Beberapa hari lepas aku layan satu telemovie sempena ramadhan di astro prima. Aku tak ingat tajuk dia apa, tapi yang pasti ada Irma Hasmie yang berlakon. Hero dia tak berapa kacak dan tak dikenali, itu aku pasti. HAHA. Aku tengok sikit je cerita tu, sampai dekat laki dia accident. Pastu aku dah tak tengok dah, so tak tahu apa jadi lepas tu.
Kenapa aku tak tengok? Sebab aku rasa orang yang tulis skrip, yang mengarah yang berlakon dan reramai dekat situ tak teliti dengan apa yang diucap. Lebih-lebih lagi bab-bab doa. Bukan apa, ceritanya berkisar tentang ramadhan, untuk bagi keinsafan. So bila ada kesilapan tang doa tu aku tak berapa berkenan. Memang la , mungkin terlupa, or tak ingat, atau terlepas pandang mungkin. Tapi takkanlah seramai-ramai mahkluk kat situ tak perasan? Dan aku yang tengok kat tv pun boleh ter-perasan. Bukan aku je, adik aku pun boleh ter-perasan bila "ketua keluarga" dalam cerita tu baca doa salah.
Si "ketua keluarga" mengetuai bacaan doa berbuka, anak bini tadah tangan...tapi di bacanya....
"Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa' alaa rizqika afthortu birahmatika ya arhamarrohimin"
Sepatutnya si "ketua keluarga" baca doa....
"Allahumma laka shumna wa bika amanna wa' alaa rizqika afthorna birahmatika ya arhamarrohimin"
Kesilapan macam nie sepatutnya tidak berlaku. Ntahlah, perihal macam nie sepatutnya kita lebih berhati-hati. Aku pun bukannya pandai sangat, tapi rangkaian doa sebegini memang sebati dalam hidup kita kan? Tak gitu..?
2 komen:
peduli apa cerita melayu. eh Irma Hasmi berlakon? nak tengoklah. kehkehkeh
Q : pantang....huhh!
Post a Comment