Sunday, September 11, 2011

Hot peri-peri.

Dah banyak kali aku mention. Aku nie spesis darah-keturunan-pahlawan. Bila kata spesis darah-keturunan-pahlawan, tahap kemendidihan aku nie lain sikit daripada gadis-gadis intan payung lain. Aku syak mak aku suka makan pedas-pedas masa mengandungkan aku dulu, tak pun suka makan nando's hot peri-peri tetiap hari sampai aku jadi hot temper bajet nak lutut je sumeorang yang bikin aku mendidih. 

Entahlah. Aku cuba nak kawal dan kurangkan tindak balas impuls tangan dan kaki aku yang naik secara otomatik kalau tengah marah, tapi...banyak yang gagal. Waima kesalahan yang dilakukan tu bukan teruk sangat tapi hangin aku nie mengalahkan halilintar. Belum apa-apa...berdezup dia mai. sedar-sedar. OMG..!!! Tangan atau kaki aku dah melekat kat mangsa. Kesiannnn.

Istighfar bebanyak. Sekarang nie aku dah cuba alih kemarahan aku dengan gelak tawa. Contohnya semalam, sedang aku online duk isi borang SBP untuk sepupu aku, adik aku yang duk main lalu lalang kat situ terlangar wayar charger laptop. Dan....ding. matilah laptop itu dengan syahdunya.  

Sumpah aku dah hangin dan nak bertukar jadi bezita dah. Tapi bila ingat balik hajat untuk berubah, aku ketap bibir je, pastu gelak. Adik aku yang duk sebelah aku dah bercucuran airmata sambil cakap tak sengaja dan pasangkan balik plug. 

Pagi tadi pulak, sebab mak aku pesan suh beli tepung gandum dan soda bikarbonat maka anak yang menurut perintah nie terus pergi ke kedai. Aku suh adik aku je turun memandangkan pakaian yang aku pakai masa tu hanya sesuai untuk duduk dalam kereta je. 

"Dik, turun beli tepung gandum sekilo, soda bikarbonat satu." - pesan aku penuh hemah sambil bagi not RM5.

"Beli tepung 5 kilo?" - tanya adik aku serius. 

Aku dah gelak dah masa nie sambil tangan aku pegang stereng kemas-kemas. Nafas aku susun elok-elok.

"Beli TEPUNG GANDUM SEKILO, SODA BIKARBONAT SATU" - ulang aku secara perlahan dan menekan point-point penting. 


Selang 5 minit. Adik aku riang ria bawa tepung gandum dan air soda berkarbonat. Tak lupa juga duit balance.

"NI AIR BERKARBONAT LA....! AKU SUH BELI SODA BIKARBONAT...GI TUKAR." - aku bersuara keras sambil gengam tangan dan lepaskan satu hon secara rawak. 


Macam manalah aku tak temper kalau alami situasi nie hari-hari. 


2 komen:

sUe UnniE;) said...

pehal lak ko nak gelak. bg lutut is oke kot..haha

Oda Willy said...

boleh tercabut kepala lutut aku. percayalah