..! Sekarang aku menetap di Port Klang. entah macam mana tetiba aku duk kat sini. Aneh sungguh citarasa aku. Tak urban langsung. Kahkah. 

Oleh kerana kesibukan hidup yang melampau, sampai terkejar-kejar untuk makan dan minum ditambah lagi dengan berkejar-kejaran untuk mencari duit, aku decide untuk amalkan kehidupan serba ringkas. Senang cerita, nak jimat punya pasal aku harus diet secara besar-besaran. Ingat senang ke nak cari duit masuk poket tak keluar-keluar? Susah hooooi! sebab tu aku cuba disiplinkan diri untuk mengamalkan diet rendah karbohidrat dan rendah lemak.

Berdasarkan maklumat yang aku kumpul, pemilik darah jenis O macam aku nie sesuai amalkan diet rendah karbohidrat. So, no bijirin, no pasta, and no nasi for me. Seksa batin mak okeh. Seksa bukan sebab lapar tapi sebab sistem perkumuhan mula berterabur.! disebabkan aku tak amik karbohidrat langsung, maka aku berak pun tanpa warning. Tak de rasa memulas ke hape ke. Rasa cam nak keluar je terus mengelupur ke tandas. Tak payah termenung tunggu tahik sebab laju je najis tu keluar...derita! 

Even aku kurangkan pengambilan karbohidrat, aku turut kurangkan pengambilan lemak dan protein yang tinggi. Bahaya juga tu takut nanti tak terkawal pengambilan. Kan silap-silap dapat sakit jantung pulak.! Disebabkan diet yang ntah apa-apa tu aku pun tak tahu sekarang nie aku tengah diet ke tengah kebulur.?? Kesian tak? Tapi sebab dah nekad nak kumpul duit nak beli kereta sebijik kena la jugak bertahan. Jimat duit wa cakap lu! Silalah mula berdiet bagi mereka yang nak cepat kaya. *motiffff????*

Sebelum ku ucap selamat tinggal meh aku bagi tips bajet kewangan bagi yang nak ikut program diet sambil kumpul duit cam aku nie.

Breakfast : 

Biasa : Roti krim Gardenia @ Nasi Lemak + Nescafe  = RM 3 

Sekarang : Biskut 2 keping + air putih = RM 0.50

Lunch :

Biasa : Nasi Campur + air  = RM 6

Sekarang : Buah @ roti krim gardenia  + Air putih = RM 1

Dinner : 

Biasa : Mee/ Nasi/ Bihun goreng + Air = RM 5

Sekarang : Seketul Ayam/ ikan atau sup sayur + Air Putih = RM 3

Supper : 

Biasa : Snek/ Buah atau Roti = RM 2

Sekarang : Tak peyah mengada nak supper bagai! = RM 0

Dulu belanja at least RM 16 sehari dan sekarang cuma RM 4.50 saje. Kayooo makkk!


p/s : Selain jimat duit, aku pun dapat jimat masa sebab tak mengantuk langsung. 

1 komen:

sUe UnniE;) said...

bile mase pulak ko da kuar klate ni..?

takde mkne nyer aku bole diet bile tersadai kat umah mcm ni..demmm~