Tuesday, August 23, 2011

Fogging



Aku cukup benci fogging. Dulu masa duduk di kolej, bila ada pengumuman pasal fogging akulah antara manusia pertama yang akan melarikan diri. Cukup tak suka walaupun aku juga tak suka nyamuk.

Dan hari ini kat kawasan rumah aku akan di fogging. Oh ya. Setiap enam bulan kawasan perumahan aku nie memang akan disembur. Ya la kat sini ramai doktor-doktor dan pegawai-pegawai yang sangat menjaga kebersihan dan kesihatan. Dasar kedekut nak beli ridsect. Huhh.

Kucing aku, aku rasa ikut jejak aku masa aku duk di kolej, asal fogging je dia tiada. Takkan pagi tadi dia dah baca surat yang diedar? Patutlah surat tu berada di tangga bukannya di peti surat kat gate. Dasar binatang.! 

2 komen:

cik sue ;) said...

aku suke fogging. sbb aku rse cam brada kt ngara sjuk pnuh kabus. seni kan aku..? mmg..xyah kagum..

mn tumpahnye kuah klu tak ke kuchen. kan..?

Oda Willy said...

seni mempertahankan diri? oh wow. aku kagum.