Showing posts with label duniaku juga duniamu. Show all posts
Showing posts with label duniaku juga duniamu. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Memori (Tahun 1 sesi 2007/2008)


Minggu Perkasa Putra. Bermula 2 Julai 2007. BP (Bimbingan&Kaunseling) Perdagangan


Perasmian pembukaan sukan Interkolej. Great!!!


Majlis Solat Hajat dan Tahlil sempena Final Exam.


Sembang kosong? dan sekarang meja batu tu dah tak de.. T__T



Gila? hahaha... pengaruh sin chan! on the way ke Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi


Malam Kebudayaan Perkampungan Canselor sesi 2007/2008 dalam kenangan


Selepas penggambaran PERSADA. Rakyat 1st floor Malinja


Pesta Tanglung. Tapi sekarang tiada lagi... T___T


Indah. dan semuanya dalam lipatan kenangan. :)
2007/2008

Monday, February 7, 2011

Day 4

Favorite photograph of your best friend...hmmm. Cabaran untuk 30 things In 30 days challenge diteruskan lagi. Gambar? Nak gambar pulakk. Oke.oke.orait. buleh je nak bagi. Ohoiii! Entri sarat dengan gambar. sila redho.. gitoooow... *gaya ala diva.!

oke. kita zasss! sekarang... :)


Gambar nie diambil sebelum Festival Zapin Interkolej (Zafest) tahun 2010. Sem 2 sesi 2009/2010. Masa nie aku dengan jawatan Exco BKK. Aktif seni gitu uolsss! hepi sangat sangat! Even tak menang tapi puas hati.


Gambar nie bersempena majlis penutup Fiesta Warisan Pantun Tiga Penjuru (Firu's). Sem 2 sesi 2008/2009. Masa nie aku jadi Ketua Unit Urusetia. Pening kepala mak uolss nak handle pertandingan gila nie. Banyak sangat sifir-sifir pantun kena khatam. Tapi gila enjoy!! mak like!


Nie gambar masa lepas habis kelas Oral Interaction Skills, lecturer kitaorg nak celebrate last day kelas. Nie Masa semester 1 sesi 2008/2009. Semua tu budak-budak course aku. Ye sume tue budak kaunseling! :)


Gambar with my bestie. Melepak-lepak kat Putrajaya setelah balik berkelah-kelah di Sg.Congkak sampai tersesat-sesat. Gila mahal air teh o ais niza. Sumpah ingat sampai sekarang :P


Gambar bersama teman satu board mtm sesi 2009/2010. Hari kak tim kena tepung dan keesokannya berlepas ke Pulau Pangkor untuk bercuti dengan mereka. seronok giler oke! :), rindu diorang sangat-sangat.


Juga member mtm. Nie pada bula november. Ye. pada hari lahir aku. dan ditepungkan! dem. nasib baik aku tak pakai baju korporat. hazab oke nak sental sebab diorang selalunya guna tepung ubi. gila dasyat kawan- kawan aku nie. redho sajor.. =_='


Malam Tunas Budaya sesi 2009/2010. Gabungan KMR dan KC. First event handle masa jadi exco BKK


Bowling tournament krew GTA, Kopi Susu Sepatu Biru. Enjoy giler! rindu semua especially cik usna sayang!


Team debate aku! aku biasanya jadi 3rd speaker. Ni masa pertandingan Piala TNC. Tahun 2009


Hari keluarga course aku. buat senaman pagi guna lagu ayumi oke. cute tak?hahaha


Masa majlis anugerah canselor. tahun 2010. biarpun baru je berlalu, tapi dah rasa lama giler tak jumpa diorang. Rindu sangat. Tapi tak pe sebab sekurang-kurangnya mereka semua pernah hadir dalam hidup aku!

Gambar budak aktif kolej memang sarat dengan event je la kan. Macam mane sibok pun mak tetap seronok. Bersyukur sebab di beri peluang kenal mereka-mereka semua. Di beri peluang untuk timba pengalaman, dan belajar perkara baru. Dan diorang semua aku akan ingat sampai bila-bila! Actually banyak lagi gambar, banyak lagi teman-teman yang aku sayang, cuma nanti kan korang menyampah plak kan. Dan bagi yang tak de dalam gambar-gambar nie, tak bermakna aku tak sayang korang, korang sume istimewa dalam hidup aku oke. :)



Monday, December 6, 2010

Goodbye and Hello!



tak de niat nak takutkan sesaper

Monday, November 15, 2010

Sekadar berkongsi rasa

Minggu nie bumi dibasahi hujan. Cuaca yang tak menarik untuk keluar berjalan-jalan. Tapi hari nie aku keluar juga, sekadar untuk lepaskan tekanan sambil tengok muda mudi di jalanan. Ada yang berpimpin tangan, ada yang gelak sakan, tak kurang juga yang megah bershopping sakan.! Sambil mata ke situ-sini, aku berfikir tentang bangsa kita, sudah tentu tentang bangsa Melayu. 

Dulu. Satu masa dulu, aku anak kampung yang tak pernah kenal dengan panggung wayang, pusat karaoke, serta pusat beli belah yang gah. Anak kampung yang tak pernah kenal nikmat keluar menghabiskan wang, berhibur bersama teman konon untuk lepaskan tekanan.Tapi sebenarnya aku cukup bangga sebab tidak terdedah dengan semua tu secepat remaja pada hari ini. Aku bangga bila mana aku hanya mengenal semua tu setelah mencecah 20-an. Sekurang-kurangnya sebelum nie masa aku hanya di habiskan dengan membaca. 

Siapalah sangat aku dulu, bila waktu petang habiskan masa membakar sampah, menyapu laman rumah, atau sekadar menyertai ko-kurikulum di sekolah. Hujung minggu aku hanya di dunia aku, membantu umi dan papa menguruskan rumah dan menjaga adik-adik bila mereka keluar bekerja. Aku hanya remaja tipikal, remaja kampung yang hidup serba sederhana. 

Sekurang-kurangnya kehidupan aku yang dulu mengajar aku untuk lebih kental hadapi arus kemodenan. Bersyukur juga, bila aku memahami bangsa aku bukan dengan hanya menjadi sebahagian daripada bangsa, tetapi juga melalui pembacaan. Walau rumah tidak di bekalkan dengan internet, tapi sekurang-kurangnya aku khatam habiskan bacaan buku Sejarah Melayu, hasil tulisan W.G Shellabear, edisi Tun Sri Lanang juga edisi dari A.Samad Ahmad.

Aku bukan pelajar aliran sastera, tetapi sempat juga aku membaca buku hasil karya  Abdul Latip Talib, buku-buku seperti Hikayat Amir Hamzah, Leftenan Adnan. Buku karya Keris Mas, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, novel Salina karya A.Samad Said. Aku juga minat puisi, puisi dari karya William Shakespeare, Robert Frost dan sebagainya. Masa lapang aku di habiskan dengan membaca, antara yang aku masih ingat sampai sekarang novel Jibam, Pilot Cafe dan masih tak luput dari ingatan cerpen Paku Payung dan Limau Mandarin! Dunia aku bukan di hujung jari tetapi dunia aku di library. 

Rumah aku juga dulu tidak dibekalkan dengan siaran berbayar, masa aku dihabiskan menonton berita, mengulangkaji pelajaran sambil bersembang kosong dengan ahli keluarga. Anak kampung seperti aku mana pernah kenal dengan istilah overnite! Sedih plak sekarang bila anak bangsa kita sudah terdedah dengan keseronokan melampau di usia yang sangat muda, sehingga lupa penuhkan ilmu di dada. Bagaimana untuk kita pertahankan bangsa jika kita tidak pernah cuba mengambil tahu asal usulnya.

Jiwa anak muda kita hari ini terlalu disogokkan dengan cerita cinta yang asyik, sampai mereka lupa cinta akan bangsa sendiri. Berapa ramai anak muda hari ini yang tahu tentang sejarah Islam, sejarah Melayu, tentang zaman penjajahan Jepun? Dan aku bersyukur kerana telinga aku masih berpeluang mendengar cerita penderitaan datuk dan nenek aku di zaman penjajah dulu kala. Dan jika anak muda hari ini tidak tahu tentang semua ni, bagaimana nasib anak kita di masa akan datang? terus di sogok dengan cerita animasi? Novel cinta romantis? atau majalah lawak komedi?

Ini hanya tentang cebisan pengalaman aku. Pengalaman si mentah! Dan aku sendiri masih mencari ilmu, dan sentiasa berfikir dan membandingkan tentang dunia hari ini dan semalam. Aku lebih suka dengan identiti aku sebagai anak kampung, dan aku bangga aku dilahirkan sebagai anak kampung yang berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah. Anak kampung yang kesukaannya bermain hujan serta berpijak di tanah kadang kala tanpa selipar. Anak kampung yang habiskan masa cuti sekolah dengan memancing ikan di tepi sawah. Berkebun di belakang rumah.

Saturday, November 13, 2010

Birthday dan Exam bukan satu kombinasi menarik!

Birthday?

Nothing special with that!. Musim-musim exam nie, tak de masa untuk ber-party buih, tiup-tiup belon serangan tepong telur segala. Cukup dengan ucapan Selamat Hari Lahir yang tak ternilai harganya. 12 November, satu hari jumaat yang bermula dengan hujan renyai-renyai. Sejuk dan nyaman. Oh ya, tak lupa juga exam Personelia yang jawapan ntah ape-ape. Dan, aku tido awal dari biasa. Pukul 1.30am, mata dah tak tahan. Bangun jam 5 pagi tekun bersarapan dengan buku nota. Cek Facebook, dah tertempek beratus-ratus wish *riak disitu!haha, cek blog, aku macam.oh.oh.terharu!tak tipu.sungguh terharu.


Thanks bestie forever ever! sayang ko lebih la! Dan esok mungkin merancang untuk berambu ramba. Ye la, post-pone sambutan. Maybe pergi tengok muvie? A cup of frappucino? Pizza? sehelai baju baru mungkin? *smile*. Berangan sume nie! Atau mungkin hari dihabiskan dengan basuh baju. kemas bilik dan merenung masa depan sambil baring atau mungkin tertido terus? redha.


"The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way"



pssssst : thanks ye kepada yang wish birthday...appreciate that. *kiss&hugs* 

Wednesday, November 10, 2010





I still find each day too short for all the thoughts I want to think, all the walks I want to take, all the books I want to read, and all the friends I want to see.  

Monday, November 8, 2010

Get a life



Tak perlu faham apa erti rindu kalau hati kaku
Tak perlu berterima kasih kalau tak pandai menghargai
Tak perlu kata maaf jika tak faham erti penyesalan

Aku juga tak perlu kamu.

hiduplah seperti manusia biasa yang akan mati esok atau lusa
Kau akan faham erti hidup
Jika kau hidup dengan mengingati mati.


apalagi yang boleh dibuat?

Friday, November 5, 2010

Pssssst... Tips Jimat Di Hujung Sem

Hujung- hujung sem nie, boleh di ibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. kadang- kadang puas kais tak dapat- dapat gak. Maaatilah. Tapi biasalahkan, jiwa remaja, nak beli itu ini, nak keluar lepak dgn member. Makan nak berjimat camne pon, kena makan kat luar jugak. Haru lah kalau nak masak kt kolej, mane la bleh angkut periuk kuali segala. Jadi langkah berjimat yang sesuai utk kita ialah....


Kalau ketagih tahap mengeletar nak beli baju, kasut beg segala. Di sarankan anda beli je barang preloved a.k.a bundle. Jimat banyak oke..!


Tak yah malu la. Tak de la org tanya, " Eh, cantik baju kau! Beli bundle eh? Aku tau ko sesak, ko beli bundle". Kalau ade gak, ajak dia pegi, ntah-ntah mata di plak rambang pilih! Tapi pandai-pandai la pilih,jangan ko amik yang koyak rabak plak! dan kadang-kadang baju preloved nie tak penah dipakai or just pakai sekali je. 

Kalau nak lepak tu, pegi je maple, tak yah la lepak kat Secret Recipe ke, Starbak ke. Jimat oke.Jimat. Lepak maple, order roti kosong ngn tea O baru RM 2. Plus, bleh tengok tv or online WiFi gak... ikut musim la, kalau time loan masuk bleh la kalau nak memperkayakan diri jap dengan minum air mahal-mahal. Time sesak nafas nyawa-nyawa ikan nie. Buatlah pilihan bijak!

Masa duit tak de nie. Apakata kite semua berbalik kepada port WiFi percuma. Contohnya, kalau korang still belaja cam aku, gunalah WiFi di universiti masing-masing. Tak pun kalau nak online, keluar pegi maple. Order nescafe, duk situ sampai ko dah tak nak online! Oke? 

Tips seterusnya agak mendajal org sebenarnya. Kalau korg dah kureng duit di tangan, dan top up da tak de... dengan kredit berbaki bleh hantar lagi satu msg, korang msg kawan yang paling boleh dipercayai.. msg haruslah berbunyi... "Bleh top up kan aku tak? URGENT. Last kredit nie :'( ". Emoticon tu harus ade ye untuk efek sedih!. Tapi lepas korang ade duit ganti lah balik. Jangan senyap je. Bila da ade kredit plak, jangan bazirkan, simpan utk urgent saje. Ala kalau takat nak msg member or sembang nak pakwe makwe, Skype kan ade. Buleh tengok muka lagi uolss! Tak pon msg je kt FB, msg sampai rekah skrin pon tak pe. Tak de bayaran oke!

Oke.cukuplah takat nie dulu. Nanti aku bagi lagi tips untuk jimat. Renung-renungkan dan selamat beramal.bai!

Thursday, November 4, 2010

Inilah kenyataannya

Bukan nak kata aku nie berlagak kaya atau tak. Tapi zaman sekarang nie RM 100 dah tak de nilai. Bangun pagi pegi ATM keluarkan RM 100, pegi top up RM 30, pegi makan tengahari abes RM 10, jalan nak balik ingat pen abes dakwat la, kicap dengan sos cili dalam bilik habes la. Melayang lagi RM 10. Sampai kolej ingat ade hutang dengan member kamcing. Berlalu lagi RM 10. Bila malam perut berdondang sayang. Sebab nak belajar bia semua ilmu masuk dengan pantas, haruslah isi perut. Jadi habes lagi RM 10. Mana duit RM 100 tadi? tinggal RM 30. Esok confirm abes!!!



Kalau zaman dulu kala. Zaman aku berlari-lari main polis sentri, galah panjang, teng-teng segala. Terketar kepala lutut kalau jumpa RM 100, hari raya pon paling banyak umi bagi RM30, tu pon da tersengih 3 hari. Dapat RM 30 woooo! Bapak ko kasi?? Nak keluar pegi bandar dgn member dapat RM 20 pon dah kira banyak. Nafsu soping masa tu ape lah sangat. Tak de la nak karaoke ke, tengok wayang ke, main bowling ke. Tak de. tak de. Sume nie tak de dalam hidup aku masa tu. Seingat aku maggi jenama MAGGI yang dikira paling mahal zaman dulu-dulu pon harga 40-50 sen je. Air teo-O 30 sen. Nasi lauk 70 sen. Kuih muih 10 sen, kalo naik harga 20 sen gerenti sumpah seranah. Sekarang mana nak cari? jilat kuku la weyh!!! Dulu boleh je aku survive kat sekolah even duit saku ayat kuno sial 50sen je. Sekarang gerenti berteriak rabak mulut kalau bagi 50sen. 

Nilai hidup kita bergantung pada kertas. Hidup miskin ke, sederhana ke, kaya raya umah pat belas tingkat ke. Sume perlukan duit. Tak de duit ko akan MATI. Tak percaya korang bleh cuba. Ape yang aku nak sampaikan cuma satu, hidup kita di spekulasikan dengan nilai mata wang, hingga hilang nilai diri kita. Semua kejar pada kemewahan hidup, sampai sanggup diri diperkotak katik. Ye la, mana taknye, kerja siang malam, sampai lupa amal ibadah. Ade yang kerja bagai nak mati tapi tetap hidup mati kelaparan. Kenapa? Sebab hilangnya pegangan agama. Entah korang fikir lah sendiri. Aku? macam nie saja...ade duit aku guna tak de duit aku diam. Aku tak kerja so tak le banyak bunyi. 

Tuesday, November 2, 2010

Jatuh sakit lagi...

Jam 4.40 am. Mundar-mandir dalam bilik tanpa hala tuju. Kerja bertimbun- timbun. Tapi kepala dah tepu. Sumpah dah cukup tepu untuk fikir apa-apa. Bisik hatiku, "lama-lama mcm ni, boleh gila aku nanti". Sambil mundar-mandir, mata terpandang telefon... "rosak ke tel nie? kenapa tak de msg masuk?".

Betul kata Rocky Bosbin . Aku ade penyakit. Muka aku tak riang seperti dulu, dahi selalu berkerut tahan sakit, hidung pula berdarah. Dr. di PKU tak mampu buat apa-apa lagi. Tekanan darah diambil, ujian darah sudah di buat. Mata berpinar-pinar. Sakit nie, perlu diubati.

...

















.........
















































































..........












Ye. Betul kata Rocky Bosbin

AKU HOMESICK!!!

Sunday, October 31, 2010

Kehadapan suamiku...

Mari berhujung minggu! Bak kata aku, "duit jangan dibazirkan gitu je...GUNA SAMPAI HABES, jgn membazir"...hahaha. Enjoy my weekend dgn diorang semua. Macam- macam hal jadi tapi maintain cool biar jantung duk dupdap dupdap.

Dengan ini juga aku nak tulis sepucuk entri blog untuk bakal suami yang tersayang.

Salam,

Kehadapan bakal suamiku, entah siapa dan dimana anda berada sekarang...

Awak, sekarang umur saya da macam boleh kawen. Macamlah...saya jangka akan kawen lagi beberapa tahun. Awak dah bersedia? Saya belum...saya tak de duit lagi. Jujur saya cakap. Awak tengoklah gambar- gambar kat bawah. Bukan gambar lucah ye...dan bukan juga gambar curang saya.Cuma saya nak kenalkan awak dengan kehidupan rambu- ramba saya.



Ini saya.. Saya mengalami ketagihan kopi yang agak tegar!


Kawan- kawan saya pun gila. macam kawan awak.haha


nanti bersabar la ye, kalau saya ajak makan kat mana-mana. Saya taw awak sayang saya



Jadi calon suami saya nanti, sila bertabah, walau di manapun anda berada, saya nasihatkan anda berusaha dari sekarang untuk mengumpul duit. Bakal isteri anda gila ye. Saya ulang sekali lagi, bakal isteri anda gila dan pakar dalam menghabeskan duit! Sila bertabah!



Salam sayang....



p/s : gedik tak???rasa nak sepak je...muahaha


Tuesday, October 19, 2010

Hmmmm....


current mood : serabut!


rindukan senyuman nie.rindu!


p/s : need someone to share...muahhaha


Thursday, October 14, 2010

Serammmm...

Jam 2 am. Baru abes meeting! Gila ahh, rasa cm YB plak bila abes meting lwt-lwt gini. YB??? ye YB...Yang Bekerja tanpa gaji. demmm. Mcm biasa abes meeting haruslah mengelupur berlari balik ke bilik. Disebabkan fikir perlu gigih siapkan slide utk present hari nie, haruslah aku bertabah tahan ngantuk. Bahan satu haram pon tak de, tak pe...tenet di hujung jari! dan belakangnya ade katil.Pilih nk yang mana?kahkah.

Sedang enak dibuai mimpi.eh tak.sedang enak melayari laman sesawang...*cari bahan oke, tetibe aku dgr mcm ade org berlari di floor atas. Aku stay kt 1st floor. First aku ignore je. Then dgr lagi org berlari, hentak2 kaki plak. Woi, ingat nie rumah kayu ke...! Kolej aku fully bersimen, mcm tak logik je dgr tapak kaki sekuat tu. Tanya rumet aku, dia dgr tak ape yg aku dgr...katanya TAK!!! aku senyum kambing.

dengar utk kali ketiga, aku buat2 menguap..."arghhhh...ngantuk"...tutup laptop terus tido! Ahh pedulik la asimen tak siap lagi pon. Aku bukan takot cuma ngantuk! hAaaaa...!Aku ulang sekali lagi.aku tak takot oke!

Tuesday, October 12, 2010

Email




bila dalam keadaan resah. Jom kite emel sume lect utk mohon maaf. Kenapa? Ilmu perlu di halalkan. Rasanya aku banyak buat salah. Hmmm...bangun pagi-pagi terus sakit kepala. Abes sume kelas aku tuang.

Jadi penyesalan haruslah di emel. berguna juga internet utk kecemasan! Dan sekarang sedang menanti penuh sabar emel balas dari mereka. sila tepok suport!


p/s : FB telah dinyahtinjakan buat sementara waktu. terasa ade ganguan seksualiti di situ, aku tertarik dgn fb sehingga menganggu proses pembelajaran. haishh. dunia oh dunia!


Sunday, October 3, 2010

Manfaatkan hujung minggu!


Rasa bilik cam org gila!!!seyes byk giler baju2 yang terabai. Okeh jadual sibuk mula berakhir. Perlu fokus pada keadaan bilik yg macam semacam tongkang pecah. Gile ahh pempuan cmni. Jadi ujung minggu nie mari beraktiviti sihat mendobi dan membersihkan bilik.

dan.dan. Majlis Gemilang Graduan Aidilfitri (MGGA) sudah selamat berakhir. Ohh penat gila merewang masak2 bersama sume org2 kg! tapi puas ati tak terhingga. Inilah sebab knp sy pilih utk stay kolej compare to stay out campus. Oh life ko bosan la duk luar. Org duk kolej still bleh melepak kt luar cuma org duk luar takde aktiviti cam duk kolej. Sori lah kalo yang duk luar terasa.Tapi aku rasa cm loser gile kalo hidup tak dipenuhi kenangan indah masa belajar. hey bukan sume dpt peluang masuk U, dan haruslah ko hargai. *aku pon malas belajar...haisshh!!!


Oke la. Nk gi basuh baju yg berlonggok2 sehingga tiada space lagi dlm bakul baju kotor.terkeluar sampai ke lantai dah.hahaha. will update later on! baii!!!


Sunday, September 19, 2010

Contest Final Year Gempak 1011!!!



contoh2 design.


Dengan ini aku mengumumkan contest
"Final Year Gempak 1011!!!"

peserta perlu meng-design baju utk Final Year Student KC sempena
majlis makan malam rasmi KC sesi 2010/2011


syarat-syarat penyertaan :

pelajar UPM
Warga KOLEJ CANSELOR
final year
waras dan dapat menerima kenyataan


Hadiah :

T-shirt anda akan dipilih sbg T-shirt utk final year
dan akan menerima sehelai t-shirt percuma.

Tarikh tutup :

19 Oktober 2010

Setiap design harus dipost di wall aku yep..



p/s : pemenang akan dikira melalui bilangan undian...demokrasi gitu.. :)

Tuesday, August 31, 2010

Puasa...Day 21 (Raya Sekarang tak macam dulu...ada setuju?)


Tup tap tup tap...dah 21 hari kite berpuasa. maknanya lagi sembilan ari nk raya. Kirenya mlm mencari Lailatul Qadar la nie. Ape-ape pon semoga mendapat cahaya-Nya. baiklah tuantuan dan puanpuan. sebut pasal raya nie *sambil tgk tiket balik kg. da byk yg berubah. Kalo ingat balik zaman aku kecik2 dulu.*kira2 10-15 tahun yg lps. Seronok! seronok gila!!! Raya tu la yg paling di nanti-nanti. Masa tu la baju baru nk bertukar.al-maklumlah, bukannya org kaya raya... bertukar baju baru pun masa raya. Kalo tak..haremmm. Masa tu jugaklah bleh merasa pakai emas, intan berlian nie. Ntah ler dtg dr mana, asal raya je ade...lps raya ne pulang balik. Hmmm, org lain aku tak taw la...tp aku cm gitu la kekdahnya.

Masa raya zaman aku dulu. Dekat-dekat raya nie la umipapa duk sibok kerah tenaga anakanak mengemas umah, siap cat umah tuhh. Pasang lampu kelip-kelip, pasang pelita. Sambil dgr lagu raya lak tuh. Ekpeceli mlm tujuh likur. Fuhhh. Cantik je kg ngn cahaya pelita. Tapi skang mane ade sume tuh. Nasib baek la aku duk Kelantan sana. Dapet jugok le rasa nikmat kg.


Tutup pasal lampu pelita. kalo soal makan pula. Kt Kelantan ni special sket. Tak de lemang, rendang nie. kiteorg layan nasi dagang! Huhhh mau terangkat pinggan mau tambah. Kalo masa dulu-dulu, makanan raya boleh cari masa raya je.lain hari kompen tak dpt cari. Berani potong jari eh. Tapi skang, bersepah org jual lemang, rendang. Dah mcm tak special dah juadah tue coz ari2 lain pon buleh cari. Sebab tue aku dari kecik sampai ke besar duk layan nasi dagang je tiap2 kali raya tak reti erti jemu. Mana tak nya, tak de pekdahnya umi aku nk masak nasi dagang kalo bukan ari rayo. Aku pon tak gatal nk mintak. Tak feelnk makan kalo bukan ari rayo.


Haa, bab biskut plak, dulu biskut semperit je aku reti. Tak de dah segala jenis biskut almold london.Choco chip, biskut conflakes madu sume. Sampai skang anak tekak tak bape bleh terima biskut moden. Semperit nie jugak aku cari. Semperit bukan sebarang semperit. Nak buatnya bukan senang, mau kejang jari duk masuk dlm acuan dia tue. Bengkak jugalah nak siapkan beratus keping tuh.Mana tak nya sekali masuk acuan baru dapat 5,6 keping, mau lenguh jugak lah nk siapkan. Tue tak kira lagi yang hangus rentung. Tapi aku berani bet la, kalo wat biskut raya, tak sempat raya, biskut dah habes berbalang2. Masa raya, sume tolak tepi da biskut. Tak hinginnya nk makan.haha.

kalo tempat aku nie la semperit

nie plak acuan dia.gila klasik!


Habis pasal biskut.kalo sentuh pasal mercun plak. Budak2 zaman aku dulu takde pekdahnya nk main mercun sampai kudung kaki tangan. Aku pon tak taw cmne dak2 skang main sampai abes terkorban mati syahid. Haishh. Sebab jarak umo aku ngn abg aku tak jauh, dan jarak ngn adik plak jauh, aku lah yg diangkut oleh abg ke hulu ke hilir peneman dia menyetan. Tak de istilah main bunga api dalam hidup aku. Setakat mercun bawang tue, bt halau kucing jer. Aku paling suka main mercun botol. Ala mercun roket yg letak dlm botol tue. tapi versi kiteorg kepit celah kangkang! Ade berani??? Hahaha, haruslah lap li lap dulu. Hambik ko, yg pempuan kepit celah kangkang, yg lelaki lagi advance, kepit celah pun&&u*...Ade teknik tektik dia, kalo ko bodoh haruslah hangus kangkang ko.So, bg yg tak taw jgn berani cuba. Sepanjang aku main mercun tak de la plak aku or membe2 yang sampai kudung tgn kaki. Budak kg, haruslah kepala masuk air.. Cuma ade skali tue, abg aku nie punya lah mangkuk, gi bukak mercun ketupat dan amik sume karbait *sila abaikan ejaan dia ltk atas surat khabar. Dengan bijaksananya dia letupkan sampai terbakar tgn. Api menyala Oooo kt tgn.Guling-guling dia berlari balik umah.



Paling ketara, raya skang mana ade dah pos-pos kad raya. Sume main tag-tag kt pesbuk je. Bukak photoshop, letak bulan, ltk pelita, adjust kaler barang dua, letak ucapan sket, letak nama. save, upload dan tag seramai boleh. *da kira ucapan ke tue?. Kalo bab duit raya plak,masa aku kecik2 dulu, dpt 50sen pon da ternganga gembira. Budak skang, siap perli lagi...hadoiii...Baju raya plak megerlip sana sini, aku dulu pakai kain cotton je, kira up sket dr baju skolah jor.

Raya skang nie, lebih kurang je.Buat ambik berkat jer, pastu duk melepak dpn tibi. Org mai jalan umah pon tak heran. Kena pukau agaknya, tak bergerak duk pegang remote sambil minum air gas mirinda. Orang nk balik je dtg salam sambil hulur tgn minta duit. Aku duk perati je dr jauh. Macam mana pon raya skang, raya dulu tetap di kenang, tgk lagu sudah, mana aku feel dgr lagu skang, bak sini bg aku layan lagu sudirman ke, saloma ke,S.Jibeng, Sanisah Huri, Uji Rashid, nie baru masukkkk. Lagu skang tak de feel. Serius!


p/s : rindu raya zaman kanak-kanak dulukala...



Sunday, August 22, 2010

Puasa...Day 12 (Last task...)

sue, fiq,nurul, mimi,putri, mashy...and si tukang snap.azeem
heart all of u.thanks.

Hari nie bosan!
Godek-godek FB
oke.ade benda nk cerita.

Final year. Sedikit waktu lagi, akan pulang. Tak lagi bergelar student. Task terakhir utk lengkapi diri sbg pelajar kaunseling. Kaunseling Kelompok. Partner saya, hary the witch!!!!

Guys.Hope u enjoy being with us.Gelak.Nangis.meroyan.

Cuba rasa ape yg korang rasa. Cuba selami apa yg korg alami.Kami budak baru belajar.sila ampunkan kesalahan tatabahasa, kesilapan lalulintas yg kami bt. *ini mengarut!

Jam masa seolah cemburui, hari makin hari...makin dekat rase mau berpindah, ke dunia sebelah...keluar bergelumang dgn masyarakat lain yg jugak sibuk berusaha gigih mencari sesuap nasi. Haisshh, tak mau lepas dunia hari ini, tp kan dah kata, jam masa mencemburui!

oke la.bai.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan



Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda :
"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah), dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka ".
Maafkan segala kekhilafan diri.
Semoga Ramadhan kali nie, bermakna bt kita semua.
p/s : rindu pada keluarga membuak-buak

Wednesday, August 4, 2010

Crazy womeng kah SAYA?

After long time not update my blog. Busy actually, a lots of work to do, but not setle yet. Miracle! Dlm sibok2 tu sempat juga joyride. I'm crazy enuf to do dis. When unplanned is planned. Sory guys cz always tarik uolss bersama utk mengejar keinginan sy. Hopefully u guys enjoy as i'm. Tgk muka cm seronok.Hahhaha.
Minggu lps, mmg gila. Ye sy akui sy agak GILA.Jln2 di Putrajaya, Mkn tengahari di OU Damansara, Dinner di Umbai, Melaka then sarapan di McD Genting Highlands. Enjoy the picts..







Minggu sebelumnya juga GILA. Haisshh. When grocery shopping turns to JOYRIDE. Pergi Mines utk beli kelengkapan BBQ for MTB. Then going to Dataran Merdeka. Bila dah bosan beralih ke Downtown Shah Alam. Kemuncak, sampai di Port Dickson. Esknya terus sampai di Alamanda even tak mandi dan tak tido2 lagi. Buruk betul perangai. *sigh*. Sempat gak snap picts. Of course la kn.





Mungkin sebab dah Final Year. So, dis only my change to do all i want to with mybestie. Dear friends. I heart all of u dem much. Thanks to be a part of my journey in mylife. Sgt cute tgk korg tido dlm kereta. Haha. Sgt seronok bila kita berbual tnp fikir tekanan kerja. Sgt seronok bila dpt enjoy dgn korg semua. Yang paling penting, sy mahu habiskan masa bersama korg.