Sunday, July 31, 2011

Pengesahan Lewat Daripada Astro.Selepas AF tamat.

Kebanyakkan rumah langgan Astro kan? Rumah aku baru sampai notis mintak duit lebih dai Astro, bukankah penyelarasan harga 11 Julai ritu? Awat lewat sampai surat nie?. Jahat sungguh  Astro nie, esok nak puasa depa sahurkan aku dengan notis kenaikan harga. muka buat-buat terkejut dan baru tahu harga naik

Aku quote sikit surat depa...

"Dukacita, akibat tekanan kos yang berterusan, termasuk kos tanggungan global dan tempatan serta hak-hak siaran, harga pakej-pakej tertentu akan disemak, termasuk pakej langganan anda"
Aku suka!!! pakej aku disamak disemak....auuuw! Mungkin sebab Akademi Fantasia dah tamat so depa tertekan dan naikkan harga. Tak pe la. Dah naik pun, dah bayar pun. bagi yang masih tak tahu atau nak langgan astro bolehlah rujuk jadual dibawah. 



p/s : hari tu Astro buat ura-ura kenaikan harga....aku nak buat ura-ura jugak...ura-ura mengatakan aku akan stop langgan astro mula kedengaran...hemmmm.

Saturday, July 30, 2011

Pity Me


Friday, July 29, 2011

ShoutBox



Pengumuman

Kalau korang perasaan la...dulu ShoutBox aku tertempek cam biasa tu. Sekarang dah tak de kan? Aku tak buang terus okeh! nehi, nehi,nehi! Cuma, sekarang aku dah buat jenis keluar masuk atau buka tutup.  Sila-silalah menjerit kat situ eh. Bukan apa, kalau korang dah scroll bawah korang dah tak payah scroll balik untuk tulis pape. Mudahkan.? So jangan segan-segan tekan butang ShoutBox tu..teheeee. Kredit untuk bantuan pakar...!