Saturday, August 20, 2011

Ragam Ramadhan

Semalam pekena colek dekat Su Tomyam. 


ni dia Su Tomyam.

Ramai betul orang, siap ada yang berdiri dukung anak segala tunggu meja kosong. Su Tomyam nie memang famous amos di bulan Ramadhan. Memang lepas terawih tak menang tangan la pekerja-pekerja di situ cincang ayam, udang dan ketam. Oh ya, lokasinya di Kubang Kerian. Dekat dengan masjid, dekat dengan pasar Kubang Kerian.

Tapi, aku bukan nak buat iklan tak berbayar untuk Su Tomyam. Cuma...dari sudut permerhatian aku, pelanggan-pelanggan kat sana berjaya mengeletek usus kecil aku. Memang aku senyum kambing sambil sua kan sotong goreng tepung ke mulut. Su Tomyam nie bukan lah sebuah shopping mall, mahupun sebuah tempat peranginan jauh sekali hotel lima bintang. Su Tomyam ini adalah sebuah restoran di pinggir bandar. Tempat berkumpul untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Makan dalam suasana paling santai, umpama berada di rumah.

Ada pakcik yang hanya memakai kain pelikat dan baju melayu lengkap berkopiah. Baru lepas terawih katakan. Ada makcik yang hanya memakai abaya. Sopan dan menutup aurat. Ada juga sekeluarga yang hanya memakai t-shirt dan jeans, ataupun track suit. Tapi, di beberapa sudut...kelihatan anak muda yang canggih manggih dan hidup bergantung kepada teknologi. Pendek kata, di setiap meja anak muda perlu ada telefon canggih untuk naikkan status makan colek di su tomyam pada twitter dan facebook masing-masing. Perlu juga ada kamera dslr untuk ambil gambar kenang-kenangan dan upload dalam facebook mahupun blog.

Aku boleh terima itu. Tak kisah sama sekali waima cara mereka seolah-olah berada di pusat peranginan terkenal..atau mungkin juga pusat beli-belah. Siap bergambar ala-ala potrait keluarga bahagia di studio. Cuma bila tengok kepada gaya pemakaian, macam ada yang tak kena. Si lelaki siap berjaket dan berkaca mata hitam. Apa tak cukup panas lagi ke Malaysa nie? Pakai kaca mata hitam di sebelah malam? Tak cukup gelap lagi ke alam nie di malam hari? Si perempuan pula...cakap saja fesyen trend siapa...hana tajima? Check. Fatin Liyana? Check. Maria Elena? Check. Yuna? Check. Siti Nurhaliza? Check? Semua jenis fesyen ada.

Apakah aku sebenarnya berada di Kota Paris dan bukannya Kota Bharu??? Tak salah berfesyen. Langsung tak salah. Tapi biarlah kena pada tempat. Tak perlu rasanya pakai cermin mata tak ada lens atau cermin mata hitam disebelah malam, dress siap ada belt segala malahan lengkap dengan hat tambah pula mekap macam hadiri annual dinner di hotel. Betul-betul bergaya anak muda hari nie. Kagum aku. Tapi mereka tak sedar....

Mereka cuma makan di Su Tomyam. Bukan makan spaghetti bolognese mahupun chicken chop...kita cuma makan colek atau di sebelah utara panggil pasembur. Bukan mahu membezakan makanan omputih kena pakai begini dan makanan melayu perlu pakai begini. Tidak sama sekali. Tapi...apekejadahnya kau pakai cermin mata hitam di sebelah malam sambil makan colek...? Apa kejadahnya juga kau speaking omputih kuat-kuat macam orang lain tak pernah sekolah??? Paling menyampah bila....

"Ala...tak de barbican ke. That's why I hate to be here. Kenapalah cuti panjang sangat?" - speaking kolumpo campur omputih. Bergegar meja-meja bersebelahan.

Nate beghuk. meja aku besebelahan meja omputih itu. dan kadang-kadang aku dengar dia tersasur juga ke loghat Kelantan. English up habis, bukan slang British mahupun Aussie tapi slang Kelantanese. Terbaekk. 



Nie yang aku makan. Sedapkan?


Pic. by : Google

6 komen:

silent MONOLOGUE said...

akak jgk la menten henfon cabuk cokia ni yg takleh nak update current location tru hp..hehe

Oda Willy said...

sama lah kita...sy siap telefon ringtone monofonik lagi..haha

cik sue ;) said...

KOMPEM LA KDAI AKU KAT PARIS. NAMA PUN DA MELETOP. SU..

Oda Willy said...

Cik Sue : Ya. Baiklah.

Syida Shukor said...

Hahaha barbican ya. Orang kat hotel pun sibuk cari sirap bandung nak pi pekena barbican sangat ape jadahnya.

Yang pakai sunglasses tu nak jaga pandangan mata kot lol.

Oda Willy said...

Syida Shukor : tu la...mcm.eh.apahal hover sgt nie.hahaha