Wednesday, August 17, 2011

Shikin dan Ayam. Kahkahkah

Aku ni bukanlah pandai sangat memasak. Kalau dibandingkan dengan Jimmy Oliver tu memang tertinggal paling kurang pun 55 tiang. Itu paling kurang. Tapi, kalau setakat nak penuhi syarat jadi isteri solehahahahaha tu bolehlah. Masa umur 9 tahun aku dah dilatih untuk sediakan makan tengahari untuk adik-adik. Aku masak apa, biar tinggal persoalan saja. Yang penting, pernah satu hari di waktu dulu kala, dapur rumah aku hampir terbakar. Hebat tak hebat.

Disebabkan dari dulu kala aku dah reti masak-memasak, jadi aku bajet adik aku pun reti lah jugak. Ala, setakat masak ringkas-ringkas. Oh ya..adik aku sekarang umurnya 15 tahun. Ashikin namanya. Dia nie kalau mulut start berbunyi secara otomatik tangan berhenti kerja. Dasar tak buleh buat dua kerja dalam satu masa. 

Al-kisahnya, pagi tadi dia tak nak pergi sekolah. Sakit perut katanya. Jadi papa aku datang ambil dia awal daripada biasa untuk berbuka puasa. Sebelum bertolak, sempat dia tanya aku cara untuk marinate kepak ayam. 

"Angah, camne nak perap ayam ea....?" - tanya dia ingin tahu

"Letak je bawang putih, halia, serai, madu...yang lain tu macam biasa la..." - jawab aku separuh sedar sebab aku tengah tido-tido ayam tapi agak lena.

"Oke. Biar Ekin la perap ayam deh. Nanti petang kita bakar la..." - jawab dia bersungguh.

"Hmmm.... - aku ia kan saja.

Selepas ambil adik bongsu aku dari sekolah (sesi petang) aku terus menuju ke rumah papa. Jarak lebih kurang 7 minit perjalanan menaiki kereta. Masa tu lebih kurang jam 6.20 petang. Masuk je dapur..alangkah terkejut beruknya aku..... sebabnya adik aku perap ayam macam... macam....


Ya. Macam tu la rupanya. Korang bayangkan je la betapa terkejutnya aku tengok beberapa ketul bawang putih, halia dan madu di tabur secara rawak atas kepak ayam tersebut. Memang perap habis! Hazabbb ayam tu aku tengok.

"Apa ko buat nie....??" - sambil gelak sakan kat dia

"Tu la...tadi fikir jugak macam mana dia nak serap perisa tu.." - jawab adik aku. yakin.

"Dah tu....? habis tak fikirnya...? - sambung gelak lagi

"Orang tanya resipi tadi tak cakap betul-betul..." - aku jugak yang dia persalahkan.

"Ikut logik la mek. Gila apa letak seketul-seketul gitu.." - balas aku.

So aku suruh la dia blend sume bahan tu. Tanpa banyak cakap dia blend la sume bahan tu.

"Garam, gula dah masuk? Kunyit dah masuk?" - tanya aku lagi...

"Kena masuk ke?.." - tanya dia. serius.

"Astaga. Budak nie...." - tu je aku mampu cakap. 


Sudahnya, aku juga yang perap ayam tu. Haishhh... sesungguhnya adik aku ni tersangatlah unik. HAHAHA


Pic : Di edit dari  Google 

3 komen:

ann_miera said...

meman,nakal lh....hhahaahahah lucu siollllll hahhahahaah

husna.Rahman said...

oke.sumpah lawak adik mung.huhu

Oda Willy said...

@ ann_miera : tu la pasai

@ silent MONOLOGUE : tahu tidak mengapa...hahahaha