Sunday, August 21, 2011

Dah nak raya dah.

Lagi beberapa hari kita semua akan menyambut hari lebaran. Camne dengan persiapan raya korang? Mesti baju tempah berpasang-pasang, siap beli kasut baru, beg baru, spender baru segala kan? HAHAHA. Tak kurang jugak orang spesies aku nie...cuma buka almari tengok mana-mana baju yang masih kelihatan baru untuk dipakai masa raya. Untungnya aku, sebab baju-baju kuliah, baju-baju praktikal memang aku langsung tak pernah pakai kat umah. Kejadahnya aku nak pakai baju kurung lengkap bertudung pin ala-ala rerama sambil duk sapu balkoni? Kena sampuk apa?

Pasal buat biskut segala memang aku tak berapa gemar nak amik port, aku cuma suka biskut semperit.. tu je kot biskut yang ada dalam list yang aku terasa nak buat. Lagipun bila hari raya, pada pandangan aku sume biskut sama je. Ntah kenapa bila masuk mulut aku sume rasa macam sama je... dressing je lain. Yang tu celup coklat, yang nie tabur kacang. Tak mencabar langsung. Tak de ke pagi raya orang buat tepung bungkus ke? Pulut panggang ke? Kuih tako ke...? HAHAHA.  

Dah tua bangka nie memang tak berapa terasa sangat bahang raya. Cuba kalau umur 9, 10 tahun. Oh mak kau! Beli baju raya tu bukan main teruja sampai hari-hari duk try dan tengok depan cermin. Berjalan ke hulu kehilir dengan kasut baru dalam rumah sebab kasut baju raya mana boleh jejak tanah sebelum tiba 1 syawal. Punyalah excited sampai bungkus elok-elok dan asingkan pakaian raya dengan pakaian yang biasa dipakai seharian. Tapi lepas raya....HAHAHA, nasib la kau baju raya...kau dah setaraf dengan baju-baju lain lepas seminggu beraya. Tu cerita pat belas tahun lepas okeh. 

Pape pun dalam kita berbelanja untuk menyambut lebaran, jangan dilupa pada mereka yang tak berkemampuan. Hulurkanlah zakat ye dak? Berbelanja bukan main, tapi bab bayar zakat pun bukan main....LIAT. Jangan begitu ye wahai saudara saudari yang dirahmati sekalian. Tak ke mana duit tu kalau tak disalur ke tempat yang sepatutnya. Nanti..percayalah korang sendiri pun tak tahu camne duit bleh habis... pastu cakap la duit sekarang cam air...blablabla... duit tak berkat kot.. bawak-bawak la bersedekah. Tak banyak sikit, tak sikit banyak... Insyallah bertambah-tambah rezeki nanti... Aku tak mampu lagi nak berzakat nie...al-maklumlah tiada perolehan tetap lagi, tapi kalau ada duit sekeping dua tu, cuma dikongsi dengan adik-adik je setakat nie. Tu je yang termampu buat masa sekarang. Insyallah satu hari nanti, kalau ada rezeki, dapatlah pula sama-sama merasa rezeki aku.


3 komen:

Oda Willy said...

thanks dude...!

Anonymous said...

dem. bju raye ckit. dan smua aku da paki mse sapu balkoni umah.

Oda Willy said...

cik sue : org tamak selalu rugi. ehh.