Raya. Kadang-kadang best. Kadang-kadang tak. Tahun nie? Hmmm.
Pertama. Baju raya sampai raya ketiga pun tak siap lagi. Haram tukang jahit tu nak telefon. Aku rasa nak bakar je kedai dia. Usahkan jahit, potong pun belum. Haramjadah.
Kedua. Cuaca yang...MasyaAllah panasnya. Berpeluh-peluh ketiak nak balik kampung. Suhu sekitar 41-43 darjah celcius. Boleh masak (well done) duduk dalam kereta yang aircond tetibe cam cilake. Jam tu tak payah cerita la, biasa balik kampung ambil masa sekitar 40 minit, tapi bila tiba hari raya, cecah 2jam 30minit hoi.! punyalah hazabbb...
Ketiga. Hari tu rumah dah kena fogging, baik punya lepas kena fogging tu jiran aku yang asyik menyendiri tak bergaul dengan orang tu kena demam denggi. Maunya tak kena denggi, lalang lagi tinggi dari pagar rumah. Harapkan pagar, pagar makan padi. Eh. Eh. Dan rumah kena fogging lagi sekali pada hari raya kedua. Kau gila rumah kena fogging time buat hopen house. Vodoh. Siput babi sungguh.
Dalam berduka nestapa tu, hari nie sepupu aku kawin. Dan biasalah sebagai anak gadis paling comel bola-bola api kena pergi suriram-suriram kat rumah orang. Agak kesian la dengan cousin aku tu sebab lelaki itu bukan pilihan hati, malah tidak langsung dikenali. Kenduri pun agak mengejut. So no pelamin, no bilik pengantin yang menjadi idaman ramai. Too bad kan..? Hantaran pun aku tolong gubah di saat akhir. Nasib baik tangan kayu nie mampu berseni juga di saat-saat getir. Inai dijari dia pun anak sedara dia yang umur 10 tahun tolong pakaikan. Lauk pengantin pun aku dan umi tolong prepare. Seriously aku kesian gilak kat dia dan aku tak mampu nak tolong pape sangat sebab tahu dia nak kawin pun 2, 3 hari before majlis. Tapi apapun dah selamat pun dia diijab kabul. Moga kebahagiaan selepas nie mampu mengatasi apa yang dia lalui hari nie. Amin.
oke. sekian laporan dari Oda Willy. Kembali ke Sri Pentas wak lu.
2 komen:
poloh tiak??pasang aircond dekt bj..=p
susah la, sebab dlm baju ltk aircond, kat luar kena ada generator, suis plak ktne...leceh
Post a Comment