Sunday, July 29, 2012

Demam




Minggu lepas aku pulang ke kampung. Dengan niat mau sambut Ramadhan dengan keluarga tersayang. Alhamdulillah tercapai jua. Tapi yang tak syoknya, balik je KL terus demam mengejut. Hadoooooi! Maybe terkejut dengan pemanduan dasyat encik bas mahligai. Bawa bas macam nak jadi pembunuh bersiri. Gila saiko. Dari KB ke KL patutnya amik masa 8-9 jam tapi dia bleh cut ke 6jam tu pun lepas dah berhenti 3 kali! Dan nasib baik masih panjang umur sebab hampir-hampir pemandu saiko nie nak langgar trailer yang tersadai kat tengah jalan masa memotong. Jalan tu plak bukannya di highway tapi di tengah bukit yang kirikanan adalah gaung. Syukur pada Allah, masih panjang umur dan masih berkesempatan berpuasa bersama yang lain. 

Dan... ganjarannya, demamlah aku sepanjang minggu nie. Tapi its oke. sakit tu penghapus dosa-dosa kecil. In fact aku pun dah bertahun tak demam... mak redho je la. Salam Ramadhan buat semua... rajin-rajinkan lah diri untuk beramal ibadat. Oh ya.. demam tu alasannya tak cukup kukuh untuk aku tak berpuasa.. I puasa je macam biasa... Nikmatnya lebih terasa sebab badan masih kuat dan mampu bertahan untuk beribadat kerana Allah. 

Wednesday, July 11, 2012

Come Back!

Lama menyepi. Sampai dah tak pandai nak susun ayat bagi orang baca dan orang faham kenapa menyepi. Buka larikan diri, cuma cari arah... untuk betulkan diri. Tapi tak betul-betul pun. HAHAHA. Buat teman yang tercari-cari. Ku susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf, bukan nak putuskan silaturrahim, cuma tengah pujuk hati. 


Yang jauh kita eratkan, yang dekat kita rapatkan. Salam Sayang. 

p/s : akan update lebih kerap.