Monday, February 28, 2011

Hectic!!!

Hari ini bermula dengan menyambut kedatangan adik kesayangan pada jam 6 pagi! Ohh.gila awal datang..! Ye la...susah payah adik datang dari kelantan untuk melawat kakaknya yang lupa daratan. Hmm. Hmm. Maka, kakaknya pun sambung tido lepas bukak pintu. krooooh. ini tak tipu! . Dan bangun balik bila dapat call dari bakal housemate! Oke hari nie hari pergi melawat rumah. Al maklumlah lagi seminggu kena move on! kena jadi cikgu aida dah lepas nie! omg omg T__T.


muka girang gembira nak pergi tengok rumah! first time duduk umah sewa la katakan T___T. dah 24 tahun hidup baru nak merasa duduk rumah sewa dengan kawan-kawan. gila loser!Jadi...haruslah pakai warna yang seceria...errr...ceria ke? cam pelik je.. oren biru..? mabuk jap. ahakkks!

Menuju puncak!!! oh bukan menuju ke shah alam dan sesat lagi! nasib baik kali nie macam dah mahir sikit, sesat pun dah tahu jalan keluar. eh bukan senang taw nak cari rumah yang tak pernah pergi jenguk! tehee! Maka sampailah kami ke Kompleks Otomobil, Seksyen 15 Shah Alam.! Sironooook! disebabkan owner tak datang lagi, kami santap kat kedai berhampiran. 


Abaikan! bagi makan pun tak reti senyum ke..hahaha. Dan lepas tunggu dalam 20 minit, maka tuan rumah datang. Wooohooo! Tuan rumah kaya. Naik kereta mewah Oooo. Kami syak dia letak cctv kat rumah tu.. pangggg! oke penampar sedas



 Ruang tamu...! belum dibersihkan lagi. dan belum dimasukkan barang.


Bilik tido i...puas hati. puas hati



Kawasan rumah..parking banyak Oooo. macam rumah kedai. memang kedai pun kat bawah. :)


I menyiboook lagi! balik tengok rumah pergi carefour beli barang-barang rumah dan pukul 7 peatng baru sampai kolej, dan terus siap-siap untuk pergi Malam Anugerah Festik.! Walaupun lewat sampai tapi sangat-sangat berbaloi pergi sebab tak pulang tangan kosong! Alhamdulillah GTA KC bawa pulang dua anugerah. Anugerah Publisiti Terbaik dan Anugerah Khas Pentas! Syukur... :)

dan....esok final exam untuk Psikologi Remaja dan Kanak-kanak @__@.. auuuw!

Sunday, February 27, 2011

Sembunyi Di Atas Noktah...Entri Melekat...Awassss!!!

Entri Melekat sehingga 27 Februari 2011. Sila scroll ke bawah untuk entri terbaru. Thanks Uolls.


Sempena dengan Festival Teater Interkolej 2011 (FESTIK 11) anjuran Unit Seni Budaya dan Kreatif , Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM. Grup Teater Amar (GTA) daripada Kolej Canselor akan mempersembahkan sebuah teater abstrak berjudul....

"Sembunyi Di Atas Noktah"

Arahan sulung daripada Cik Adiba Zailan  dibantu oleh 29 orang krew yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Me? Ohh well, biasa-biasa saje.. jadi tukang ketuk kepala mereka yang bermalas malasan dan degil.. tak pon jadi diva terhormat kat situ.. boleh?

Menampilkan bakat-bakat baru dari Kolej Canselor dan paling penting, naskah Sembunyi Di Atas Noktah ialah karya daripada penulis kreatif dan tersohor di Malaysia iaitu Siti Jasmina Ibrahim. Naskah ini ditulis semasa beliau mewakili Malaysia ke program MASTERA (karya penulis dari Asia Tenggara) di Bogor, Indonesia di awal penglibatan beliau dalam bidang ini.

Jadi..sama-sama hadirkan diri untuk menonton teater hebat dari penulis hebat serta lakonan mantap krew Grup Teater Amar, Kolej Canselor UPM.

Tarikh : 16 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Sama-sama datang memberi sokongan!!! Sokongan anda didahului dengan ucapan ribuan Terima kasih. :)

Friday, February 25, 2011

Memori (Tahun 1 sesi 2007/2008)


Minggu Perkasa Putra. Bermula 2 Julai 2007. BP (Bimbingan&Kaunseling) Perdagangan


Perasmian pembukaan sukan Interkolej. Great!!!


Majlis Solat Hajat dan Tahlil sempena Final Exam.


Sembang kosong? dan sekarang meja batu tu dah tak de.. T__T



Gila? hahaha... pengaruh sin chan! on the way ke Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi


Malam Kebudayaan Perkampungan Canselor sesi 2007/2008 dalam kenangan


Selepas penggambaran PERSADA. Rakyat 1st floor Malinja


Pesta Tanglung. Tapi sekarang tiada lagi... T___T


Indah. dan semuanya dalam lipatan kenangan. :)
2007/2008