Lurunna?

Lurunna

Kalau kat kampung, kawan-kawan satu sekolah panggil aku Oda Willy. Gila hebat nama. Tu pun cikgu aku yang kasi, alkisahnya dek kerana satu hari yang aman damai masa aku balik dari sekolah. Macam biasa, memang kenderaan rasmi aku Honda Wave, hadiah dari mak bapak lepas PMR. Budak jahanam mana ntah curi getah footrest alloy aku, tinggal besi je. Memang berjampi serapah la aku dekat parking. Naik motor pun macam mat rempit haram je. Biasalah jiwa remaja, amarah dia lain macam sikit. Tiba kat satu selekoh, memang cecah footrest la aku amik side, menceceh berapi. Keesokan paginya, cikgu aku duk gebang cerita pasal aku, motor dan selekoh. Cikgu nie plak pelat, tak bleh sebut nama betul aku. Dia memang panggil aku Oda, tambah dengan kejadian tu memang sampai hari nie la depa duk panggil aku Oda Willy, cuma masa kat uni aku tak nak guna nama tu.

Kontek?

lurunna@gmail.com
twitter : Oda_Wily


pssssssst : kalau nak amik mana-mana bahagian dalam blog nie, aku tak kesah. Sebab bila aku letak kat internet maknanya aku sudi berkongsi, kalau aku tak nak kongsi baik aku simpan dalam lemari. Tapi  tinggallah komen sepatah dua, takut nanti aku kecik ati bila terjah blog hang, pastu aku pun hacked korang, pastu aku amik sume duit nuff korang, pastu korang pun menyesal...oke. gurau je.