Monday, October 1, 2012

Oktober dah....

Hello Oktober. Wahhhh dah oktober, pejam celik pejam celik tinggal 2bulan lagi untuk 2013. Walaupun hari ni hari isnin tapi aku rasa cam ada banyak masa percuma pasai aku cuti kerja.. sambil duk tunggu mesin memutar-mutarkan kain bagi wangi, lebih baik update blog. Lepas habis main pujuk-pujuk dengan diri sendiri, makan ter-update lah jugak blog nie. Tu pun tak taw berapa kali tulis-delete-tulis-delete. Fuhhhh. Merana jugak nak cari idea. 

Tapi tak pe...janji aku luah jugak sekerat dua. Tak de la macam blog yatim piatu sangat. 

Dua, tiga hari nie sume pakat duk kalut dengar Belanjawan 2013, aku senyum kambing je sekali sekala. Bukan apa... aku takut tarik tepung dalam rambut, takut tepung berterabur, rambut terputus. Sakit bhai...sakit. Petang umum subsidi gula dikurangkan 20sen, malam tu jugak gula naik harga 20sen. Gila bab!. Tu baru hal gula. Ye. Aku taw mesti sume duk pakat cerita tentang bonus-lah, gaji naik lah, apa lah. Jangan duk ralit sangat. Pandai-pandai lah berjimat, aku tak berapa sedap hati dah nie. Time orang suap sume duk nganga mulut... time disuruh ludah sume pakat duk bising. Tak faham sungguh. Oke-lah, aku tutup dulu cerita pasal gula. Eh.


*************************************


Disebabkan semalam hujung minggu, aku dah prepare siap-siap dah mesej sume jasad kat umah nie untuk sama-sama gotong royong kemas apa yang patut. Mengeluh jugak aku duk pikirkan perangai hosmet yang gila pemalas nie. Kalau serumah dengan lelaki tu boleh jugak aku main maki je kalo malas cam gini. Dapat juga aku pujuk hati lebih kurang untuk bersabar dengan lumrah kejadian lelaki yang tak berapa gemar membersih tapi sukakan kebersihan.  Masalahnya aku serumah dengan perempuan... seelok-elok kejadian untuk jadi isteri kepada lelaki dan mak kepada anak-anak. Jangan diamal ya... nasihat ikhlas dari aku. 



Nyaman kan kalau rumah kemas. Nak tengok tv pun syokkk...apatah lagi nak update blog. Ter-inspirasi jap. Oke.bai.