Showing posts with label tips kot. Show all posts
Showing posts with label tips kot. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Setahun jagung

Dah lebih setahun aku berjinak dengan dunia blogging nie. Aku mula ber- blog since 12 February 2009, tapi dulu aku di WordPress. Yang kelakarnya, aku mula ber-blog secara tak sengaja. Kepohci sangat duk stalker sorang nie sampai ntah macamane ter-set up blog untuk aku. 

Then 3 Disember 2009, aku tukar kepada blogspot. Actually aku tak puas hati dengan wordpress coz tak banyak pilihan template. Aku pula cetek ilmu psd masa tue. Dan kerana blog nie jugaklah aku hampir disaman. Hahaha. Gila tak? Tapi kejadahnya nak saman aku coz tak masuk dek akal langsung, hakikatnya aku tak de langsung mention nama or sifatnya atau ape saja berkaitan dengannya, hanya metafora semata. Lantak hang la nak terasa...oke tutup kes.!

Aku dah cuba macam-macam free blog host, tapi akhirnya pilih blogger.com. Setakat nie tak berminat lagi nak host domain sendiri. Actually ade lebih 200 free blog host kat web. Ntah korang sedar ke tak. Of coz la korang sedar yang gelemer je kan?kehkeh. Pilih kasih lah korang nie. Bagi yang mula nak masuk arena menulis tanpa dakwat nie blehlah try memane yang berkenan di hati, antaranya... aku bagi top 10 la eh.


  1. http://blogger.com/
  2. http://wordpress.com/
  3. http://livejournal.com/
  4. http://typepad.com/
  5. http://tumblr.com/
  6. http://scribd.com/
  7. http://vox.com/
  8. http://blogdrive.com/
  9. http://photostreet.com/
  10. http://journalspace.com/
rujuk Free Blog Host untuk dapatkan lebih banyak senarai free host yang ade. tak mampu den nak taip sume... naik kematu jari aku nanti.! Dah ade free blog host kenalah cari identiti untuk menulis. Dan menariknya lebih 200 blogger di Malaysia nie memilih isu politik sebagai menu utama. Ramai la jugak kan... 

Blogger nie plak ade banyak jenis, ade yang suka cerita hal diri sendiri orang lain langsung dia tak peduli, ade plak yang asik sibuk duk cerita hal orang lain sampai lupa diri, ade pasal fotografi, ade juga pasal pornografi, ade pasal jualan itu ini, dan ade juga pasal masak memasak. Pepandailah korang jaga diri di dunia blogging nie. Ade baik buruknya. Yang pasti aku menulis sebab hobi. Dan aku tak terikat untuk bercerita tentang satu isu je. Sume aku hentam. Eh, manalah taw kot-kot ter-hilang ingatan ke ape ke, bleh jugak aku baca blog nie balik..hahaha. Pelaburan masa depan nie, tahun 2020 nanti aku still bleh baca satu-satu kisah aku masa tahun 2009. Berbaloi kannnns??? :)

Thursday, December 23, 2010

Home Survival Kit!

Alhamdulillah, negara kita sentiasa aman damai, bencana alam cam gempa bumi, gunung berapi, puting beliung memang tak de la kan so far, mintak dijauhkan!. Tapi, kita hanya merancang...ye dak? Jadi beringat-ingatlah untuk sediakan Survivl Kit kat umah masing-masing. Apa yang aku pasti, kat umah kebanyakkan manusia kat Malaysia nie tak de survival kit, ntah-ntah first aid ngan fire extinguisher pun tak de. Haiyooo...at least benda itu seharusnya ada ye..!

 contoh survival kit ehsan En. Google


Benda basic, paling-paling basic la kan. Kat umah saudari saudari, mak cik pak cik perlu ada :

First Aid
Fire Extinguisher 
Makanan segera ( makanan dalam tin or pack, bukan mekdi or kepsi oke!no no no)
Air Mineral & 100 plus
Tisu & Kapas
Lampu Suluh
Lilin
Mancis
Bateri
Plastic trash bags
Blanket or Sleeping bag for each family
Tong Air
Spare Cash
Basic Tool Kit
Telefon
Simpanan segala dokumen penting di satu tempat selamat & mudah diambil
(lemari, sofa empuk, tv plasma tidak termasuk dalam senarai oke!hehehe)

benda lain yang juga bleh di adakan. Penting oke..penting!!! macam surat khabar lama, periuk dan kuali kecik, grill, dusk masks, pinggan mangkuk sudu garfu plastik. Alhamdulillah, rumah aku dalam kategori selamat! Yihaaaaaa!!!! Peka tak? peka tak aku.hahahaha. Actually kalo kat luar negara, terutamana negara yang selalu dilanda bencan diorang memang prepared benda-benda gini. So! manusia- manusia di malaysia sekalian, silalah bersedia dengan segala kelengkapan penting kat umah ye. Alah bukan mahal pon, bayar bila astro & broadband bulan-bulan bleh. Takkan nak beli nie ngak mampu (gila laser mulut!haha). Sekarang pi check umah masing-masing. Ada tak?. Print out list aku pon tak pe.kahkahkah. 

Pesanan khidmat masyarakat oleh lurunna dibawakan khas oleh blogspot. piweeeiiit!


Stylish Eyewear

Glasses? Mungkin dulu bila kena pakai spek, sume dok terbayang yang bingkai tebal dengan kanta yang tebal nampak gila nerd biarpun rabun sebab tengok tv 24/7 dengan jarak tiga jengkal. Gila tak stylo bila pakai spek. Sanggup menderita sebab semata-mata benci tengok spek yang huduh. Tak sanggup nak pakai. 

Tapi sekarang dah lain. Dan bukan macam zaman dulu kala yang spek macam sama je sume. Bagi mereka yang takot masukkan objek lembik ( contact lense ) dalam mata tentunya memilih kaedah selamat dengan memakai glasses. Aneka warna & design bleh pilih. Bleh tinted plak kalo nak. Nak yang besi atau plastik,  rim penuh atau separuh, tinted atau biasa, no problem... sediakan duit je!

Dari harga serendah-rendah RM 88 hingga la beribu-ribu RM, anda bleh dapat macam-macam pilihan eyeglasses, box dia pun macam-macam style...just tepuk purse tengok duit je (pepatah la konon). Bagi yang mementingkan kualiti dan jenama yang unggul bleh pilih mana-mana jenama kesukaan contohnya Ray Ban, Gucci, Bonia, Giorgio Armani, Espirit, Levis dan lain-lain...pilih saja.

Tapi, apa yang penting masa nak pilih kaca mata, haruslah sesuaikan dengan bentuk muka dan guna ikut kemampuan. Hohoho. Kalo nak taw, bentuk muka lazimnya ada lima iaitu bujur sireh, panjang, bulat, empat segi dan bentuk hati. Jadi kenalah sesuaikan bentuk glasses yang nak dibeli tu. Tapi awas!!! jangan duk gila beli yang besar sampai tutup kening. Nampak pelik oke! Pelik!

Bagi yang bermuka-muka. Eh..tak, bagi yang bujur sireh hampir sume jenis kaca mata sesuai tapi jangan yang terlalu besar.  Bagi yang muka panjang plak elok kiranya pakai bingkai yang menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah, just tips untuk kurangkan jarak panjang tu. Kiranya silap mata yang memandang. Hehe. Bagi yang muka segi empat tepat. gurau je.jangan menyinggung..bagi yang muka bersegi, seeloknya pakai bingkai bulat or bujur agar rahang tak terlalu menonjol.  Untuk yang muka berbentuk hati plak (bentuk hati nie bila seseorang tu memiliki dahi yang luas dan kecil di bahagian mulut dan dagu), seeloknya memakai bingkai nipis atau tanpa rim dan elakkan memakai bingkai besar! Terakhir sekali, bagi yang mukanya bulat, ideal sekali pakai bingkai yang segi empat tepat. Atau bleh juga pakai yang lebar atau sudut tajam.

Itu saja pesanan khidmat masyarakat oleh lurunna ditaja oleh blogspot! hahaha