Setiap kali jumpa aku, cousin aku nie tak pernah lupa nak mintak resepi dengan aku. Aku rasa dah dekat lima belas kali jugaklah aku bagi resepi moist chocolate cake kat cousin aku tu. Dan bila setiap kali aku tanya dah cuba ke belum...dan setiap kali tu jugak la dia cakap belum sempat. Dan bila dia minta untuk kali ke nam belas, aku malas dah nak layan. Pepandai kau la nak cari resepi tang mana. Kebanyakkan cousin aku nie pulak memang jenis buta dapur. Berpeluh jugalah depa kalau suruh cari bunga lawang dengan buah pelaga. Bukan nak kata aku nie terer, tapi bab-bab memasak nie kena rajin masuk dapur, kalau tak gerenti sampai ke tua pun tak reti-reti nak masak kalo duk tilik resepi je, masaknya tak pernah!
Dan satu lagi, memasak nie janganlah over confident sangat, lagi-lagi bila kau masak depan orang yang agak pandai memasak... kalau tak tahu, better tanya dan belajar, bukan main hentam je janji orang nampak kau masak. Kadar IQ aku dalam bidang masakan nie bolehlah tahan... cukuplah kalau setakat nak masak untuk family, adelah jugak rasa masakan tu... sebab tu bila nampak cousin aku masak bleh berkerut seribu dahi aku. Memang aku kagum keyakinan dia tu, tapi ase nak bagi penampar pun ade sebab hover konfiden!
Al-kisahnya dia nak buat pulut durian. Mula-mula dia tanak beras pulut.
"Weh, tanak pulut bukan macam tanak nasi la. Tak yah masuk air banyak, cukup buat tutup pulut tu je.. kan nanti lembik pulut ko" - aku bagi nasihat ala-ala amatur gila merendah diri
Dia buat dek je kat aku. Cis. Kuang hasam!
"Aku tau la nak masak camne..ko senyap boleh?" - dia hentam ala-ala profesional. Cilake.
Aku terus senyap. Sentap mungkin. Hahaha. Kemudian aku tengok dia masukkan santan dalam mangkuk, dia masukkan air panas dan asam keping. Dan dia letak atas meja. Kononnya sedia dihidang!
"Errr...tak yah kot asam keping tu, ko bukan nak masak gulai .Masukkan garam dahlah?" - nasihat amatur ke udara lagi.
Dia jeling secara tajam. Dia memang mangkuk! Aku bersumpah tang tu jugak aku tak kan makan pulut durian tu. Terus aku keluar pi ruang tamu, layan tv lagi bagus. Lebih kurang sejam kemudian dia panggil sume yang ada kat rumah tu makan. Adalah lebih kurang 20 orang. Tolak 1, sebab tadi aku dah bersumpah tak nak makan.
"Sorilah...pulut lembik...tersilap mana ntah" - tak nak mengaku sampai sudah. Mangkuk!
Mak dia excited lebih bila tengok anak dia masak, so terus amik pinggan, letak pulut, letak durian dan santan. Makan sesudu....kemudian semburrrrrrrrrrr...
See? Bodoh sombong lagi dengan aku.
Nak tahu kenapa tersembur? Sebab pulut yang lembik itu dimasukkan santan yang dia tak letak garam tetapi letak asam keping. Tiada gula atau gula melaka mengiringi hidangan merancakkan lagi proses penyemburan. Akhirnya, sume pakat makan durian sajo.!
3 komen:
naseb bek die masak x jadi mc d ke kfc. sedaap jugak.
hahaha.
**balasan c bodo sombong~
serius kah...??? hahahah lawak giloss... cm ne lah muke 19 org yg mkn tu ekk???
ipa faiza : hahaha...tu la nak turunkan ilmu berlagak nk mampos..cis.
lyla : hahaa...mmg xleh pergi ahh
Post a Comment