Showing posts with label hobi?. Show all posts
Showing posts with label hobi?. Show all posts

Monday, November 22, 2010

Teknologi pembunuh tradisi?

Aku rasa budak-budak sekarang dah tak thrill dah. Pagi tadi adik aku telefon, mintak aku pujuk big bos sebab dia nak tukar fon. Adik aku baru darjah 6! Gila lah kau budak. Muda-muda dah hadap gelombang, aku umo 18 baru ade henfon. Tu pon dah puas melalak, nada dering monofonik  plak tu. Masa aku darjah enam dulu aku duk bizi main tutup botol lagi. Hahaha.

Kalau bagi tutup botol kat bebudak zaman sekarang, alamak kategori sampah la bagi diorang. Weyh, aku buat main sampai nangis-nangis kot sebab kalah! Haha, Dulu permainan banyak recycle je. Takde maknanya mak bapak nak habeskan beratus-ratus untuk buat hiburan anak-anak. Kalo ko nak main, pepandai ko la. Oh ya, nie kategori anak kampung cam aku je. Orang bandar aku tak tahu diorang main apa. Mesti korang kumpul barbie kan, harhar. 

Berbalik kepada mainan budak kampung cam aku nie, tak de yang kuarkan duit pon, kira mainan stok recycle je sume. Kalo ko nak main tutup botol, gi la pakat-pakat minum air soda ke sarsi ke. Dapat lima penutup. Jalan! Kalau beli nasi bungkus ke atau pape yang diikat dengan getah, kompem aku simpan getah tu, sangkut kat paku atau letak atas peti ais, dah banyak nanti ikat buat main lompat getah, kalo tak tahan sangat nak main, getah tak cukup, buat yang single je, kalo getah banyak bleh buat yang double line! Lagi best! Paling tak pon aku curi kapur papan hitam kat sekolah, balik umah aku conteng kat pintu ke, lemari ke, boleh la setakat nak paksa adik-adik aku jadi anak murid tu.bahaha.

Banyak kot permainan dulu kala yang safe bajet! Lepas tengok power rangers mesti bertumbuk adik beradik dan cop nak jadi power rangers kaler ape. Bertumbuk tu bleh kira bermain tak? Satu lagi permainan yang aku gemar tapi merbahaya ialah, aku buat-buat rajin gi bakar daun kering atau sampah then........ aku amik ridset, aku sembur kat api tu...hahaha. =_=".


p/s : limabelas entri pon belum tentu cukup kalo nak citer gila aku zaman budak-budak...hahaha, nanti la aku share sket-sket, mana taw dapat kita flash back sambil sengih-sengih.

Wednesday, September 1, 2010

Puasa...Day 22 (Bila kita gembira kita soping...errr)

Say Hi to september. Argghh dah september! Ye Cik Lurunna, da september. Ade apa ye dgn september. Lumrah bg hidup student mcm aku nie, september da kira tahap GENTING! bkn genting highlands ye tuantuan dan puanpuan. Dateline asaimen mula menuju ke tarikh akhir. Tak pe abaikan. itu memang masalah utama aku sejak pat tahun lepas. Seingat aku, lect bagi asaimen kebanyakkannya 1st week dan ne htr minggu 10 or 12, biasa la kang, dan biasa jugak la utk aku mula gigih buat pada minggu ke 9 atau ke 11. Pas tu mula la tertekan sana sini.



Gambar kat atas tue gambar org yg tengah seronok seronok coz dateline jauh lagi.WTH. Ke hulu ke hilir tanpa pikir ape ape. Hmmm, hidup mestilah ne menarik kan.? Lagi-lagi di bulan puasa nie, banyak plak cuti minggu nie, ape lagi...asik plan keluar berbuka je la. Asalnya keluar berbuka je, tp hangkut jugak plastik beg, pempuan sgt! Menci!!! Muka da tak kiut bila kaki da lenguh, poket da kering. Nak kumpul duit tu punya la susah, menagih sana sini *ngan parent je la. Mau habiskan, sejam pon bole. Kannn???

Nie aku nk bagi tips sikit, TIPS MACAM MANA NAK KAWAL PERBELANJAAN.

Pertama, weekdays yang lima hari tue, ko kena pastikan bilik ko dalam keadaan kacau bilau, baju haruslah ko kumpul, jgn ngada2 nak basuh hari2. Tujuannya, hari minggu, baju ko da abes dan ko tak leh keluar sebab kena kemas bilik dan basuh segala baju2 yang ko kumpul tu. oke tak?

Kedua, ko jgn makan jimat2 masa weekdays, motif??? aku taw ko saje je nk jimat2 utk wekend kan? Tok sah kencing aku, aku taw tue. Ape kate ko makan best2 hari biasa, wekend dah tentu duit ko kt paras bahaya. Ngehngeh, dan terpaksalah ko ikat perut di hujung minggu. Weyh, ko kumpul duit ikat perut hari biasa sedangkan masa tue ko guna tenaga byk, ke hulu hilir jadual penuh ngn kelas. Nie bangang, gi kumpul duit nk makan kt Kenny Rogers weekend, sekali jamu da hangus RM25++, amik ko, 5 kali makan kat warung!

Ketiga, Kalo ko mengigil sgt nak keluar. Oke fine! Ko keluarlah dengan syarat ko tinggal kan kad bank kat bilik or bg pada membe suh pegang. Dan duit dlm purse kira cukup2 makan je. Jadi ko terselamat dari berbelanja cara setan.!

Keempat, jgn memandai nk window soping. Aku berani bet la...tak de nye istilah tgk2 je. Window soping pon aku gerenti hangus jugak paling sikit RM50. Ye tak? Geli aku dengar istilah window soping nie...Kejadahnya ko nk gi tgk2 je. Meh aku bagi analogi sket, kalo ko dalam keadaan lapar dan dahaga, ko pergi kedai makan nk tgk2 je...berkesan tak? Hilang tak lapar ko? Camtu la soping, kalo da keluar tu, tak de lain...mesti korg nak pape nie.

Kelima dan terakhir, keluar dgn membe yg tgh pokai. *tp agak klise gak nie. Kalo ko nie jenis baik ati jgn amalkan, mau taknye ber-double triples plak berbelanja, yelah belanja member katakan...cesss. Maksud aku, better ko keluar ngn manusia yg mengamalkan cara hidup berjimat atau istilah lainnya kedekut. Selamattt. Aku gerenti!



p/s : aku pon selalu gak gagal bila berbelanja. Tapi semenjak dua menjak nie aku amalkan yg ketiga. Pengaliran wang keluar undercontrol...selamattt..

Tuesday, August 24, 2010

Puasa...Day 13 (Shopping!!!)

When unplanned is planned...uhuhuhu.. Keluar around jam 5.30pm. dan berbawa bekal segala cz takot tersangkut dlm jam. Mula2, plannya nk ke sunway.tukar kpd pavi. tukar lagi kpd mid. dan akhirnya pilih OU..oke tak mengapa.bertenang org2 kg. Sampai tepattepat jam 7.30pm, nasib baik bawa bekal, jadi tanpa rasa segan silu, minum air bekalan sebaik saja sampai di pintu surga dunia. Dan.dan.dan...merayau tanpa arah tujuan mencari tempat makan. Last2 makan kt TGI Friday's. Cool!!! Sy hentam fish&chips. Sedap Ooo... Lembut ikan dia rasa mcm mulut sgt selesa.

Haruslah soping sampai sume kedai tutup kansss...

bermuka teruja utk soping. Ini pempuan manyak gile!


si jejaka.haruslah ada. topman gitu. Thanks kpd yeng & azami


sebelum sahur seperti yg terpampang kt atas, habiskan sisa2 waktu di uptown sah alam. just utk habiskan masa ye.bukan habiskan duit ye tuantuan dan puanpuan. Mencari tempat sahur bukan semudah yg dijangka.Banyak pusing-pusing sampai driver dah fed up.. *padahal dia yg suggest.huhh. akhirnya dia berjaya juga bawa kami ke Mali *kredit utk azami yg bawa. Char kuew tiaw dia gila heaven!!!tak rugi pusing2 mencari dan.dan. sgt significant sgtsgt jlnnya dgn kami. ye la, jln malinja, masria, mahsuri. Nama blok kolej gitu.ouchh, suwiiiitttt.


dan inilah hasil tangkapan. sangat berpuas hati. sume barang diatas hanya bernilai rm 137.00.

cardi (COTTON ON) RM14.50 sehelai
flat beriben tu (COTTON ON) RM14.50
another flat (COTTON ON) RM69 dua pasang

rantai (Forever 21) rm25
hair bandage (Forever 21) rm 9

termasuk 1 charity bag RM5

balik dengan :)

thanks kpd cik dinie alias
syg anda