Friday, July 22, 2011

PMS dan saya.

Jadi perempuan nie, aku paling takut bila datang PMS a.k.a Premenstrual Syndrome sindrom Perempuan-Mereng-Sementara. 


Bila dihari biasa setakat orang nak kata aku bengong ke, nate beghuk ke, apa ke..aku boleh terima dengan hati terbuka. Siap bleh gelak-gelak lagi. Tapi bila datang penyakit gila nie.. aku boleh mengalir airmata sebab rasa tacing-yang-amat-aneh. Penyakit tu datang secara automatik ye bukan manual yang boleh di adjust. Tahap tacing yang amat aneh nie sampai satu ketika bila tengok nenek tua yang jalan tengah panas pun bleh rasa sayu sampai nak meleleh airmata. Bukan jiwa sensitif ye...! sebab kalau jiwa sensitif dia tak tacing masa-masa tertentu 

Aku kompem masa PMS nie bukanlah waktu yang sesuai untuk orang ajak aku keluar makan. Tapi kalau rasa nak bangkrup, bleh je..sebab masa nie la.. perempuan yang sama jenis macam aku nie akan mengidam nak makan sume jenis makanan. Kalau dalam drama masa tu ada adegan orang susah tengah meleleh airmata sebab makan nasi dengan kicap dan telur pun si PMS nie bleh terliur bagai dan sanggup pi goreng telur makan dengan kicap. In character sangat!

PMS nie akan terbitkan rasa tak sedap badan yang amat, sana sini rasa sengal, bengkak. Berdiri lama tak buleh. Duduk lama tak buleh. Sakit pinggang, sengal otot. Kejang perut. cirit birit. Semua adalah. Dari kepala sampai hujung kaki sakit. Sebab tu masa PMS nie kalau pakwe buat hal, silap-silap bleh putus hubungan! Dengan sakit-sakit badan sampai ase nak menangis dan putus asa sapu ubat, pakwe pulak buat hal. Memang saje cara pasal la kan...

Masa PMS nie jugaklah kaum perempuan kurang bercakap tapi kerap melenting. Bukan tak nak bercakap, tapi hilang mood... sebab tengah hayati sakit. kalau tengok perempuan tetiba tunduk, pegang perut (kecuali ibu-ibu mengandung) baik tok sah kacau...biarlah kami macam tu selama beberapa hari. Tak yah taking care sangat la sampai sms berkotak-kotak...silap-silap hang kena marah... tapi kalau aku, steady je..aku tak marah tapi aku akan gelak sampai rasa nak nangis... contoh paling mudah, macam bila ko sakit gigi orang bleh tanya lagi sakit ke tak? taw nak jawab cam ne? 

Panjang giler mukadimah..hahahah...pagi tadi aku riang gembira hantar adik aku pi sekolah, tetibe masa nak balik kereta ada buat hal sikit, sampai dekat umah aku enjin mati, tak sempat parking. Rupanya minyak empty. Aku dah mula hangin satu badan, sebab semalam orang pinjam keta aku, dan nampak gayanya dia tak isi minyak... kalau setakat E tu aku bleh maafkanlah...nie memang sah-sah minyak kering giler! Sebab jarak sekolah dengan umah aku tu sekangkang kera je! Cuma adik aku je yang mengada nak aku hantar. Tapi tak pe. Masa nie aku masih boleh dikawal. Aku telefon adik aku suh beli petrol. Nasib baik menurut perintah tanpa banyak soal.

Lepas tu aku pergi shoping barang dapur sikit. Suri rumah sepenuh masa la katakan. Ambik itu, ini...penuhlah satu troli. aku pun beratur nak bayar. Punyalah lembap nak mampus cashier tu. Sikit-sikit nak betulkan tudung la..bertepuk-tampar dengan member dia la. Aku tepuk jugak dahi dia kang! Sabar je la. Lepas tunggu beberapa ketika sampai turn aku...

"Cik ada ****** card?" - tanya cashier tu.

"Tak de" 

"Cik nak buat? nanti saya bagi borang, kalau cik selalu datang shopping kat sini, nanti bleh kumpul mata untuk reward" - panjang berjela dia explain

"Tak nak, boleh cepat sikit tak? Saya ada hal" - aku dah mula panas dah.

Dia senyum. Good girl. Nasib baik ko senyum. Pas tu dia potpetpotpet dengan member dia sampai gelak-gelak manja siap tepuk tampar dengan kawan dia. Serius masa nie muka aku dah bengang giler babi.

"Cik nak plastik?" - soklan bodoh mula ke udara.

"Eh tak....saya memang BOLEH SANGAAAAAAAATTT angkut 50 barang nie..."- aku dah hangin dah. Hari nie bukan hari sabtu. Aku pulak bukan beli 2,3 item je. Aku beli penuh satu troli la gila!

Masa balik plak boleh orang parking belakang kereta aku? Tuannya entah ke mana. Setengah jam aku tunggu! Mau taknya aku hangin straight pat belas hari? Sebab nak marah sangat aku jadik kecik hati pastu nak meleleh airmata sebab tak tahan-kenapa-orang-buat-camni-kat-aku. Drama sangat.

Aku rasa cam aku dah kena serangan PMS. Aku benci PMS. Sebab aku tak leh kawal diri aku. Sekian. 

0 komen: