Friday, July 29, 2011

Sinema Melayu- Suasana Kampus

Aku benci drama atau filem Melayu yang berkisar tentang kehidupan mahasiswa/i di universiti. Lagi-lagi kalau universiti awam. Macam pengarah tak pernah buat research tentang kehidupan sebenar di universiti. Meh aku nak bagi taw sikit bab-bab yang aku benci dalam cerita Melayu kalau cerita berlandaskan atau ada babak belajar di universiti.

Kalau cerita yang berkisar di uni nie mesti ada bab study dekat library. Hello! Kalau ko cerita pasal kehidupan nerd di universiti tu bolehlah aku terima, tapi kalau pelajar normal di uni, depa menjengah library  time dekat-dekat nak exam jer! Lagi meriah kalau dekat-dekat nak final exam. Kalau tak... harammm nak menelaah kat library. Kalau empat tahun belajar, mungkin sepuluh kali je ke library. HAHA. Ini kenyataan! Kalau insaf sikit mungkin ada lebih sikit tapi bukan setiap hari belajar di library!

Paling aku tak leh blah dress code pelakon-pelakon nie. Kalau berlakon tentang di universiti, buatlah betul-betul. Setiap uni ada etika pemakaian. kalau budak-budak yang tak masuk uni lagi tengok mesti diorang duk imagine masuk uni bleh pakai seksi meksi segala. Kalau uni awam memang dress code dikawal, bukan main hentam je nak pakai apa... suasana akademik la sikit! Bab kad matrik je nak pakai 24/7. dan pelajar perempuan mesti pegang dua, tiga buku ditangan dan pelajar lelaki mesti bawak beg sandang. Lagi satu kalau course yang selalunya dalam babak-babak di drama atau filem kat Malaysia buat nie mesti Mass Com, Medik. Tu je. Padahal banyak lagi couse yang ada kau tahu!

Pensyarah-pensyarah yang berlakon plak mesti title nak prof je kan? HAHAHA. Ini kelakar. Prof pulak mesti muda belia lagi kan? HAHAHA. Ini lagi kelakar. Tolonglah. Pergi kat mana-mana uni dan tengok gaya pensyarah kat uni. Tak de nya macam dalam scenes cerita Melayu nie. 



Selalunya, kalau cerita-cerita gini mesti hero dan heroin glemer dekat fakulti. Glemer gila-gila. macam life diorang memang dekat fakulti. Dalam kelas bising-bising sebelum lecturer masuk, baling-baling kertas. Macam sekolah rendah lah! Dah lah. Tak seronok tengok life camtu dalam adegan. Sebab langsung tak sama dengan kehidupan di uni. Lagi-lagi kalau shoot kat uni tempat aku belajar. Terkesan woooo! Sebab tu mula-mula cerita mesti tulis rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Tapi...hagak-hagak la...buleh? Tak buleh main taram je.

3 komen:

PutRy FaRa said...

hahaha..suke2 sgt..stuju..gile bengap director tu...

silent MONOLOGUE said...

wahhhh!!akhirnya ade juge yg tlg luahkan perasaan tak puas ati akak kat drama melayu yg poyo je tunjuk bdk2 u padahal sumenye dusta..lg satu, cite razak mohaideen kuliah cinta..konon la heroin tu famous abez 1 u kenal dia..ckp name hok dia la, ingat u tu kecik ke bajet bile sebut nama dia satuuuuuuu uuu lah kenalkan...

yg part student memekak baling2 kertas before lecturer masok tu mmg part akak paling nyampah..stakat 6 thn akak dok u takde kot yg buat prangai cam budak skolah belom baligh tu...

erkkk.pengarah2 drama mesia syok sendiri..

Lurunna said...

putry fara : tu la pasai...

silent monologue : hahaha...taw xpe...bab2 kisah u nie memang pantang nenek moyang... mmg citer syok sendiri..langsung tak ber-akademik.. over benor..!