Saturday, August 27, 2011

Repekan Ablasa

Hari nie aku balik kerja awal sikit. Sebab tu boleh blog post sampai dua kau tahu. Kalau buka kedai sampai tengah malam gerenti lepas sahur baru aku balik rumah. Sebab bahaya drive dalam keadaan mabuk sabun cuci kereta. Biasanya costumer ramai bila petang ke atas, aku rembat semua tak kira lori, bas atau kereta janji dapat duit. Dan bila mencuci dari pagi sampai ke malam memang tak terasa dalam badan masih ada tulang. Jalan dua tiga langkah pun rasa nak terjelepuk jatuh. Mata pun dah tak buleh beza antara air sabun dengan air soya. gigih tak gigih.

So, bila ada masa percuma sejam dua nie, baik aku tulis apa yang patut. Tidur tu tak pe, sebab dua tiga hari nie aku dah praktis tidur sambil cuci kereta. Setakat nie tak de lagi customer komplen kereta aku basuh tak bersih. kira okelah tu kan.? Cuci kereta tu easy mizi...tak lah penat sangat, sebab paling besar pun taklah sebesar bas. Disebabkan perasaan tamak nak kumpul duit lebih membuak-buak dalam jiwa, aku pergi tambah iklan terima juga bas dan lori untuk di cuci siap cat hitam lagi. Memang masyuk lah sebiji lori basuh sampai RM150-160 tak termasuk cat lagi. Mula-mula basuh memang excited, tapi bila dah banyak kali dalam sehari tu mahu mengelupur jugak aku rasa, lagi-lagi yang datang tu siap berlumpur bagai. Terus aku rasa macam batu belah batu bertangkup masa mencuci. Menangis tak berlagu lah gayanya. 

Bila datang angin nak marah aku, kompem aku sepak-sepak je tayar lori tu tanda memberontak. Sapa tegur aku masa tu kompem kena baham. Susah benar kalau darah keturunan pahlawan nie. Kerja pun emo nak mampus. Mana tak marah kalau time aku penat membanting tulang empat kerat, sesuka hati riang gembira sepupu sepapat datang bertandang tanya banyak ke duit dapat hari nie, banyak tak basuh hari nie. Kalau sekali sehari mampu lagi aku jawab tapi kalau setiap empat jam datang tanya memang aku hempas kain dan baldi lah. Aku penat lah gila! Tak payah buat peramah dengan aku. Nasib kau lah kena hentam masa tu, al-maklumlah sepupu kau nie bukan stok perempuan yang lemah lembut paling comel bola-bola api, tapi ini perempuan stok makan orang mentah-mentah kau tahu.

Oke. Tutup cerita pasal kerja paling membosankan abad ini. Nie kita fokus pula pasal persiapan raya. Rupa-rupanya umi aku senyap-senyap tempahkan baju raya kat aku. Jahit di kedai kat Kubang Kerian. Dia senyap-senyap tempah masa aku tengah sibuk mengajar kat Shah Alam dulu. Tapi betapa masinnya mulut aku tak nak baju raya sampai tukang jahat jahit tu tak jahit pun baju kami adik beradik. Emo habis adik beradik aku, memang sialan la kan orang tempah before puasa lagi dan kau pula buat taik telefon lagi lima enam hari nak raya kata tak sempat jahit. Siap ngajar umi aku lagi suh beli baju already made. Hey mangkuk! Kalau aku nak beli baju siap, awal-awal lagi memang aku tak tempah jahit lah. Apekah mental sangat penjahat nie? Tolonglah, kalau nak berniaga tu jangan buat taik boleh tak? Ikutkan amarah aku nie mau  je bakor kedai dia tu. Nasib baik aku masih dalam keadaan warasss. Aku tak kisah sangat pasal baju aku, lantak pi la nak jahit ke tak tapi baju adik-adik aku tu yang pentingnya. Budak-budak tengah nak up, baru nak menikmati raya katakan, haruslah mencuka muka bila tahu baju tak sempat siap. 

Jadi dengan penuh raya tanggungjawabnya, terpaksalah belikan baju already made untuk diorang. Dahlah beli kain hari tu habis berkeping-keping duit, beli baju nie berkeping-keping lagi melayang. Adik-adik aku pula baju citarasa dua ratus hinggit sepasang. Lari jap alignment tulang aku masa duk membayar. Jadi terpaksalah lagi gigih kakak kau nie memberus kereta orang. Nasib baik adik aku tu jenis yang kenang budi, nak juga dia turun padang menolong aku sekali cuci kereta. Sejuk kepala aku jaga kau masa kecik dulu. Kahkah. Okelah, aku nak layan movie sepam dua sebelum tido. Pagi-pagi nanti nak ambil adik aku kat stesen bas pula. Bertolak semalam dari Shah Alam. Harap-harapnya dia masih boleh berdiri selepas berjam-jam duk dalam bas. Kalau tak naya aku kena dukung segala. Bukannya umur dua tiga tahun, tapi dua puluh satu tahun!


0 komen: