Thursday, December 23, 2010

Stylish Eyewear

Glasses? Mungkin dulu bila kena pakai spek, sume dok terbayang yang bingkai tebal dengan kanta yang tebal nampak gila nerd biarpun rabun sebab tengok tv 24/7 dengan jarak tiga jengkal. Gila tak stylo bila pakai spek. Sanggup menderita sebab semata-mata benci tengok spek yang huduh. Tak sanggup nak pakai. 

Tapi sekarang dah lain. Dan bukan macam zaman dulu kala yang spek macam sama je sume. Bagi mereka yang takot masukkan objek lembik ( contact lense ) dalam mata tentunya memilih kaedah selamat dengan memakai glasses. Aneka warna & design bleh pilih. Bleh tinted plak kalo nak. Nak yang besi atau plastik,  rim penuh atau separuh, tinted atau biasa, no problem... sediakan duit je!

Dari harga serendah-rendah RM 88 hingga la beribu-ribu RM, anda bleh dapat macam-macam pilihan eyeglasses, box dia pun macam-macam style...just tepuk purse tengok duit je (pepatah la konon). Bagi yang mementingkan kualiti dan jenama yang unggul bleh pilih mana-mana jenama kesukaan contohnya Ray Ban, Gucci, Bonia, Giorgio Armani, Espirit, Levis dan lain-lain...pilih saja.

Tapi, apa yang penting masa nak pilih kaca mata, haruslah sesuaikan dengan bentuk muka dan guna ikut kemampuan. Hohoho. Kalo nak taw, bentuk muka lazimnya ada lima iaitu bujur sireh, panjang, bulat, empat segi dan bentuk hati. Jadi kenalah sesuaikan bentuk glasses yang nak dibeli tu. Tapi awas!!! jangan duk gila beli yang besar sampai tutup kening. Nampak pelik oke! Pelik!

Bagi yang bermuka-muka. Eh..tak, bagi yang bujur sireh hampir sume jenis kaca mata sesuai tapi jangan yang terlalu besar.  Bagi yang muka panjang plak elok kiranya pakai bingkai yang menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah, just tips untuk kurangkan jarak panjang tu. Kiranya silap mata yang memandang. Hehe. Bagi yang muka segi empat tepat. gurau je.jangan menyinggung..bagi yang muka bersegi, seeloknya pakai bingkai bulat or bujur agar rahang tak terlalu menonjol.  Untuk yang muka berbentuk hati plak (bentuk hati nie bila seseorang tu memiliki dahi yang luas dan kecil di bahagian mulut dan dagu), seeloknya memakai bingkai nipis atau tanpa rim dan elakkan memakai bingkai besar! Terakhir sekali, bagi yang mukanya bulat, ideal sekali pakai bingkai yang segi empat tepat. Atau bleh juga pakai yang lebar atau sudut tajam.

Itu saja pesanan khidmat masyarakat oleh lurunna ditaja oleh blogspot! hahaha


1 komen:

Hanisah Safian said...

takpakai pon.tp dulu2 waktu kecik2 teringin nak pakai sebab mesti orang ckap, "ni mesti rajin baca buku malam malam nih" ahahhahahahahahha :D