Showing posts with label suka hati. Show all posts
Showing posts with label suka hati. Show all posts
Monday, January 3, 2011
Present from parents
Back to school!!!
Diakui di sini bahawa aku masih lagi budak sekolah yang sedang bertungkus lumus, berpeluh-peluh segala untuk menuntut ilmu. Cuma aku bukan sedang kejar scroll tipu macam dalam gambar masa tadika tu =_=". Ni scroll betul-betul yang catat ko dapat cgpa berapa, dan kau akan malu dan kena booo kalo dapat second class. Haha.
Walau bukan golongan cerdik pandai genius yang takpayah belajar tapi score, aku tetap kena teruskan perjuangan di tahun akhir nie. tahun akhir? eh.kejapnya. rasa macam sem lepas baru datang untuk minggu orientasi yang kena buat cheers selama seminggu tu sampai terkoyak anak tekak! Cepat sungguh masa berlalu, dah final sem pon. sila teruja untuk abeskan belajar dan kawen!
dan di tahun akhir nie, setelah melalui onak duri, caci maki *adeke? dua hari sebelum menjejaki ladang upm, ibubapak yang baik hati bagi hadiah pada anak gadis kesayangan. wiuwiu! Alhamdulillah. rezeki.rezeki. hadiah belated besday katanya. Tak pe la, belated ke advanced ke, yang penting anakanda senyum sampai nampak lesung pipit paling dalam sebab hati berbunga riang gembira!
terima kasih daun keladi, hari jadi nanti bagi lah lagi! :)
Thursday, November 25, 2010
Monday, November 22, 2010
Teknologi pembunuh tradisi?
Aku rasa budak-budak sekarang dah tak thrill dah. Pagi tadi adik aku telefon, mintak aku pujuk big bos sebab dia nak tukar fon. Adik aku baru darjah 6! Gila lah kau budak. Muda-muda dah hadap gelombang, aku umo 18 baru ade henfon. Tu pon dah puas melalak, nada dering monofonik plak tu. Masa aku darjah enam dulu aku duk bizi main tutup botol lagi. Hahaha.
Kalau bagi tutup botol kat bebudak zaman sekarang, alamak kategori sampah la bagi diorang. Weyh, aku buat main sampai nangis-nangis kot sebab kalah! Haha, Dulu permainan banyak recycle je. Takde maknanya mak bapak nak habeskan beratus-ratus untuk buat hiburan anak-anak. Kalo ko nak main, pepandai ko la. Oh ya, nie kategori anak kampung cam aku je. Orang bandar aku tak tahu diorang main apa. Mesti korang kumpul barbie kan, harhar.
Berbalik kepada mainan budak kampung cam aku nie, tak de yang kuarkan duit pon, kira mainan stok recycle je sume. Kalo ko nak main tutup botol, gi la pakat-pakat minum air soda ke sarsi ke. Dapat lima penutup. Jalan! Kalau beli nasi bungkus ke atau pape yang diikat dengan getah, kompem aku simpan getah tu, sangkut kat paku atau letak atas peti ais, dah banyak nanti ikat buat main lompat getah, kalo tak tahan sangat nak main, getah tak cukup, buat yang single je, kalo getah banyak bleh buat yang double line! Lagi best! Paling tak pon aku curi kapur papan hitam kat sekolah, balik umah aku conteng kat pintu ke, lemari ke, boleh la setakat nak paksa adik-adik aku jadi anak murid tu.bahaha.
Banyak kot permainan dulu kala yang safe bajet! Lepas tengok power rangers mesti bertumbuk adik beradik dan cop nak jadi power rangers kaler ape. Bertumbuk tu bleh kira bermain tak? Satu lagi permainan yang aku gemar tapi merbahaya ialah, aku buat-buat rajin gi bakar daun kering atau sampah then........ aku amik ridset, aku sembur kat api tu...hahaha. =_=".
p/s : limabelas entri pon belum tentu cukup kalo nak citer gila aku zaman budak-budak...hahaha, nanti la aku share sket-sket, mana taw dapat kita flash back sambil sengih-sengih.
Saturday, November 20, 2010
Merdeka bukan saja pada 31 Ogos
Ini entri sempena meraikan kebebasan dari belenggu Final Exam!!! Wohooo!!! Syok bangat...selamat sudah aku menjawab paper terakhir, Kaunseling Kelompok jam 8.30pg tadi. Mak aiii, mentang-mentang paper last, masa 2jam aku jawab dalam 45minit je.Kehkehkeh, nasib baiklah dapat dijawab dengan lancar, umpama makan betik untuk melancarkan penyahtinjaan! Kahkahkah.
Tapi agak cilake la, even aku dah abes paper bukan bermakna aku boleh tiup belon dan hip hip huuuurayyy macam member lain, bengkek je rasa bila uruskan kaunter pemulangan cuti tadi, hampeh tul bila orang sapa, "Bila balik?" dengan selamba aku jawab, "Balik tu apa?" amik kau! Dah kau tau cuti aku burn camgitu je, lagi ko nak tanya bila aku nak balik. Tapi tak pe, berkhidmat untuk nusa dan bangsa katanya!Kahkahkah.
*selingan*
cuba tengok budak pakai baju kuning tu.Kahkahkah. Tergolek aku sesorang!
oke. bersambung lagi di lain hari, tetibe idea hilang.kahkah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




