Monday, January 31, 2011

Imiginasi

Bagi orang yang super duper busy konon macam aku nie, cuti adalah sangat tidak bermakna. Haruslah kena buat macam-macam kerja masa cuti, macam-macam tu tak termasuk pergi curi durian umah mak jah, bagi penampar kat siti atau rampas kekasih khatijah. No no no. Mak tak buat kerja camtu dek non. Disebabkan tekanan sana sini yang boleh buat aku injured atau sekurang-kurangnya cramp kat hati atau jantung.. aku lebih suka habiskan sebahagian masa dengan imiginasi. =_='. Gila loser camni gaya aku hidup. dem. Ahh, suka hati la buat apa pun. 

imiginasi pertama.! aku bayangan aku nie penyanyi. oke. sila dengar macam-macam lagu yang best dan nyanyi. Anggap saja sedang buat performance. OMG, boleh latih keyakinan diri tahap tertinggi tau! hahaha. Dengar lagu ulang-ulang sampai hafal lirik. lagu omputih, melayu, jepun, hindustan? sume aku sapu. I kan artis yang versatile, setakat pat belas bahasa tu boleh sangat! *sambil kibas tangan. 

imiginasi kedua. Anggap diri sangat fofular dan digilai ramai. Jadi harus update twitter setiap 5 saat. Nanti orang tak tahu perkembangan diri aku. Kalo diorang marah camne? so, update sebelum orang marah, even just nak minum nescafe. dem sekali lagi. follower tak sampai 50 orang ade hati nak mengaku fofular. kepochi betul kans. Tak pe. Tak pe. Mungkin satu hari nanti akan fofular, jadi kena mulai berlatih untuk hadapi sume tu starting today.! oh ya. imiginasai tak perlu bayar. suka hati i la.

imiginasi ketiga. Bila tiba-tiba rasa lapar, bayangkan sedang makan kat restoren bombastic, makan spegeti yang paling sedap kat dunia...spageti paling sedap mesti berkuah kari. Ye...tepat sekali..maggi. again....fuhh  Untuk tambah kesan khas kemewahan perlu letak sosej sikit dan sos cili...dan sos cili haruslah yang percuma yang mekdi bagi! dan kalau mahu lebih eksklusif  kena makan pakai chopstick dan diiringi muzik kelasik! awesome kan hidup i..? Kalau nak makan dessert, tatap je gambar icekrim yang cari kat google lebih kurang pat, lima minit. Harus cari yang bermacam perisa dan mahal tau! macam kat bawah nie....



banyak tak? hmm, kena kongsi dengan rumet. Jangan kedekut sume...! Oke lah kita bersambung lagi kemudian sebab aku rasa dah sampai masa untuk flight ke tokyo. Ada konsert uols. hidup i memang hectic! ke sebenarnya pathetic? T____T. 


p/s : kuasa google...macam-macam boleh buat.. banyak layari internet aku nie. haishhh.

0 komen: