Sahur memang best. Tapi bab nak kejut isi rumah bangun makan tu yang tak best. Aku rasa macam nak bagi tendangan seribu kaki je kat adik-adik aku yang punya liat nak bangun makan tu. Paling tidak pun bagi kepala lutut. Kau mampu?HAHAHA. Padahal nak bagi makan, bukan suh gi bercucuk tanam. Huhh. Tapi hari pertama puasa, performance diorang memang tip top. Aku suka. Nasib baik aku tak emo di hari pertama. HAHAHA
Sebaik saja suapan pertama di sua ke mulut, pesanan penaja dimeja makan mula ke udara. Tak lain tak bukan, top chef a.k.a mak aku mula bersyarah tentang khasiat sayur-sayuran serta kepentingan makanan seimbang sepanjang ramadhan. Maka, nak tak nak kena habiskan segala sayur-mayur yang ada. Kalau tak nanti top chef meradang tak mahu masak lagi. Ingat senang nak jadi hati top chef? Kalau zaman kecik-kecik dulu, encik bapak lagi kejam. Mula-mula diberinya minum air tea o sorang secawan. Lepas tu dipaksanya minum air masak bukan satu, bukan dua...tapi tiga gelas. Mungkin beliau takut anaknya mati kehausan di sekolah. Mungkin.
Sedang top chef rancak menyampaikan amanat seiring dengan anak-anak didik yang menganggukkan kepala tanda setuju, aku terperasan satu perkara.
"Mana lagi sekor? Tak nak puasa ke....?" - tanya aku kepada top chef.
"Tak tahulah yang tu sekor tu...tak pe la...simpan je la lauk untuk dia... pagi nanti dia makan la" - top chef memang sporting habis.
"Mana aci...esok puasa kot"- adik aku menyampuk sambil sua kan mulut dengan suhun. Sluuuurp, disedutnya suhun sekaligus, telan tanpa kunyah. Hebat!. Tapi aku nampak dia menumbuk-numbuk dada seketika. Suhun tersangkut kot. Fikir aku.
"Biar je la...." -top chef masih mempertahankannya.
Aku hampa. Semalam aku sudah bilang sama dia, hari nie semua akan berpuasa. termasuk dia. Dan semua kena sahur. termasuk dia. Dia diam. Diam itu tanda setuju bagi aku. Tapi pagi nie, dia tak de kat bilik, ruang tamu pun...apatah lagi dapur. Cilake. Dasar kucing oreng! Ko ngelak puasa ye!
Chek@Naim (memang nama sebenar)
p/s : bila nak maghrib nie...?
0 komen:
Post a Comment