Dua-dua sama. Kena berhimpun ramai-ramai di bawah terik mentari dan balik rumah dalam keadaan penat dan letih tubuh badan. Aku syak, rakyat Malaysia sekarang dah makin kuat beriadah. Pengaruh idealisme barat mungkin.
Satu pihak buat Larian Satu Murid, Satu Sukan sejauh 1.5km, aku pun tak tahu saper punya idea asal larian nie sebenarnya. Mungkinkah mereka ini adalah makhluk yang suka berjoging dan berlari-lari anak? Murid di seluruh Malaysia akan berkumpul dan berlari secara serentak di seluruh negara pada hari Sabtu nie bersamaan dengan 2 Julai 2011. Paling kelakar bila pelajar tidak dibenarkan memakai baju warna kuning dan hijau. Secara mudahnya kena pakai baju putih. Dan larian ini adalah wajib disertai bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Bagus larian nie, tapi apa impaknya kepada masyarakat? Dan rata-rata pelajar masih terlalu mentah untuk memahami makna tersirat disebalik larian nie dan bagaimana pula dengan sekolah yang hanya punyai satu kaum saja. Keberkesanannya di mana?
Satu pihak lagi buat perhimpunan kononnya secara aman pada 9 Julai 2011. Matlamat utama Bersih adalah untuk mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. Ironinya, siapa yang pakai baju kuning akan ditangkap. Tapi mampu ke perhimpunan nie berikan demokrasi secara total kepada masyarakat. Ya. Mungkin kerajaan sedikit terkesan, tapi apa kesannya kepada masyarakat.? Hanya mereka yang bergelumang dengan politik saja akan fahami propaganda yang dilaungkan. Rata-rata masyarakat cuma tersentak dengan kadar inflasi, yang melibatkan wang ringgit dan kos sara hidup, selebihnya cuma akan jadi bualan kedai kopi saban hari.
Dan aku semakin tak faham. Ape kena nie der? Kalau semuanya bermotifkan politik semata-mata, jangan jadikan rakyat sebagai mekanisme bela diri ahli-ahli politik sekalian. Matlamat tak menghalalkan cara. Dan jangan jadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang penuh sitkom. Inilah masalahnya bila berjuang untuk kepentingan sesama manusia semata, bukannya untuk agama. Bila semua perkara berlandaskan agama, pasti pulangannya lebih lumayan.
Selepas kerajaan berlari, pembangkang pun berhimpun. Memang sepakat.!
p/s : aku harap negara nie diserahkan secara aman kepada generasi muda suatu masa nanti...
0 komen:
Post a Comment