Monday, January 31, 2011

Imiginasi

Bagi orang yang super duper busy konon macam aku nie, cuti adalah sangat tidak bermakna. Haruslah kena buat macam-macam kerja masa cuti, macam-macam tu tak termasuk pergi curi durian umah mak jah, bagi penampar kat siti atau rampas kekasih khatijah. No no no. Mak tak buat kerja camtu dek non. Disebabkan tekanan sana sini yang boleh buat aku injured atau sekurang-kurangnya cramp kat hati atau jantung.. aku lebih suka habiskan sebahagian masa dengan imiginasi. =_='. Gila loser camni gaya aku hidup. dem. Ahh, suka hati la buat apa pun. 

imiginasi pertama.! aku bayangan aku nie penyanyi. oke. sila dengar macam-macam lagu yang best dan nyanyi. Anggap saja sedang buat performance. OMG, boleh latih keyakinan diri tahap tertinggi tau! hahaha. Dengar lagu ulang-ulang sampai hafal lirik. lagu omputih, melayu, jepun, hindustan? sume aku sapu. I kan artis yang versatile, setakat pat belas bahasa tu boleh sangat! *sambil kibas tangan. 

imiginasi kedua. Anggap diri sangat fofular dan digilai ramai. Jadi harus update twitter setiap 5 saat. Nanti orang tak tahu perkembangan diri aku. Kalo diorang marah camne? so, update sebelum orang marah, even just nak minum nescafe. dem sekali lagi. follower tak sampai 50 orang ade hati nak mengaku fofular. kepochi betul kans. Tak pe. Tak pe. Mungkin satu hari nanti akan fofular, jadi kena mulai berlatih untuk hadapi sume tu starting today.! oh ya. imiginasai tak perlu bayar. suka hati i la.

imiginasi ketiga. Bila tiba-tiba rasa lapar, bayangkan sedang makan kat restoren bombastic, makan spegeti yang paling sedap kat dunia...spageti paling sedap mesti berkuah kari. Ye...tepat sekali..maggi. again....fuhh  Untuk tambah kesan khas kemewahan perlu letak sosej sikit dan sos cili...dan sos cili haruslah yang percuma yang mekdi bagi! dan kalau mahu lebih eksklusif  kena makan pakai chopstick dan diiringi muzik kelasik! awesome kan hidup i..? Kalau nak makan dessert, tatap je gambar icekrim yang cari kat google lebih kurang pat, lima minit. Harus cari yang bermacam perisa dan mahal tau! macam kat bawah nie....



banyak tak? hmm, kena kongsi dengan rumet. Jangan kedekut sume...! Oke lah kita bersambung lagi kemudian sebab aku rasa dah sampai masa untuk flight ke tokyo. Ada konsert uols. hidup i memang hectic! ke sebenarnya pathetic? T____T. 


p/s : kuasa google...macam-macam boleh buat.. banyak layari internet aku nie. haishhh.

Aku masih sayang kau

Dulu, masa kita jadi kawan. Senang je, mesej sepatah... berpatah-patah kau jawab. Kau pernah marah aku sebab selalu mesej pendek-pendek. Kau kata aku membazir... ye la, panjang ke pendek ke bayar tetap sama. Setiap jam kau tanya khabar aku. Sampai bila kau atau aku keluar dengan member pon kau bagitau aku, kononnya kalau apa-apa jadi, at least aku taw.Tapi sekarang, usahkan kau nak mesej... bila aku mesej pon tak masuk fon kau. Kau tutup fon ea?

Dulu, masa kita jadi kawan. Boleh katakan hari-hari aku atau kau akan telefon. Gilir-gilir. Dulu kau ajar aku buat super savers la, activ10 la...friend finder segala. Kau kata lebih jimat, cakap berjam-jam pon tak pe. Sanggup tunggu pukul 12 tengah malam, buat super savers untuk telefon kau. Bila tamat sejam, kau pulak buat... pukul tiga, pat pagi baru masing-masing tido. Entah ape yang kita cerita sampai berjam-jam...ha ha ha... Tapi sekarang, usahkan sekali sehari...sebulan sekali pon tak mungkin.

Dulu, masa kita jadi kawan. Kau tahu aku sakit...terus je kau datang cari aku. Kau kata kau bimbang. Siap bawa ubat..kita keluar makan. Berdua. Ye berdua..sebab kau suka keluar dengan aku..ade je benda kita nak cerita..sampai tak menyempat nak buat apa-apa. Cari port, duduk minum atau makan dan bercerita, gelak-gelak berjam-jam. Sumpah tak bosan. Tapi sekarang, bila kau datang..aku dah tak tahu nak cakap apa... pandang kau pon aku jadi kekok. Kenapa ya?

Aku taw kau masih sayang aku. Sebab aku masih kawan kau. Tapi mana kau sekarang.? Atau mungkin kau pon sedang tanya dan fikir benda yang sama. Entah. Aku tak tahu...sebab kita dah tak faham satu sama lain. Sedar tak sedar kita dah makin jauh. Makin jauh... 

Seriously...aku mula rindu kau. Ye..aku rindu kau sangat-sangat. Kau?


p/s : aku dengar lagu Count On Me ulang-ulang kali...aku rindu kau lah bodoh!






Sunday, January 30, 2011

HAQ...dari pandangan aku



Aku nie jenis yang jarang luangkan masa untuk menonton wayang terbaru...sibuklah katakan. Since sekarang nie cuti semester sempena CNY, dan seperti yang sedia maklum tak de kedai makan yang buka kat kolej, jadi terpaksa la keluar makan. Sambil keluar makan, aku spend time untuk tengok movie. Oh ya, aku keluar dengan adik manisss Cik Zara.

20 minit pertama tengok citer nie aku dah gelak-gelak sampai sume orang dalam panggung tu tensen. Neway, tak ramai pon. Citer dia tak berunsur komedi, tapi mungkin sebab too much motion, scenes tak related antara satu sama lain buat aku tergelak dan geleng-geleng kepala. Cerita berkisah tentang dendam, tapi tak kuat sangat la point dendam tu, jeles? Tak di elaborate sangat jeles tu... plot cerita tak kuat dan peleraian dia pon cam kelakar. Pendapat aku, mugkin orang yang buat cerita nie terpengaruh sangat dengan citer omputih.! Banyak scenes yang tak patut diwujudkan. Buang masa. Tapi aku tunggu juga sampai abes coz nak tahu siapa penulis skrip. dan, sayang sekali...tak de penulis skrip coz mereka adalah panel skrip production tu.

Aku nie pengkritik bebas... aku sokong je citer dari Malaysia, kalo tak..takkan la aku tengok kan, tapi banyak yang perlu diteliti perlu dikaji.