Tuesday, September 6, 2011

Kampung


picture by : my cousin, amani


Cool tak bila rumah nenek berhadapan dengan landasan keretapi yang langsung takde ciri-ciri keselamatan? Boleh buat terapi elektrik you!. Actually, bagi mereka yang tak ada rumah berhadapan landasan keretapi nie, meh sini aku cerita sikit. 


Suasana dalam rumah adalah seperti dalam ketuhar yang buat kuih raya. Panas yang amat. Kau gerak sikit je kompem berpeluh-peluh apatah lagi kalau kau berlari-lari anak. Bahangnya memang hot habis macam rasa nak pakai hot pants aje dalam rumah. Tapi takut kena tampa berdas-das pulak kat dahi. 


Every 15minutes, pasti bunyi hon keretapi yang agak-agak boleh buat kau rasa kena ada interkom je kalau nak bercakap dalam rumah. Ya. interkom yang siap ada speaker di semua penjuru rumah, sebab bila keretapi lalu je bisingnya sampai kau ingat orang yang bercakap dengan kau tengah miming bunyi keretapi. Dan bila keretapi lalu, rasa bergegar-gegar sampai kau duduk statik pun boleh beralih kedudukan sebanyak 1 sentimeter.  


Aku paling naik menyampah dengan budak-budak yang jakun jarang balik kampung. Bila keretapi lalu je, meroyan jerit-jerit dan lambai ratu pada penumpang keretapi. Kau ingat orang dalam keretapi tu nampak kau? Sekilas adalah. Tu pun tak pasti kau jantan ke betina. eh.


Apa pun, kampung tu la yang buat aku gila meroyan kalau tak balik berhari raya kat sana.
oke. bai. 




2 komen:

ipa faiza~ said...

org cakap duk sebelah landasan keteapi ni anak ramai..



haha.

sbb die aku x yah ckp la eh?

Oda Willy said...

ye ke..? nenek aku anak 4org je..