Tuesday, July 26, 2011

Ex-Housemate

Lepas habis praktikal nie..memang bagai terputus hubungan dengan housemates, rindu bangat kat diorang dan paling rindu dengan masakan diorang. Sume jenis terer memasak plak tu, memang tak jemu la makan sehari-hari...ada saja masakan baru. Untung bila serumah dengan mereka yang dari pelbagai negeri nie, bleh kongsi-kongsi resepi, Ain dari Johor, of course segala masakan jawa di ajarnya... rindu dengan ayam masak ungkep, soto, mee bandung banyak lagi lah.


Aku cuba-cuba la masak, manalah taw air tangan orang Pantai Timur nie bleh masak masakan jawa. hahaha. Nasib baik jadi, so tak malulah kalau serumah dengan orang jawa nanti..ececece. Si Syud plak suka sangat dengan Laksa Sarawak. Tapi aku takleh cuba masak lagi, sebab paste dia tak de dijual kat sini. Kempunan jugak nak makan tu... tapi hari tu try buat samosa dan karipap pusing yang ingat-ingat lupa resepinya...hahaha. Kesian, tak nampak sangat berpusing karipap tu, tapi inti dah sedap dah..hahaha. stok puji diri sendiri.

  

Nanti kalau ada rezeki sesaper nak pegi Sarawak, aku nak kirim banyak-banyak. Lepas geram okeh..!Lama tak pekena. Satu lagi makanan yang aku belajar makan masa duk dengan diorang ialah Sambal Tenmpoyak... Sedapppp...! Kalau aku plak, dah diorang selalu masak makanan gitu, aku masak western untuk diorang. Western kan senang...ecece, sempat lah jugak aku masak beberapa masakan yang aku mahir. 

Seronok bila bertukar idea masakan dengan diorang, lagi pula semua jiwa muda dan suka mencuba. So kalau aku masak pelik-pelik sikit, diorang tak de hal punya nak makan. Senang kan? Sejak duduk rumah sewa tu sampai sekarang, aku dah tak minat shopping cam perempuan normal lain shopping, aku lagi minat buat grocery shopping. So, tadi aku dah pegi beli barang, esok nak masak roti jala. hahaha. Senang kalau tahu masak nie...mengidam pape, tinggal masak je. kalau beli kat luar, tekak plak tak berkenan, duit tetap habis. demm.


Gambar sumber dari : Google

4 komen:

budak ciput said...

best ah housemate pandai masak and RAJIN.
aku ni housemate pandai masak cume tak RAJIN jek..


**sorii mimi!!!



dlm seminggu sekali jek masak.
dems. gile kaya kitorang kan eh gile malas kan?

hahaha.

Oda Willy said...

hahaha...bab mls tu mmg kena buang jauh-jauh... kiteorg masa duk umah sewa just keluarkan 70 je sebulan termasuk bil air,elektrik dah tu...jimat kan?

ipa faiza~ said...

mmg la lau duduk smpai 6 org!!

aku duk berdua je oke.

beras kg pun x hbes2.

hahaha :P

Oda Willy said...

tu la pasai...sebab korang duk ber2 je..nak masak pun x koserr...haha