Wednesday, June 29, 2011

Bil Elektrik PM & TPM RM160,000 sebulan. Gulppp..!

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.


Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. Hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

Jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi ni. Sebenarnya berapa ramai ahli keluarga mereka nie ye! Rumah aku paling mahal pun cecah la RM200. Tu pun dah habis mewah dah guna tu. Nampaknya Satu Malaysia kena kerja keras untuk tampung bil-bil nie. Hahaha. Chill.


Sumber : Malaysiakini



4 komen:

Cha sahaja said...

mmg bgus pemimpin kter..

Lurunna said...

tu dah habis jimat kot....hakhak

cik sue ;) said...

msia xde duit, pemimpin kte byk duit..

da la xnk tulun kte pastu sebok nak kutuk klate. aku bhgia jer kt cni.pelik..HAHAHA

Lurunna said...

hahaha...janji klate set senyum sokmo..