Saturday, September 3, 2011

Selamat hari-hari Hari Raya

Entri lekat melekat sempena Syawal. Scroll untuk entri baru. 



Dua tiga hari nie aku sibuk gila. Orang gila pun tak sibuk macam aku. Kalau orang lain buat bisnes menjelang ramadhan, tapi aku berbisnes menjelang syawal. Serius tak cukup kaki tangan. Rasa nak tercabut tulang belikat bila balik rumah. Kompem bila balik rumah seret kaki terjelepuk depan tangga. Penat tak penat. Bisnes apa??? HAHAHAHA. Bisnes yang tak ramai perempuan nak libatkan diri kecuali yang bertulang besi urat dawai cam aku nie. Bukan bisnes buat kek mahupun biskut raya. Bukan juga jual baju dan tudung. Apatah lagi ambil upah menjahit. Tapi aku berbisnes cuci kereta, lori, bas segala.! Gila kental.

Jadi, memandangkan aku ni bisneswumeng, sebelum aku lagi bizi dan tertekan eloklah kiranya aku menyusun jari memohon ampun dan maaf terlebih dahulu. Kalau sesapar yang duk area Kota Bharu tu mehlah bawak sini kereta biar aku cuci. Member-member kira aku letak sabun lebih. Boleh? HAHAHA.

Salam Lebaran buat semua. Makan lemang rendang tu ingat-ingatlah orang tersayang. Jangan makan sampai koma pulak.! Oke.Bai.

6 komen:

Anonymous said...

seyes ker ko bisnes cuci kete...? ko pkai bikini jerit carwash..! carwash..! tak..?

slmt hari raye. nak aku maafkan ko dtg umah aku..haha...

maafkan aku eh oda willy. aku rindu ko. tak tipu. aku rse nak nanges rindu nak tolong sain atenden ko.. sobs..sobs..

Oda Willy said...

tak mainlah pakai bikini nie, aku tak pakai pape kot masa cuci kereta, sambil cuci sambil mandi..boleh? HAHAHA.

tak de aral, kompem aku sampai umah ko, memang dah plan pun. :)

kahkahkah. siot pecahkan rasia aku. well, aku pun rindu ko ketat-ketat.kahkah

Khuzrin Kamarudin said...

Selamat Hari Raya... He he he... :)

Oda Willy said...

Insyallah selamat... :D

merahitujambu said...

selamat hari raya

Oda Willy said...

selamat jugak...