Friday, March 4, 2011

Trivia Krew GTA 2011 : yang korang tak tahu ( Part 3 )

Meluat tak? meluat tak baca sebab gedik nak ada siri bagai kan... bagi yang baru jenguk tak taw ape-ape tu apa kata zasssssss! dulu Part 1 dan Part 2..? Sekarang dah faham? *angguk kepala tnda faham*... oke.oke. tak perlu bebel panjang- panjang. Kita zassssss!! sajer.


  1. Produksi GTA KC adalah salah satu atau mungkin satu-satunya produksi yang langsung tidak mengeluarkan poster sebagai medium publisiti tetapi mendapat Anugerah Publisiti Terbaik.! Kenapakah..??? jawapan di bawah!
  2. GTA KC merupakan satu-satunya produksi yang menyahut seruan kampus untuk kempen "Go Green". Jadi pemeliharaan alam sekitar dititikberatkan selain daripada langkah untuk berjimat cermat mengeluarkan kos produksi.
  3. Semua props "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah hasil kitar semula bahan-bahan terpakai dan props daripada "Kopi Susu Sepatu Biru".
  4. Krew Produksi kami merupakan satu-satunya produksi yang membuat Road Show bersempena dengan pementasan "Sembunyi Di Atas Noktah". Tiga tempat sasaran ialah, Putra Food Court, Serumpun Food Court dan Fakulti Kejuruteraan.
  5. Kami juga satu-satunya produksi yang menyiarkan ruangan iklan di Berita Harian.
  6. Props kami siap sepenuhnya 1 jam sebelum pementasan bermula.
  7. Darah yang mengalir di atas pentas di bancuh oleh aku sendiri denggan menggunakan sos tomato, air, kordial sirap dan perwarna merah Star Brand. 
  8. Terdapat krew belakang pentas di setiap penghadang dan aku berdiri betul- betul di belakang langsir untuk memberi arahan kepada pelakon dan stage manager.
  9.  Krew belakang pentas semuanya berkaki ayam!
  10. Dan yang pasti semua orang tidak tahu dan takkan tahu... selepas saja pementasan, hanya jega saja taw apa yang aku lakukan demi GTA dan aku merayu agar tiada siapa yang akan tahu.


Tamat sudah.! Sekian Terima Kasih.

0 komen: