Wednesday, January 12, 2011

Cita-cita


Kenapa masa dulu-dulu, masa sekolah rendah selalu sangat cikgu tanya cita-cita? macam tak de hal lain kan nak tanya. Tapi tak pe, bagus untuk anak kecik berangan. dan, masa cikgu tanya cita-cita, aku selalu blur. Ye! selalu blur, dalam kelas ade 39 orang pelajar, aku plak stok tepi tingkap, ye la bleh sandar kat dinding kalo duk tepi tingkap, silap hari bulan bleh ke alam mimpi.Selalunya cikgu cakap mula dari kanan! lebih afdal katanyer, aku plak duk belah kiri, dekat ngan pintu woo. bila time rehat dan balik, belum cikgu tamatkan kelas, aku dah hilang dari pandangan. oke, balik kepada cita-cita...bila cikgu mula bertanya aku dah mengelabah. peluh memercik kat dahi. sumpah tak tahu nak jadi ape. gila loser.

Si Kamil nak jadi pilot. Khuzaimah nak jadi doktor. Hayati pulak nak jadi polis. Aku? aku tunggu je sume orang nak jadi ape. Kononnya tak nak jadi sama cam orang lain, tak sytlo la cita-cito ko sama dengan orang. haruslah cita-cita gempak! Aku tulis sume yang kengkawan aku cakap. Fuyoooo. hebat sial tulis sume. dah makin dekat dengan aku, makin berdebar. makin berdebar. sume list kerjaya yg success dah diorang cakap. cilaka punya member. patutnya tinggalkan satu kerja yang meletooop untuk aku. 

akhirnya. sampai juga turn aku. "apa cita-cita awak?". aku bangun. berdiri dengan penuh yakin. dan lontarkan suara dengan tepat dan padat dengan gunakan suara perut. latihan pernafasan dah buat sejak dari tadi, aku rasa suara aku dah terbaek dan jelas. "saya mahu jadi manusia yang berjaya cikgu!", kata aku dengan yakin. Bahahaha. satu kelas ketawa terbahak-bahak. demmm!!. salah ke nak jadi manusia berjaya? "awak nak jadi apa?" tanya cikgu dengan nada yang lebih tinggi. "saya mahu jadi manusia yang berjaya cikgu!!!" kata aku dengan lebih yakin dan kemas!. budak-budak dalam kelas aku ketawa dengan lebih kuat, sampai aku rasa tersinggung dan mahu galas beg berlari keluar dari kelas. 

Sampai sekarang aku masih tak faham kat mana salah aku. dan sampai sekarang tak de sesaper lagi tanya apa cita-cita aku. waima cikgu tersebut. Dan sekarang bila dapat berhubung balik dengan kawan-kawan aku di FB, hampeh. nampaknya cita-cita mereka rekaan semata. hanya untuk ambil hati cikgu. aku bukan jenis kipas susah mati. aku cuma cakap apa yang aku rasa, apa aku nak. sampai sekarang aku masih lagi aku, yang cakap apa yang aku rasa dan apa yang aku nak. tak payah tanya lebih-lebih, nanti aku mula nak bukak speech sampai korang speechless. jangan cuba. bahaya!

moral of the story, buat la ape pon, janji ko taw apa yang ko nak buat. susah nak explain kat orang, tak cukup tatabahasa nak gambarkan. 


0 komen: