Monday, April 7, 2014

Cheese Baked Macaroni



Kadang-kadang tak taw nak masak apa bila balik umah. Tetiap hari makan nasi memang jemu jugak, so sekali sekala kita tukar angin makan benda len plak.


Bahan-bahannya :

Makaroni (rebus dengan sedikit minyak& garam sehingga empuk)
Bawang putih, bawang merah (cincang)
Tomato (potong dadu), sayur campur (secawan), cendawan butang
Pati ayam
Ayam kisar, sosej
Garam
2 biji telur
Sedikit lada hitam
Mozarella cheese @ cheedar cheese

Cara- cara :

Rebus cheese sehingga empuk, toskan. Tumis bawang sehingga wangi, kemudian masukkan ayam dan sosej. Apabila ayam separuh masak, masukkan tomato puri serta cili kisar dan perisakan. Tumis sehingga masak. Masukkan sedikit air, masukkan sayuran serta makaroni yang telah direbus. Siap!

Kemudian panaskan ketuhar.Pecahkan telur dan pukul dengan sedikit lada hitam. Masukkan sesenduk makaroni yg telah siap dimasak, lapiskan dengan telur dan taburkan keju, teruskan cara yang sama utk lapisan seterusnya sehingga habis. Untuk lapisan terakhir, curahkan baki telur dan taburkan keju. Bakar sehingga keju meleleh. Siap!