Showing posts with label bebel2 Lurunna. Show all posts
Showing posts with label bebel2 Lurunna. Show all posts

Wednesday, March 23, 2011

Kaunselor-lah-sangat!


 Berdepan dengan banyak banyak banyak banyak kerja


lama-lama bleh jadi gila! oke.bai.


p/s : keadaan terkawal. terima kasihhhhhhhh! (gaya amy search!)

Sunday, March 20, 2011

Perempuan bila dah......

Dulu, masa duk kat kolej... gian giler nak masak sampai terpaksa lepas gian dengan main cooking dash, fenzzy pizza segala. Macam gila kan? tapi tu la hakikat kalo dah jiwa pempuan menebal dalam diri nie ayat minta penyepak. Nak bawak periuk takut sebab saya kan pemawas kat kolej... T___T. Pemawas mane bleh bawak periuk, iron, heater segala... kalo tak, lesung batu, blender, sos cili, kicap, perencah cukup rasa sume aku dah hangkut masuk bilik.!sedih tak?

Tapi. tapi. tapi. sekarang sudah boleh memasak ikut suka hati tanpa ada keraguan lagi. Sekarang aku praktikal kat shah alam, menetap kat seksyen 15, jadi boleh la mengedik nak masak macam nak bagi satu taman perumahan makan. T__T. Duk rumah enam orang je tapi sebab excited masak macam ingat ada enam kuarga, bukan enam orang.

Hujung minggu camgini lagilah semangat berkobar-kobar nak masak siap nak ikat kain putih kat kepala macam citer jepun... last-last rasa macam. eh.eh. kita nak buat rumah terbuka ke? hari nie hari raya ke nie..? nasi baik tak bakar lemang masak ketupat rendang je. huhhh..! bahaya nie. bahaya.! Sedar tak sedar penuh meja dengan mee bandung, pengat durian, pulut, lepat pisang, satay, cucur ikan bilis... ape ke jadahnya sume nie! hahaha

jangan satu hari nanti, kami masak dan masak dan masak sampai tahap masak

.....

.....

.....


.....





....







...





...





....


masak budak!!!!!!!! haru tak?

Monday, March 14, 2011

Too bad


Selalunya macam tu la kan?
dan, korang jangan teragak-agak nak tegur perilaku aku
setiap orang mesti ada sisi yang boleh buat orang menyampah
dengan sikapnya. kan kan?

Friday, March 4, 2011

Perkara yang aku tak suka tentang SHOPPING

Lumrahnya, semua perempuan suka shopping..so do I. Tanpa sedar boleh habiskan beratus-ratus dengan mudah.! Tapi. Tapi... sesuka mana pon pada shopping nie, ade jugak beberapa hal yang didihkan aku dan mungkin jugak korang dan semestinya potong mood untuk shopping. antara yang bleh hanginkan adalah...


  1. Parking! yes...!dah tawaf cam nak gila dua tiga kali kat mall pon still tak dapat parking. Marah tak? Marah tak? dan bila ada yang menuju ke kereta nak keluar bleh plak main dan yes! kalo aku memang aku mendidih dengan orang camni.
  2. Lupa yang hari sabtu shopping mall  tak provide plastic bag dan langsung tak bawa plastik..beg pulak kecil... oke. meroyan tak???
  3. Pergi shopping dengan hati girang dan tiba-tiba serabut kepala hotak, serabut mata sebab staff diorg duk membontot je kita coz takut curi barang. Rimas gila aku dengan kedai camnie!
  4. Bila sampai time nak bayar tu, cashier mall lembap nak mampus! Ya ampun! aku rasa nak tolak dia dari cash register tu dan biar aku sendiri yang settlekan. lagi cepat!
  5. Lagi aku sakit jiwa bila dah tak ingat parking keta kat mana. ahhhh! complete.! balik umah dapat pakej stress yang lengkap!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tadi. Masa duk beratur panjang lebar. Nampak sepasang suami isteri muda remaja nie. Sedih plak. Tapi dah kau gatal nak kawin awal. Kerja ntah ke mana lagi dah gedik nak kawin.! Si isteri nak compact powder. Tak la mahal ... RM 14.50 je pon. Mungkin si suami tak de duit. Dia marah si isteri..tak bagi beli...sedangkan si isteri dah ambil dan tunggu nak bayar je. Meleleh-leleh airmata sampai rosak make up si isteri letak compact powder tu kat tempat banyak gula-gula tepi cashier. Seyes aku rasa sedih... pasangan tu rasanya lagi muda dari aku. Entah la apa reaksi aku kalo aku kat tempat dia.

Tapi alhamdulillah, even jodoh aku tak sampai lagi... aku diberi kesempatan untuk belajar dan ada ijazah, InsyaAllah ada gaji sendiri taklah susah sangat nak beli pape. Tapi untung nasib diri nie mana kita tahu. Syukurlah...Tuhan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu... mungkin si isteri tu beruntung dapat suami yang setia or penyayang walau gaji tak besar dan mungkin perempuan lain pulak beruntung sebab ada harta sendiri even suami tak peduli dia... apa pun sentiasa bersyukur seadanya rezeki kita...




p/s : awal-awal entri cam hangin semacam kan...hahahaha... pssssst : aku cepat panas, cepat sejuk!


Monday, February 28, 2011

Hectic!!!

Hari ini bermula dengan menyambut kedatangan adik kesayangan pada jam 6 pagi! Ohh.gila awal datang..! Ye la...susah payah adik datang dari kelantan untuk melawat kakaknya yang lupa daratan. Hmm. Hmm. Maka, kakaknya pun sambung tido lepas bukak pintu. krooooh. ini tak tipu! . Dan bangun balik bila dapat call dari bakal housemate! Oke hari nie hari pergi melawat rumah. Al maklumlah lagi seminggu kena move on! kena jadi cikgu aida dah lepas nie! omg omg T__T.


muka girang gembira nak pergi tengok rumah! first time duduk umah sewa la katakan T___T. dah 24 tahun hidup baru nak merasa duduk rumah sewa dengan kawan-kawan. gila loser!Jadi...haruslah pakai warna yang seceria...errr...ceria ke? cam pelik je.. oren biru..? mabuk jap. ahakkks!

Menuju puncak!!! oh bukan menuju ke shah alam dan sesat lagi! nasib baik kali nie macam dah mahir sikit, sesat pun dah tahu jalan keluar. eh bukan senang taw nak cari rumah yang tak pernah pergi jenguk! tehee! Maka sampailah kami ke Kompleks Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam.! Sironooook! disebabkan owner tak datang lagi, kami santap kat kedai berhampiran. 


Abaikan! bagi makan pun tak reti senyum ke..hahaha. Dan lepas tunggu dalam 20 minit, maka tuan rumah datang. Wooohooo! Tuan rumah kaya. Naik kereta mewah Oooo. Kami syak dia letak cctv kat rumah tu.. pangggg! oke penampar sedas



 Ruang tamu...! belum dibersihkan lagi. dan belum dimasukkan barang.


Bilik tido i...puas hati. puas hati



Kawasan rumah..parking banyak Oooo. macam rumah kedai. memang kedai pun kat bawah. :)


I menyiboook lagi! balik tengok rumah pergi carefour beli barang-barang rumah dan pukul 7 peatng baru sampai kolej, dan terus siap-siap untuk pergi Malam Anugerah Festik.! Walaupun lewat sampai tapi sangat-sangat berbaloi pergi sebab tak pulang tangan kosong! Alhamdulillah GTA KC bawa pulang dua anugerah. Anugerah Publisiti Terbaik dan Anugerah Khas Pentas! Syukur... :)

dan....esok final exam untuk Psikologi Remaja dan Kanak-kanak @__@.. auuuw!

Friday, February 25, 2011

Sensor



Ohh yes! aku sangat pantang kalo orang pertahankan fakta yang salah sedangkan sume orang yang sedang dia putar belitkan cerita tu tahu hal sebenar. Dear u, pelis lah... jangan biul sangat. rasa nak tikam tikam je kau secara depan depan. Oh...by the way, memang kau jenis yang ,macam tu, jadi tak heran la kan. Sudahlah.. kan makin lama makin ramai yang tak tahan. Kan tak pasal-pasal satu hari nanti bila kau cakap depan aku, panggggg!!!! aku bagi penampar sedas.. haru tak? hahahaha.

Monday, February 7, 2011

Day 5

Day 5 - What makes you different from everyone else ?

Selama 20 tahun lebih aku hidup seboleh-boleh tak nak bagitau umo..haha baru sekali aku dapat teddy bear/ anak patung. Ye la kan dak pempuan cam aku nie biasanya koleksi mainan bajet girlie-gerlie, gila loser aku kan dapat sekali je tu pon masa umur cecah 20 lebih. dasyat tak? dasyat tak? 

2 tahun nie je baru aku sedar aku alergik dengan seafood, selama nie main hentam je..bila bengkak/ radang/merah situ sini aku salahkan ketam or udang tu! konon tak segar... lepas satu kejadian bila kelopak mata, bibir dan badan aku bengkak teruk dan ruam baru sedar diri ini alergik. Pergi klinik tu pon sebab tak tahan panas dan pedih. boleh dikategorikan berbeza dengan orang lain tak? haha

aku ada satu sim card dan 5 bijik telefon. ada sume charger telefon.. brand sony erikson, norkiah, GSL, alkatel,  panasonic, dan samsung. Hebat tak? korang ado? hahaha. yang pasti telefon tu ade lah telefon biasa sajor, tak dela yang touch screen, boleh lipat-lipat bagai..teheee.

makan megi tak pernah abes satu bungkus. Ini kenyataan! bila megi tu dah kembang, aku dah geli tekak nak makan. ade ke masyarakat cam nie? buleh wat grup kat FB dah nie...ha ha. Bila aku minum air milo, aku tak leh minum yang last sekali yang pekat likat dengan milo tu. Aku geli tekak. Sumpah aku tak leh minum.

aku tak buleh dengar orang menulis di papan hitam, aku tak leh tengok kapur tulis tu, aku seriau. aku duk terbayang makan chalk tu. Aku tak leh tengok foil dalam kotak rokok..aku gerun.. aku rasa cam lidah aku luka. sobbs T___T. Pelik tak? 

aku ade instinct yang boleh dikatakan bagus. Alhamdulillah anugerah dari Tuhan, sebab tu kot aku bakal jadi kaunselor.. jiwa manusia sangat dekat dengan aku... aku dapat baca mimik muka orang, aku ade pendengaran yang bagus..hati-hati bila ngumpat ye...! sedangkan kereta yang lalu kat luar masa aku duk pkp pon aku dapat agak siapa yang datang. Gila tak? oke ini bahaya! 

aku sangat susah nak demam.. 2 atau 3 tahun sekali baru aku demam dan selesema... selalunya kalo aku dapat mc sebab migrain atau food poisoning! tak de kes-kes demam nie. Alhamdulillah. Aku dah banyak kali excident, tapi alhamdulillah walau aku tergolek-golek, motor cedera parah sekali pon, aku tak pernah luka... syukur sangat.. :)

aku susah giler nak marah, meradang, merajuk bagai...tapi sekali aku terasa. habeslah. aku sendiri pon tak dapat nak bayangkan. Pernah aku tersinggung dengan sorang kawan nie..aku just ambik langkah berdiam diri... akhirnya dah hampir 9 tahun aku diam membisu. merajuk dengan kawan aku yang berubah perangai buatkan aku jauhi dia dah hampir 3 tahun. aku memang takkan marah, cuma aku akan diamkan diri sediam-diamnya sampai kau takkan boleh cari aku lagi. 

tu la sesikit sebanyak tentang diri aku. Aku jenis yang relaks je. Aku akan buat apa yang aku suka, akan tinggal apa yang aku benci sama macam manusia lain. Aku tak takot tanggung risiko. Bagi aku ajal maut di tangan Tuhan, so buat je la apa yang aku rasa betul, paling hebat pon kena marah, kena pukul kan? tu je.. nak kenal lebih-lebih sila kenal depan-depan lah. lagi gempak! hahahaha. aku tak berapa baik, tapi aku jugak tak jahat sangat...sedang-sedang sajor.. :)


nah.ambik gambar sekeping! ye. peveret aku tu..caramel frap... :)

Monday, January 24, 2011

Rambut

Bila keadaan busy dan stress macam sekarang nie, aku suka potong rambut sesuka hati. Last potong rambut tahun lepas masa stress gila dengan kerja yang banyak. Oh, ya.. rambut aku memang cepat panjang macam kuku jugak. Bila dah busy memang asik lupa potong kuku dan tiba-tiba rasa jijik tengok kuku dah panjang. 

Bila semakin busy, masa mandi asik tak sempat nak syampu rambut sampai tetibe kulit kepala rasa gatal gila dasyat. Dan mulalah rasa tensen dan mulalah gatal tangan nak ambik gunting zus zas zus zas potong rambut sesuka hati di depan cermin dengan muka bangga. 

hasilnya....



dan kemudian rasa menyesal yang amat sangat. T_T

Saturday, January 22, 2011

Adik

adik bongsu. bukan paling bongsu cuma bongsu. oke stop. stop!

Si adik bersedih kerana ditempatkan di kelas yang dia tak puas hati. Bila chatting dengan si kakak, maka keluarlah emoticon untuk menyatakan betapa sedihnya dia. Tapi emoticon itu telah menyebabkan kakaknya berasa sangat kelakar sehingga gelak guling-guling. Tak seswai dik ko nak sedih sebab tu. Sebenarnya banyak aspek lagi seperti si adik nie tersangatlah malas belajar dan asyik naik basikal dan motor ke hulu hilir, balik rumah nangis-nangis sebab jatuh motor atau ade orang langgar. bila malam selalu tengok tv layan ANTM, OK Karaoke, MTV dan lain-lain, sampai pernah mesej si kakak yang berada di serdang untuk menyatakan dia tak sabar untuk.. untuk tengok channel Astro First. =_='. Dan setelah lalui hari-hari demikian hampir setiap hari maka tahulah sudah perangai si adik bagaimana.. ye dak?

Jadi seswaikah emoticon itu untuk menunjukkan bahawa dia rajin bersungguh-sungguh untuk belajar tetapi diletakkan juga oleh cikgu dikelas yang di tidak berpuas hati? Tak seswai ye dek non. Tak seswai! Tapi walau bagaimanapun kakak tetap bagi kata-kata semangat yang barangkali saat kakak tulis watikah ini, si adik sudah pon lupa semua nasihat tadi. dan si kakak langsung tak heran.



chatting ngan adik bongsu. sila perhatikan emoticon si adik!

Si adik baru je masuk sekolah menengah. Annurul Artikah Annuar namanya. Ya, kami adik beradik adalah annurul dan annurul adalah lurunna. sekian. 

Friday, December 31, 2010

Tukar. Sempena tahun baru.



Tahun baru? Azam aku adalah selesaikan azam yang lepas-lepas..hoho. Kira azam jugak kan? Baiklah. Sempena tahun baru nie jugak aku dah tukar nama blog. Bukan url oke, just nama blog. Dulu, setahun lebih yang dulu, aku selesa dengan Lurunna's World. Tapi cerita aku bukan tentang dunia aku saja tapi tentang semua orang, semua yang aku lalui, semua pandangan aku, dan impian. Jadi, sebab tu la blog baru aku " Kronologi sebuah Kehidupan". Oh ya! Kronologi bermaksud susunan peristiwa secara teratur dari mula hingga akhir ye tuan-tuan dan puan-puan. 

Bila da nama blog baru haruslah ade header baru. Ye dak? Tapi malang sekali photoshop tak buleh buka la pulak T_T. Nak jugak tukar header! Nak jugak!!! Jadi haruslah redha dengan hanya guna picasa dengan paint je -_-". Takpe la, ade la jugak rupa header, better la daripada aku copy paste orang punya. Ohh itu sangat memalukan bagi aku. hahaha. Letak jiwa korang pada blog ye. Dan tak lupa juga pada eye bags di mata, nampak gigih kan?! -_-".  Selamat tahun baru uolss. !!! Jangan gila-gila sangat sambut tahun baru, nanti kang badi sepanjang tahun. Banyak-banyak berdoa oke.! Jumpa lagi tahun depan. babai :)


Monday, December 6, 2010

Home suwit Home!


Obviously, aku asik berbicara tentang nak balik umah. Tak kesah la kat belog, pesbuk, twitter, skype or formspring sekalipon! sume perihal nak balik umah. Haha, gile homesickeness. Tiket dah oredi booked! Fly on 9th Dis 2010! Hiphiphurray!!!.  

Tak sabar nak adekan family reunion! Makan sama-sama, tengok tv, jalan-jalan. Nak reunion dengan kucen gebu perotlabuh cecah lantai! astro yang ade macam-macam channel tak macam kat kolej yang ade pakej pendidikan dan sukan sajer T_T. Tak sabar nak golek-golek atas katil yang tilam gila tebal tak rasa spring langsung! Dengan bilik ade toilet jadi tak perlu malu-malu kucen macam kat kolej bila bangun lewat dari tido orang pandang aneh.

Tak sabar nak tunggu umi kejut solat subuh dan sarapan sama-sama, nak jugak umi kejut solat! Tak sabar nak mulakan rutin sebagai suri rumah! Bangun tido jemur baju, kemas rumah, tengok tv, masak, makan, angkat dan lipat kain. tunggu umi balik kerja dan bawa balik banyak buah-buahan tempatan! makan malam tunggu papa datang jemput, lepak-lepak dengan adik-adik sambil belai-belai rambut atau ajak adik lelaki teman pergi 7e jam 2, 3 pagi beli megi sebab tiba-tiba mengidam!

Tak sabar nak tutup gate rumah bila malam dan halau kucen gebu perotlabuh cecah lantai tido kat luar. Kat kolej tak boleh mengong gi tutup gate, kompem di cop gila terus! Sunguh tak sabar. Oke 9 hb lagi 2 hari. Ohh pelis-pelis cepat-cepat lah berlalu 2 hari. 


p/s : jangan lupa ye papa jemput kakak kat airport jam 5pm.Bawa rombongan mulut rabak bising dalam kereta sekali ye :')

Tuesday, November 23, 2010

Hidup Mulai Comot

Aku makin comolot! comot 



Bila balik rumah je akan oke! ini sangat benar langsung tak tipu eh!. Haha. Silalah tengok muka selekeh aku hari-hari ye kawan! Kekal selekeh buat aku rasa hawt!bahaha.. statement macam mintak KAKI! 

Selamat bercuti, bekerja, berkahwin, ber-exam...semua ber-ber la buat semua orang yang singgah ketuk-ketuk kat pages nie. Aku? still buat-buat busy... Ahh sudahlah, mahu berdondang sayang meratapi nasib diri di tepi lemari jap.bai!

Friday, November 12, 2010

No rules. Just play!


Just Type


# 6 0 # *

After you enter the code you will see a new code contain 15 digits:
43 4 5 6 6 6 7 8 9 4 3 5

According to this theory you should look at the number 7 and 8 (YY)*country* of your IMEI code. 

IF the digit number Seven & Eight is 02 or 20 that mean it was
assembled on Emirates which is very Bad quality

IF the digit number Seven & Eight is 08 or 80 that mean it
was manufactured in Germany which is not bad

IF the digit number Seven & Eight is 01 or 10 that mean it
was manufactured in Finland which is Good

IF the digit number Seven & Eight is 00 that mean it was manufactured
in original factory which is the best Mobile Quality...

IF the digit number Seven & Eight is 13 that mean it was assembled
on Azerbaijan which is very Bad quality and very dangerous for health!!!


NO RULES,JUST PLAY...

and me? i owned a very bad quality of  phone. Pity me rite?

Thursday, November 11, 2010



Wednesday, November 10, 2010

Why student FAILS in exams

It's not the fault of the student if he/she fails or cannot answer all the question!, because the year ONLY has 365' days.

Typical academic year for a student

1. Sundays-52, Sundays in a year, you know Sundays are for rest. Days left 313.
2. Sem breaks (plus minus including short breaks) -50 . Days left 263.
3. 8 hours daily sleep- 130 days GONE.. Days left 141.
4. 1 hour for daily playing- (good for health...kononlah) means 15 days. Days left 126.
5. 2 hours daily for prayers and food & other delicacies (chewing properly & swallowing)-
    means 30days. Days left 96.
6. 1 hour for talking (for sake of our life, we need to talk to each other)-means 15 days Days left 81.
7. Exam days- per year at least 35 days. Days left 46.
8. Quarterly, Half yearly and festival (holidays)-40 days. Balance 6 days.
9. For sickness- at least 3 days. Remaining days=3.
10. Movies and functions- at least 2 days. 1 day left.
11. That 1 day is your birthday. How can you study on your B'day??????
Balance = 0 "How can a student pass?????"



Actually, tertekan gila dengan paper petang tadi. Demmmm!!!! Rasa macam nak cakar muka, tarik rambut, menangis teresak-esak sampai hingus meleleh je. Thanks to all my lecturer.! Betul-betul MENILAI & MENGUJI kesabaran.

Monday, November 8, 2010

Maaf. Aku bukan ulat buku. Aku rama-rama.

Tajuk macam cilake. Haha. Tapi aku memang bukan ulat buku.Ohh pelis, aku rama-rama oke. Sebab tu bila exam markah aku cantik, demm!sekarang mood untuk exam.! Tapi study ntah ke mana. Dah final year pon still bermalasan! Insaflah wahai Cik Lurunna! aku nie dah tahap kolej kata pergi, pejabat kata mari dah nie. Tapi gini lah lagi caranya. Tapi tak pe, selagi aku tak mengigil masa jawab maknanya tak ade masalah la tu. 

Sempena dengan musim exam nie, kuranglah aktiviti rambu-ramba aku. Tapi of coz la berambu ramba di depan laptop plak. =_='. Ampunkan anakmu ini wahai En. Annuar dan Pn.Rohani! menginsafi diri jap. well, aku nak bagi peringatan pada korang, even stress camne pun dalam dewan peperiksaan nanti, pelisssslah jangan jawab exam cam dibawah!







Histeria lecturer korang taw! Histeria!!!  

status update : mood terkini
|
|
|
|



meroyan


Good Luck untuk semua yang akan menduduki Final Exam.

Sunday, November 7, 2010

Saper ade masalah email FB yang beribu-ribu..harus baca nie..!!!

Bila aku, bukak je laptop, secara automatiknya akan ter-open YM, Skype segala. Dan tangan aku plak laju je connect ngn WiFi. Alangkah terkejutnya *ayat tak bleh blah bila email di akaun Yahoo dah cecah 9000++, gila lah...bila cek sume notification dari pesbuk je. Hadoyai...so aku pon menjalankan kerja-kerja pembersihan dan perawatan untuk mencegah kandungan melebihi had di akaun email. So, haruslah share...ye dak?

Untuk elak dari korang dapat bermacam-macam invitation di pesbuk untuk main tu la, jawab kuiz ni la... ade caranya.


Pertama sekali korang pergi dekat "Privacy Settings". Ingat ye, Privacy Settings!Dalam BM ape ye? Ahh, lantak korang la...pepandailah cari.


Kemudian tekan dekat "Applications & Websites"



Then, klik kat "Edit Settings"


Pastu korang remove la applications yang korang tak nak, FB aku cuma ade You Tube ngn BBF je. So aku mmg tak dapat di- invite utk main games FB yang bukan-bukan tu. Bagi yang nak invite aku tu...maaf la ye, aku tak berminat.

Dan.dan...untuk mengelakkan email bertimbun dengan notification terutama bila orang komen gambar yang tak de kaitan dgn korang tapi sebab korang di tag, maka notification juga di email kepada korang, so untuk selesaikan masalah ni sila ikut langkah di bawah.


Macam tadi jugak, 1st, pegi dekat "Account" then klik kat "Account Settings". Then keluarlah mcm gambar di atas. Korang klik kat "Notifications".


Bila keluar gambar nie, korang klik pada notifications yang korang rasa tak perlu. Macam aku punya FB, sumenya tak de tanda, so sume notification tak masuk dalam email. Ade faham? *angguk/geleng?. Oke lah, kalo tak selesai gak masalah. Tutup je akaun.Hehehe.

Friday, November 5, 2010

Pssssst... Tips Jimat Di Hujung Sem

Hujung- hujung sem nie, boleh di ibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. kadang- kadang puas kais tak dapat- dapat gak. Maaatilah. Tapi biasalahkan, jiwa remaja, nak beli itu ini, nak keluar lepak dgn member. Makan nak berjimat camne pon, kena makan kat luar jugak. Haru lah kalau nak masak kt kolej, mane la bleh angkut periuk kuali segala. Jadi langkah berjimat yang sesuai utk kita ialah....


Kalau ketagih tahap mengeletar nak beli baju, kasut beg segala. Di sarankan anda beli je barang preloved a.k.a bundle. Jimat banyak oke..!


Tak yah malu la. Tak de la org tanya, " Eh, cantik baju kau! Beli bundle eh? Aku tau ko sesak, ko beli bundle". Kalau ade gak, ajak dia pegi, ntah-ntah mata di plak rambang pilih! Tapi pandai-pandai la pilih,jangan ko amik yang koyak rabak plak! dan kadang-kadang baju preloved nie tak penah dipakai or just pakai sekali je. 

Kalau nak lepak tu, pegi je maple, tak yah la lepak kat Secret Recipe ke, Starbak ke. Jimat oke.Jimat. Lepak maple, order roti kosong ngn tea O baru RM 2. Plus, bleh tengok tv or online WiFi gak... ikut musim la, kalau time loan masuk bleh la kalau nak memperkayakan diri jap dengan minum air mahal-mahal. Time sesak nafas nyawa-nyawa ikan nie. Buatlah pilihan bijak!

Masa duit tak de nie. Apakata kite semua berbalik kepada port WiFi percuma. Contohnya, kalau korang still belaja cam aku, gunalah WiFi di universiti masing-masing. Tak pun kalau nak online, keluar pegi maple. Order nescafe, duk situ sampai ko dah tak nak online! Oke? 

Tips seterusnya agak mendajal org sebenarnya. Kalau korg dah kureng duit di tangan, dan top up da tak de... dengan kredit berbaki bleh hantar lagi satu msg, korang msg kawan yang paling boleh dipercayai.. msg haruslah berbunyi... "Bleh top up kan aku tak? URGENT. Last kredit nie :'( ". Emoticon tu harus ade ye untuk efek sedih!. Tapi lepas korang ade duit ganti lah balik. Jangan senyap je. Bila da ade kredit plak, jangan bazirkan, simpan utk urgent saje. Ala kalau takat nak msg member or sembang nak pakwe makwe, Skype kan ade. Buleh tengok muka lagi uolss! Tak pon msg je kt FB, msg sampai rekah skrin pon tak pe. Tak de bayaran oke!

Oke.cukuplah takat nie dulu. Nanti aku bagi lagi tips untuk jimat. Renung-renungkan dan selamat beramal.bai!

Thursday, November 4, 2010

Inilah kenyataannya

Bukan nak kata aku nie berlagak kaya atau tak. Tapi zaman sekarang nie RM 100 dah tak de nilai. Bangun pagi pegi ATM keluarkan RM 100, pegi top up RM 30, pegi makan tengahari abes RM 10, jalan nak balik ingat pen abes dakwat la, kicap dengan sos cili dalam bilik habes la. Melayang lagi RM 10. Sampai kolej ingat ade hutang dengan member kamcing. Berlalu lagi RM 10. Bila malam perut berdondang sayang. Sebab nak belajar bia semua ilmu masuk dengan pantas, haruslah isi perut. Jadi habes lagi RM 10. Mana duit RM 100 tadi? tinggal RM 30. Esok confirm abes!!!



Kalau zaman dulu kala. Zaman aku berlari-lari main polis sentri, galah panjang, teng-teng segala. Terketar kepala lutut kalau jumpa RM 100, hari raya pon paling banyak umi bagi RM30, tu pon da tersengih 3 hari. Dapat RM 30 woooo! Bapak ko kasi?? Nak keluar pegi bandar dgn member dapat RM 20 pon dah kira banyak. Nafsu soping masa tu ape lah sangat. Tak de la nak karaoke ke, tengok wayang ke, main bowling ke. Tak de. tak de. Sume nie tak de dalam hidup aku masa tu. Seingat aku maggi jenama MAGGI yang dikira paling mahal zaman dulu-dulu pon harga 40-50 sen je. Air teo-O 30 sen. Nasi lauk 70 sen. Kuih muih 10 sen, kalo naik harga 20 sen gerenti sumpah seranah. Sekarang mana nak cari? jilat kuku la weyh!!! Dulu boleh je aku survive kat sekolah even duit saku ayat kuno sial 50sen je. Sekarang gerenti berteriak rabak mulut kalau bagi 50sen. 

Nilai hidup kita bergantung pada kertas. Hidup miskin ke, sederhana ke, kaya raya umah pat belas tingkat ke. Sume perlukan duit. Tak de duit ko akan MATI. Tak percaya korang bleh cuba. Ape yang aku nak sampaikan cuma satu, hidup kita di spekulasikan dengan nilai mata wang, hingga hilang nilai diri kita. Semua kejar pada kemewahan hidup, sampai sanggup diri diperkotak katik. Ye la, mana taknye, kerja siang malam, sampai lupa amal ibadah. Ade yang kerja bagai nak mati tapi tetap hidup mati kelaparan. Kenapa? Sebab hilangnya pegangan agama. Entah korang fikir lah sendiri. Aku? macam nie saja...ade duit aku guna tak de duit aku diam. Aku tak kerja so tak le banyak bunyi. 

Monday, October 18, 2010

Weekends does't mean WEEK is END

Open up my weekend with a lot of things to do. My core-business for this month is end up October with a bunch of module. And, i did't finish it yet. Bravo!

Terjelepuk kt dinding bila pikir pasal kerja.Lemah sendi.Tapi sebab semangat yg kental serta rasa sayang eh. *nyanyi ye*...boleh buat aku lupa sekejap psl REHAT. Dan paling syiok.. weekend ade Finishing School! pffft. grrrrrrrr. and aku rasa diorg sgtsgt salah pilih tarikh! hey pusat ko-ko sebenarnya sy sgt sibok minggu nie. minggu depan pon, minggu sebelum nie pon. *errrr.

Macam mne tido lwt sekali pon, haruslah aku pergi juga course tu. Start pukul 8am oke. 8am! Oh sungguh susah mahu celik mata dipagi hari minggu pada jam tersebut..! but i manage to woke up early, standby to having a long days with some cool people.perhaps.! dan.dan. rupanya Finishing School sgt seronok. Plusminus, i got around 25 new friends! berbaloi2... ketawa terbahak-bahak sampai rasa pankreas mahu koyak! ini tipu. in other side, byk sgt benda baru yg dipelajari.

End up my finishing school jam 6 pm td. Rehat lebih kurang then ade diskusi with MTM from K10. Ohhh...i'm such an introvert person...asking here & there...Prinsip semulajadi aku! bila aku plan to sit there, having a conversation for hours, i need to ask something. Takkan nk end up jadi pendengar pasif? Nonono. I'm not such kind of people! guna masa dgr bijak! ye dak...? kalo ngak mau respon, baik duk senyap2 dlm bilik...have a good rest.!and aku tambah lagi sebilangan besar rakan...! wat a frienships day! Syukur pada-Nya, masih lagi bernafas dan masih lagi berpeluang mengenali sesama manusia unik di muka bumi.

And now 5am...cepat masa berlaku... terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.. sedarkah kita ttg minit2 yang berlalu? sekali sekala mungkin kita perlu refleksi diri...haiyoooo...!


p/s : ramai yg bertanya camne nk set up modul...jika berkelapangan nanti aku share eh. rite now sesgt la bizi! sumpah tak tipu!