Tuesday, March 29, 2011

Liku Hidup

Bila bertugas sebagai Kaunselor Pelatih. Bila berhadapan dengan kes sebenar. Kadang-kadang mataku tidak mampu menahan takung air. Sedih...sedih kerana hakikatnya sangat menyakitkan. Aku hidup dalam kesenangan dan mereka...mereka jauh dari jangkaan. Tak tersangka.

Terima kasih Ya Allah. Kau kurniakan aku kerja yang dekat dihati... sesuai dengan jiwaku. Semoga aku dipanjangkan umur untuk terus membantu anak bangsa.

Thursday, March 24, 2011

Tercabar

Jadi cikgu bukan mudah
sabar kena setinggi gunung
suara sekuat harimau


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Allah....
ku mohon pada - Mu
kuatkanlah semangatku :'(

Wednesday, March 23, 2011

Kaunselor-lah-sangat!


 Berdepan dengan banyak banyak banyak banyak kerja


lama-lama bleh jadi gila! oke.bai.


p/s : keadaan terkawal. terima kasihhhhhhhh! (gaya amy search!)

Sunday, March 20, 2011

Perempuan bila dah......

Dulu, masa duk kat kolej... gian giler nak masak sampai terpaksa lepas gian dengan main cooking dash, fenzzy pizza segala. Macam gila kan? tapi tu la hakikat kalo dah jiwa pempuan menebal dalam diri nie ayat minta penyepak. Nak bawak periuk takut sebab saya kan pemawas kat kolej... T___T. Pemawas mane bleh bawak periuk, iron, heater segala... kalo tak, lesung batu, blender, sos cili, kicap, perencah cukup rasa sume aku dah hangkut masuk bilik.!sedih tak?

Tapi. tapi. tapi. sekarang sudah boleh memasak ikut suka hati tanpa ada keraguan lagi. Sekarang aku praktikal kat shah alam, menetap kat seksyen 15, jadi boleh la mengedik nak masak macam nak bagi satu taman perumahan makan. T__T. Duk rumah enam orang je tapi sebab excited masak macam ingat ada enam kuarga, bukan enam orang.

Hujung minggu camgini lagilah semangat berkobar-kobar nak masak siap nak ikat kain putih kat kepala macam citer jepun... last-last rasa macam. eh.eh. kita nak buat rumah terbuka ke? hari nie hari raya ke nie..? nasi baik tak bakar lemang masak ketupat rendang je. huhhh..! bahaya nie. bahaya.! Sedar tak sedar penuh meja dengan mee bandung, pengat durian, pulut, lepat pisang, satay, cucur ikan bilis... ape ke jadahnya sume nie! hahaha

jangan satu hari nanti, kami masak dan masak dan masak sampai tahap masak

.....

.....

.....


.....





....







...





...





....


masak budak!!!!!!!! haru tak?

Changed

People said I've changed so much.
Well, here's the truth.
I grew up! 
I stopped letting people push me around all the time.
I learned that you can't always be happy.
I accepted reality and have fun!

Be Matured

Monday, March 14, 2011

Too bad


Selalunya macam tu la kan?
dan, korang jangan teragak-agak nak tegur perilaku aku
setiap orang mesti ada sisi yang boleh buat orang menyampah
dengan sikapnya. kan kan?

Friday, March 4, 2011

Perkara yang aku tak suka tentang SHOPPING

Lumrahnya, semua perempuan suka shopping..so do I. Tanpa sedar boleh habiskan beratus-ratus dengan mudah.! Tapi. Tapi... sesuka mana pon pada shopping nie, ade jugak beberapa hal yang didihkan aku dan mungkin jugak korang dan semestinya potong mood untuk shopping. antara yang bleh hanginkan adalah...


  1. Parking! yes...!dah tawaf cam nak gila dua tiga kali kat mall pon still tak dapat parking. Marah tak? Marah tak? dan bila ada yang menuju ke kereta nak keluar bleh plak main dan yes! kalo aku memang aku mendidih dengan orang camni.
  2. Lupa yang hari sabtu shopping mall  tak provide plastic bag dan langsung tak bawa plastik..beg pulak kecil... oke. meroyan tak???
  3. Pergi shopping dengan hati girang dan tiba-tiba serabut kepala hotak, serabut mata sebab staff diorg duk membontot je kita coz takut curi barang. Rimas gila aku dengan kedai camnie!
  4. Bila sampai time nak bayar tu, cashier mall lembap nak mampus! Ya ampun! aku rasa nak tolak dia dari cash register tu dan biar aku sendiri yang settlekan. lagi cepat!
  5. Lagi aku sakit jiwa bila dah tak ingat parking keta kat mana. ahhhh! complete.! balik umah dapat pakej stress yang lengkap!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tadi. Masa duk beratur panjang lebar. Nampak sepasang suami isteri muda remaja nie. Sedih plak. Tapi dah kau gatal nak kawin awal. Kerja ntah ke mana lagi dah gedik nak kawin.! Si isteri nak compact powder. Tak la mahal ... RM 14.50 je pon. Mungkin si suami tak de duit. Dia marah si isteri..tak bagi beli...sedangkan si isteri dah ambil dan tunggu nak bayar je. Meleleh-leleh airmata sampai rosak make up si isteri letak compact powder tu kat tempat banyak gula-gula tepi cashier. Seyes aku rasa sedih... pasangan tu rasanya lagi muda dari aku. Entah la apa reaksi aku kalo aku kat tempat dia.

Tapi alhamdulillah, even jodoh aku tak sampai lagi... aku diberi kesempatan untuk belajar dan ada ijazah, InsyaAllah ada gaji sendiri taklah susah sangat nak beli pape. Tapi untung nasib diri nie mana kita tahu. Syukurlah...Tuhan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu... mungkin si isteri tu beruntung dapat suami yang setia or penyayang walau gaji tak besar dan mungkin perempuan lain pulak beruntung sebab ada harta sendiri even suami tak peduli dia... apa pun sentiasa bersyukur seadanya rezeki kita...




p/s : awal-awal entri cam hangin semacam kan...hahahaha... pssssst : aku cepat panas, cepat sejuk!


Trivia Krew GTA 2011 : yang korang tak tahu ( Part 3 )

Meluat tak? meluat tak baca sebab gedik nak ada siri bagai kan... bagi yang baru jenguk tak taw ape-ape tu apa kata zasssssss! dulu Part 1 dan Part 2..? Sekarang dah faham? *angguk kepala tnda faham*... oke.oke. tak perlu bebel panjang- panjang. Kita zassssss!! sajer.


  1. Produksi GTA KC adalah salah satu atau mungkin satu-satunya produksi yang langsung tidak mengeluarkan poster sebagai medium publisiti tetapi mendapat Anugerah Publisiti Terbaik.! Kenapakah..??? jawapan di bawah!
  2. GTA KC merupakan satu-satunya produksi yang menyahut seruan kampus untuk kempen "Go Green". Jadi pemeliharaan alam sekitar dititikberatkan selain daripada langkah untuk berjimat cermat mengeluarkan kos produksi.
  3. Semua props "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah hasil kitar semula bahan-bahan terpakai dan props daripada "Kopi Susu Sepatu Biru".
  4. Krew Produksi kami merupakan satu-satunya produksi yang membuat Road Show bersempena dengan pementasan "Sembunyi Di Atas Noktah". Tiga tempat sasaran ialah, Putra Food Court, Serumpun Food Court dan Fakulti Kejuruteraan.
  5. Kami juga satu-satunya produksi yang menyiarkan ruangan iklan di Berita Harian.
  6. Props kami siap sepenuhnya 1 jam sebelum pementasan bermula.
  7. Darah yang mengalir di atas pentas di bancuh oleh aku sendiri denggan menggunakan sos tomato, air, kordial sirap dan perwarna merah Star Brand. 
  8. Terdapat krew belakang pentas di setiap penghadang dan aku berdiri betul- betul di belakang langsir untuk memberi arahan kepada pelakon dan stage manager.
  9.  Krew belakang pentas semuanya berkaki ayam!
  10. Dan yang pasti semua orang tidak tahu dan takkan tahu... selepas saja pementasan, hanya jega saja taw apa yang aku lakukan demi GTA dan aku merayu agar tiada siapa yang akan tahu.


Tamat sudah.! Sekian Terima Kasih.

Away.away. Says HATE!





"If i treated you the way you treated me. 

You would hate me..."