Tuesday, July 19, 2011

Info : Kiraan dan Bayaran Zakat dan Fidyah

Alhamdulillah, tak lama lagi kita dah nak puasa dah kan? Bila sebut pasal bulan Ramadhan nie, aku asik teringat pada zakat je. Jangan buat-buat lupa plak nak bayar zakat bagi yang memenuhi syarat tu. Tuntutan agama jangan dipandang ringan, dan bagi yang tak berganti puasa tu sila-silalah ganti puasa atau bayar fidyah bagi yang terlepas. 

Aku rasa hampir sume orang sedia maklum siapa yang wajib untuk membayar zakat nie, dan aku bukanlah tergolong dalam kumpulan yang mampu membayar zakat. Al-maklumlah, masih disara keluarga.  Oleh kerana tadi aku tolong umi aku settlekan pasal kiraan zakat so aku nak share lah jugak info dengan korang kan. Manalah tahu ada yang tersalah faham atau tidak menyedari beberapa perkara tentang zakat, al maklumlah.. kita nie kekadang berat mulut sangat nak bertanya dan mostly serah pada bank untuk tolak zakat nie.

Antara zakat yang perlu dibayar ialah of course yang paling glemer sekali zakat Pendapatan, selain tu, ada juga zakat Perniagaan, Wang Simpanan, Emas, Saham, KWSP dan lain-lain lagi.


Contoh kiraan zakat (zakat emas) adalah seperti berikut : 

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Korang juga boleh klik Pusat Pungutan Zakat untuk dapatkan lebih banyak maklumat tentang zakat. Dekat laman web tu juga disediakan ruangan kalkulator untuk korang kira sendiri berapa jumlah zakat yang sepatutnya korang bayar, serta cara bayarannya sekali, so taklah pening kepala naik kaki tangan kira jumlah bayaran yang wajib dibayar.. ye dak? Selain tu dekat web itu juga disediakan info mengenai pembayaran fidyah serta cara kiraannya... ala tak rumit pun, cuma masukkan je maklumat, dan kiraan akan dibuat untuk korang. Jika korang layari laman web tu jangan lupa klik dekat ruangan fatwa, mungkin ada yang salah faham mengenai zakat, so penjelasan diberikan sepenuhnya kat ruangan tersebut.

Zakat? Keluarga kami dah, anda?...Selamat menunaikan ibadah. :)




0 komen: