Selamat jugak aku mengulung 450 keping mini popia. Tinggal nak goreng je. Petua orang tua, kalau nak tahan lama rangupnya, kena keringkan beberapa jam. Aku malas nak goreng sejurus selepas siap mengulung, so aku guna pakai petua itu. Lepas sahur nanti aku goreng dan siapkan lagi 450 gulung. Biskut-biskut lain sila tunggu turn untuk dikerjakan.
Mini popia tu memang sah-sah bukan dalam golongan biskut. Bak kata aku, warming up dulu sebelum buat biskut. Pe'el aku nie, tak boleh terus kepada agenda utama, kena ringan-ringan dulu. Baru aku ada mood. Kalau terus buat biskut, kompem patah semangat tengah jalan, biskut ntah ke mana, aku ntah ke mana. Baik ikut angin pasang aku. Mak aku dah lama pencen dari bidang nie, so dia turutkan saja angin aku, kalau tak... tak merasalah homemade biskut raya. Mogok.
Pagi nanti aku kerah dulu adik lelaki aku jaga car wash, petang baru aku menyusul. Agenda biskut raya nie kena mula juga sepapan dua, kalau tak memang tak bergeraklah jawabnya. Kalau nak tunggu mood raya aku datang...raya tahun depan pun belum tentu lagi mood tu sampai.
0 komen:
Post a Comment