Sunday, August 7, 2011

Penonton Menonton

Manusia nie macam-macam ragam. Ada ragam yang mengelikan usus, ada ragam yang merendidihkan darah, ada juga yang menyakitkan hati. Wah semua berpusat kat organ gitu...! Tapi, perasan tak bila tengok tv atau wayang, tak kesah la citer apa, waima berita sekalipun, akan muncul lah golongan- golongan seperti..... *drum roll*

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pertama, jenis yang tengok tv tanpa mengeluarkan sepatah kata, layan je...abes cerita dia bla... (nie memang stail aku). Bila perlu je dia bunyikan suara, contohnya...

A : Citer ape nie....
B : Ku Melukut Di Tepi Segantang Beras...
A : Ooooo....

beberapa ketika kemudian, bila tiba part yang seram horror gile.

A : Bengonggg! Terkejut aku...(tangan duk usap-usap dada)

Tu je suara yang berkumandang..selebihnya memang duk layan cerita je.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Spesies kedua ialah, spesies penglipur lara. Citer kat tv dengan dia bercerita sama naik, bila iklan pun dia baik punya bagi ko flash back...contohnya

A :................................(layan cerita)
B : tak lama lagi ko tengok ahh, dia acu pistol nie. Mak cik nie kena bunuh, pastu mayat dia kena tanam kat belakang rumah. Sebab tu la kawasan tu berhantu. Pastu hantu tu nak balas dendam, sebab tu la dia tu tak hidup tenang, last sekali perempuan tu mati jugak. ko tengok je la nanti.

Bila iklan semint dua.

B: Ko tengok tadi masa mak cik tu mati...kan dia cakap nak balas dendam kat dia tu, sebab tu mak cik tu jadi hantu...perempuan tu bodoh gi lagi kat rumah tu....blablabla

Ada rasa nak lempang tak? Aku takleh lama tengok tv dengan orang yang buat skrip nie. Tak pasal-pasal nanti aku hayun tangan kasi pelempang. Memang tak klimaks la tengok cerita dengan orang camgini, beter ko tutup tv, dengar dia baca skrip. Lagi berbaloi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Spesies yang ketiga. Yang nie memang bikin panas habes. Jenis nie tebalik dari yang tadi iaitu jenis penonton yang tanya ko serba serbi cerita macam ko si penulis skrip, walhal ko dan dia sama-sama cerita tu. Memang dia bajet ko tengok citer tu dah berpuluh kali even ko tengok di panggung wayang hari pertama tayangan sekalipun. Memang dia keep on tanya sampai ko nak pita pelekatkan mulut dia je.

Spesies yang keempat, orang yang suka tengok citer omputih yang ada subtitle bahasa melayu pastu dia baca subtitle bahasa melayu tu dalam hati dan baca kuat-kuat dalam bahasa omputih serentak dengan pelakon tu. Dem. 


~SEKIAN~

0 komen: