Friday, December 31, 2010

Tukar. Sempena tahun baru.



Tahun baru? Azam aku adalah selesaikan azam yang lepas-lepas..hoho. Kira azam jugak kan? Baiklah. Sempena tahun baru nie jugak aku dah tukar nama blog. Bukan url oke, just nama blog. Dulu, setahun lebih yang dulu, aku selesa dengan Lurunna's World. Tapi cerita aku bukan tentang dunia aku saja tapi tentang semua orang, semua yang aku lalui, semua pandangan aku, dan impian. Jadi, sebab tu la blog baru aku " Kronologi sebuah Kehidupan". Oh ya! Kronologi bermaksud susunan peristiwa secara teratur dari mula hingga akhir ye tuan-tuan dan puan-puan. 

Bila da nama blog baru haruslah ade header baru. Ye dak? Tapi malang sekali photoshop tak buleh buka la pulak T_T. Nak jugak tukar header! Nak jugak!!! Jadi haruslah redha dengan hanya guna picasa dengan paint je -_-". Takpe la, ade la jugak rupa header, better la daripada aku copy paste orang punya. Ohh itu sangat memalukan bagi aku. hahaha. Letak jiwa korang pada blog ye. Dan tak lupa juga pada eye bags di mata, nampak gigih kan?! -_-".  Selamat tahun baru uolss. !!! Jangan gila-gila sangat sambut tahun baru, nanti kang badi sepanjang tahun. Banyak-banyak berdoa oke.! Jumpa lagi tahun depan. babai :)


Wednesday, December 29, 2010

Biar menang puas, kalah bermaruah



Berdebar pulak malam nie. Pemenang Suzuki Cup 2010 akan ditentukan dengan perlawanan malam nie. Dekat twitter kecoh perbalahan antara peminat negara masing-masing. Kalo ikutkan profesionalisme, sah-sah la salah apa yang peminat buat tu. Tapi pasti ke peminat Malaysia/orang Malaysia yang buat? Bila difikir balik, paminat Indonesia pun sama je. serangan laser jugak pada perlawanan lepas, tapi rakyat malaysia khususnya pemain sendiri tak kecoh pon. Atau memang isu-isu terdahulu yang buat Indonesia naik angin? 

Ape pun, sebagai rakyat Malaysia aku bangga dengan pencapaian sukan bola sepak di Malaysia setakat nie. Hari tu Kelantan dah menang Piala Malaysia, kalau bawa pulang Piala Suzuki buat pertama kalinya ke Malaysia, huhhh...!

Harapnya kedua - dua negara (pamain, penyokong dan segala-galanya) bertindak secara profesional, biar kita menang puas, kalah bermaruah. Tak de guna menang tapi di caci maki seluruh pelusuk dunia. Dan lagi tak guna bila kalah dan memalukan diri sendiri dengan sikap bodoh dan memalukan. Apa yang dicari sebenarnya?      Pelik betul aku. Semangat tu penting! Tapi jangan jadi macam Pak Pandir sudeh. 

Peminat harus matang, barulah sukan berkembang. Baik jadi jaguh kampung saje kalau tak taw adat bertanding ada menang kalah, ye lah kalo jaguh kampung bercakar sesame saudara saje, air di cincang takkan putus orang kata, tapi bila mau jadi jaguh sebenar takkan nak bercakar dengan jiran serumpun!? Semoga situasi malam nie terkawal dan kemenangan berpihak kepada yang berhak. :)

p/s : majulah sukan untuk negara.





Kepada Bally.Da.Shoe

Mari mulakan 29 disember dengan menjawab tag dari en.ballydashoe.!sila kelik dia. terima kasih sebab sudi bagi tag di hari yang mulia nie.*tetibe skema -_-". oh ya. mintak maaf jugak kepada ajaq! oke sekarang kelik dia pulak weyh tag ko tak buleh publish lagi, tak boleh hupload satu gambar untuk jawab tag. tunda dulu oke!? harap beliau tidak berkecik hati, jiwa dan raga.bahaha. oke.oke. sekarang sila concentrate untuk jawab tag ye. jangan toleh kiri kanan lagi..err?

Siapakah insan teristimewa dalam hidup anda?
tak de! ye. tak de yang tak istimewa. sume istimewa. hoho. 

Apa yang anda ingin katakan/ berikan kepada beliau?
yang sentiasa diberi, doa la...yang lain tu tengok keadaan la. hari raya bagi duit diorang la bagi.hahaha, hari lahir bagi hadiah. macam tu la. 

adakah anda insan yang setia? pasti dengan jawapan?
setakat nie aku belum pernah lari or berniat nak larikan diri dari rumah. atau berlaku curang dengan makbapak aku. oh tak de makbapak lain lagi. sumpah! *boleh dikira sebagai setia tak?

bila kali terakhir anda keluar hangout (keluar ngn hangout bukan sama ke?) bersama kawan2 anda
 dan dimana?
tak de. tak de kali terakhir lagi setakat nie. asik berlaku lagi je. ohmy..tak paham soklan ke ape?

pilih antara 2, mimpi atau realiti yang lebih indah
soklan susah! aku jenis yang susah nak bermimpi, kalo tak pon tak ingat pernah mimpi ke tak. setakat nie memang tak de mimpi lagi T_T ohh sedihnya hidup saya, sila kesian! jadi saya pilih berangan lebih kurang dengan mimpi la kan? lebih indah! ohhhhoo memang indah! sebab tu susah dapat A, sebab selalu putar belit soklan T_T

sebab?
sebab dengan berangan mimpi? je saya bleh jadi Si Genius yang boleh cipta rumus dan boleh bercakap patbelas bahasa, saya juga boleh bawa kereta nissan silvia tanpa buat ape-ape payment. dapat duduk rumah pat tingkat siap ade lift tanpa bimbang tak cukup duit. dan dapat bercinta dengan mana- mana pelakon handsome tanpa bimbang dia curang. hebat tak kuasa verangan.hahahaha 

apakah pendapat anda tentang pengirim ini?
ape pasal soklan semua skema? baiklah. 
si pengirim nie bijak, kalo tak takkan lah dia se-unibersiti dengan aku. ye dak? 
dia juga rajin. kalo tak tak kan la ade blog. 
pendiam? sebab tak pernah dengar suara dia kat belog.hahaha *bajet kenal
dia juga suka berangan ye tuan puan sebab dia suka saku doraemon. ni mesti kes macam nobita nie?
sekian.nak taw lebih lanjut sila kelik belog dia!
*ramalan semata -_-"

apakah award ini bermakna kepada anda?
tak de maknanya..kehkeh gurau sajo bak kata dia, ini tag bukan award T_T 

Lastly, berikan taggie ini kepada 5 blogger lain

dan juga kepada dua orang yang sesat kat blog nie! sesaper je la


sekian. terima kasih daun keladi, ade tag kirim lah lagi

Tuesday, December 28, 2010

Setahun jagung

Dah lebih setahun aku berjinak dengan dunia blogging nie. Aku mula ber- blog since 12 February 2009, tapi dulu aku di WordPress. Yang kelakarnya, aku mula ber-blog secara tak sengaja. Kepohci sangat duk stalker sorang nie sampai ntah macamane ter-set up blog untuk aku. 

Then 3 Disember 2009, aku tukar kepada blogspot. Actually aku tak puas hati dengan wordpress coz tak banyak pilihan template. Aku pula cetek ilmu psd masa tue. Dan kerana blog nie jugaklah aku hampir disaman. Hahaha. Gila tak? Tapi kejadahnya nak saman aku coz tak masuk dek akal langsung, hakikatnya aku tak de langsung mention nama or sifatnya atau ape saja berkaitan dengannya, hanya metafora semata. Lantak hang la nak terasa...oke tutup kes.!

Aku dah cuba macam-macam free blog host, tapi akhirnya pilih blogger.com. Setakat nie tak berminat lagi nak host domain sendiri. Actually ade lebih 200 free blog host kat web. Ntah korang sedar ke tak. Of coz la korang sedar yang gelemer je kan?kehkeh. Pilih kasih lah korang nie. Bagi yang mula nak masuk arena menulis tanpa dakwat nie blehlah try memane yang berkenan di hati, antaranya... aku bagi top 10 la eh.


  1. http://blogger.com/
  2. http://wordpress.com/
  3. http://livejournal.com/
  4. http://typepad.com/
  5. http://tumblr.com/
  6. http://scribd.com/
  7. http://vox.com/
  8. http://blogdrive.com/
  9. http://photostreet.com/
  10. http://journalspace.com/
rujuk Free Blog Host untuk dapatkan lebih banyak senarai free host yang ade. tak mampu den nak taip sume... naik kematu jari aku nanti.! Dah ade free blog host kenalah cari identiti untuk menulis. Dan menariknya lebih 200 blogger di Malaysia nie memilih isu politik sebagai menu utama. Ramai la jugak kan... 

Blogger nie plak ade banyak jenis, ade yang suka cerita hal diri sendiri orang lain langsung dia tak peduli, ade plak yang asik sibuk duk cerita hal orang lain sampai lupa diri, ade pasal fotografi, ade juga pasal pornografi, ade pasal jualan itu ini, dan ade juga pasal masak memasak. Pepandailah korang jaga diri di dunia blogging nie. Ade baik buruknya. Yang pasti aku menulis sebab hobi. Dan aku tak terikat untuk bercerita tentang satu isu je. Sume aku hentam. Eh, manalah taw kot-kot ter-hilang ingatan ke ape ke, bleh jugak aku baca blog nie balik..hahaha. Pelaburan masa depan nie, tahun 2020 nanti aku still bleh baca satu-satu kisah aku masa tahun 2009. Berbaloi kannnns??? :)

Monday, December 27, 2010

Benci teknologi?

Di akui bahawa BATERI adalah benda kecik yang penting kat rumah aku. Oh my... remote tv, astro, kipas, aircond, radio, jam. Sume guna bateri. Dan... bermasalah betul bila bateri kong tetengah malam. 11, 12 malam oke lagi...nie 2, 3 pagi saper rajin nak bawak kereta masa tu ha?? even 7e tak jauh tapi arggghhhh!!!

Jadi terpaksalah buat jahat sket, amik bateri remote aircond bilik adik aku dan replace dengan bateri remote bilik aku.  Then bila dah sejukkan bilik, amik bateri tu letak dalam bateri remote astro (tv sentiasa dalam mode standby, no need remote) , tetibe rasa panas, amik plak bateri tu letak dalam bateri remote kipas. Then nak tukar channel tukar balik. GILA! kenapa bateri harus abes serentak arrrhhh? 

Agak memalukan dan harus di akui aku jakun tak reti guna ice maker! tak reti oke. isi air tapi 2,3 ari tak jadi-jadi lagi ais. Then I ask my sis, dia kata tak sampai sehari dah jadi ais dia gi tengok dan cakap aku tak sambung tiup. aku macam.. wat theeeeee?? ye la...ye la... aku tak pernah isi air dalam ice maker. demm. aku pon compius nak guna mesin basuh baju. Kat kolej just masuk RM2 then tekan. dan tunggu.siap. pegi jemur.. kat rumah aduhai macam sepapan penuh programming. nak basuh ape, air takat mana, colour or tak, warm or cool water, aku macam ape neh? last-last aku suh adik aku set up kan. ngehngeh. malas lah nak tengok buku manual, bukan aku duk umah lelama pon. 

Habeslah ...dunia dikuasai robot...dan anda harus menguasainya...ye manusia pemalas berteknologi tinggi macam aku nie harus kuasai robot! basuh baju, berhibur, nak minum air sume kena guna robot....argghhhh.. It's a scary worldddddd.... *macam MelB la plok...*dushdush

Saturday, December 25, 2010

Masih

Mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat MTM KC
sampai sekarang aku still kat umah di BBKK (Bandar Baru Kubang Kerian)
amik alih tugas mak bapak kejap

kemas rumah, masak, pegi hulu hilir dengan adik-adik
papa umi sakit
so kena stay back
sekarang. pada jam 9.24 pm
ada di rumah, baru lepas keluar dengan adik-adik
dan sekarang rehat. tengok apa yang patut

Alhamdulillah. nasib baik rumah sentiasa dilengkapkan dengan keperluan
oke tipu. gas baru je abes T_T

bai. :)

Friday, December 24, 2010

stay cool.Perhaps


When I get stuck
I just need my favorite ice-cream with hershey's syrup
then, start thinking about the solution

and sometimes
whenever i have a problem
I just sing,
then I realize that my voice is worse than my problem

perfect is boring so marilah bersuka ria dengan masalah.
things to do everyday just wake up- survive - then go to sleep.
sounds simple! :)

Thursday, December 23, 2010

Home Survival Kit!

Alhamdulillah, negara kita sentiasa aman damai, bencana alam cam gempa bumi, gunung berapi, puting beliung memang tak de la kan so far, mintak dijauhkan!. Tapi, kita hanya merancang...ye dak? Jadi beringat-ingatlah untuk sediakan Survivl Kit kat umah masing-masing. Apa yang aku pasti, kat umah kebanyakkan manusia kat Malaysia nie tak de survival kit, ntah-ntah first aid ngan fire extinguisher pun tak de. Haiyooo...at least benda itu seharusnya ada ye..!

 contoh survival kit ehsan En. Google


Benda basic, paling-paling basic la kan. Kat umah saudari saudari, mak cik pak cik perlu ada :

First Aid
Fire Extinguisher 
Makanan segera ( makanan dalam tin or pack, bukan mekdi or kepsi oke!no no no)
Air Mineral & 100 plus
Tisu & Kapas
Lampu Suluh
Lilin
Mancis
Bateri
Plastic trash bags
Blanket or Sleeping bag for each family
Tong Air
Spare Cash
Basic Tool Kit
Telefon
Simpanan segala dokumen penting di satu tempat selamat & mudah diambil
(lemari, sofa empuk, tv plasma tidak termasuk dalam senarai oke!hehehe)

benda lain yang juga bleh di adakan. Penting oke..penting!!! macam surat khabar lama, periuk dan kuali kecik, grill, dusk masks, pinggan mangkuk sudu garfu plastik. Alhamdulillah, rumah aku dalam kategori selamat! Yihaaaaaa!!!! Peka tak? peka tak aku.hahahaha. Actually kalo kat luar negara, terutamana negara yang selalu dilanda bencan diorang memang prepared benda-benda gini. So! manusia- manusia di malaysia sekalian, silalah bersedia dengan segala kelengkapan penting kat umah ye. Alah bukan mahal pon, bayar bila astro & broadband bulan-bulan bleh. Takkan nak beli nie ngak mampu (gila laser mulut!haha). Sekarang pi check umah masing-masing. Ada tak?. Print out list aku pon tak pe.kahkahkah. 

Pesanan khidmat masyarakat oleh lurunna dibawakan khas oleh blogspot. piweeeiiit!


Stylish Eyewear

Glasses? Mungkin dulu bila kena pakai spek, sume dok terbayang yang bingkai tebal dengan kanta yang tebal nampak gila nerd biarpun rabun sebab tengok tv 24/7 dengan jarak tiga jengkal. Gila tak stylo bila pakai spek. Sanggup menderita sebab semata-mata benci tengok spek yang huduh. Tak sanggup nak pakai. 

Tapi sekarang dah lain. Dan bukan macam zaman dulu kala yang spek macam sama je sume. Bagi mereka yang takot masukkan objek lembik ( contact lense ) dalam mata tentunya memilih kaedah selamat dengan memakai glasses. Aneka warna & design bleh pilih. Bleh tinted plak kalo nak. Nak yang besi atau plastik,  rim penuh atau separuh, tinted atau biasa, no problem... sediakan duit je!

Dari harga serendah-rendah RM 88 hingga la beribu-ribu RM, anda bleh dapat macam-macam pilihan eyeglasses, box dia pun macam-macam style...just tepuk purse tengok duit je (pepatah la konon). Bagi yang mementingkan kualiti dan jenama yang unggul bleh pilih mana-mana jenama kesukaan contohnya Ray Ban, Gucci, Bonia, Giorgio Armani, Espirit, Levis dan lain-lain...pilih saja.

Tapi, apa yang penting masa nak pilih kaca mata, haruslah sesuaikan dengan bentuk muka dan guna ikut kemampuan. Hohoho. Kalo nak taw, bentuk muka lazimnya ada lima iaitu bujur sireh, panjang, bulat, empat segi dan bentuk hati. Jadi kenalah sesuaikan bentuk glasses yang nak dibeli tu. Tapi awas!!! jangan duk gila beli yang besar sampai tutup kening. Nampak pelik oke! Pelik!

Bagi yang bermuka-muka. Eh..tak, bagi yang bujur sireh hampir sume jenis kaca mata sesuai tapi jangan yang terlalu besar.  Bagi yang muka panjang plak elok kiranya pakai bingkai yang menutupi sebanyak mungkin bahagian tengah, just tips untuk kurangkan jarak panjang tu. Kiranya silap mata yang memandang. Hehe. Bagi yang muka segi empat tepat. gurau je.jangan menyinggung..bagi yang muka bersegi, seeloknya pakai bingkai bulat or bujur agar rahang tak terlalu menonjol.  Untuk yang muka berbentuk hati plak (bentuk hati nie bila seseorang tu memiliki dahi yang luas dan kecil di bahagian mulut dan dagu), seeloknya memakai bingkai nipis atau tanpa rim dan elakkan memakai bingkai besar! Terakhir sekali, bagi yang mukanya bulat, ideal sekali pakai bingkai yang segi empat tepat. Atau bleh juga pakai yang lebar atau sudut tajam.

Itu saja pesanan khidmat masyarakat oleh lurunna ditaja oleh blogspot! hahaha


Thursday, December 9, 2010

Be at Home



For a time being.
I need a rest.
Be at Home :)
Take care people. Will miss all of u damn much!



p/s : buat kesemua team PERSADA, gud luck.!Thanks for ur commitment, support dari jauh :) 

Can I?


sometimes
i wanna do it
immediately.

Wednesday, December 8, 2010

Miss You


I've had 4 new cell phones 
since my brother died 3yrs ago.
And I still add his phone number to my contact list.

Words can't explain how much i miss u bro.

Tuesday, December 7, 2010

Salam Hijrah

"We all have our time machines. 
Some take us back,
they're called memories.
Some take us forward,
they're called dreams....
and dreams...
are reality waiting to happen!"


1432 H
Doa akhir tahun, dan Doa awal tahun

Semoga dapat mengharungi tahun ini dengan penuh rahmat dari-Nya. Amin

Monday, December 6, 2010

Home suwit Home!


Obviously, aku asik berbicara tentang nak balik umah. Tak kesah la kat belog, pesbuk, twitter, skype or formspring sekalipon! sume perihal nak balik umah. Haha, gile homesickeness. Tiket dah oredi booked! Fly on 9th Dis 2010! Hiphiphurray!!!.  

Tak sabar nak adekan family reunion! Makan sama-sama, tengok tv, jalan-jalan. Nak reunion dengan kucen gebu perotlabuh cecah lantai! astro yang ade macam-macam channel tak macam kat kolej yang ade pakej pendidikan dan sukan sajer T_T. Tak sabar nak golek-golek atas katil yang tilam gila tebal tak rasa spring langsung! Dengan bilik ade toilet jadi tak perlu malu-malu kucen macam kat kolej bila bangun lewat dari tido orang pandang aneh.

Tak sabar nak tunggu umi kejut solat subuh dan sarapan sama-sama, nak jugak umi kejut solat! Tak sabar nak mulakan rutin sebagai suri rumah! Bangun tido jemur baju, kemas rumah, tengok tv, masak, makan, angkat dan lipat kain. tunggu umi balik kerja dan bawa balik banyak buah-buahan tempatan! makan malam tunggu papa datang jemput, lepak-lepak dengan adik-adik sambil belai-belai rambut atau ajak adik lelaki teman pergi 7e jam 2, 3 pagi beli megi sebab tiba-tiba mengidam!

Tak sabar nak tutup gate rumah bila malam dan halau kucen gebu perotlabuh cecah lantai tido kat luar. Kat kolej tak boleh mengong gi tutup gate, kompem di cop gila terus! Sunguh tak sabar. Oke 9 hb lagi 2 hari. Ohh pelis-pelis cepat-cepat lah berlalu 2 hari. 


p/s : jangan lupa ye papa jemput kakak kat airport jam 5pm.Bawa rombongan mulut rabak bising dalam kereta sekali ye :')

Goodbye and Hello!



tak de niat nak takutkan sesaper

Sunday, December 5, 2010

Tamat Sudah

"Pemimpin Progresif, Aspirasi Keunggulan"

Tamat sudah berkursus selama seminggu. Alhamdulillah tercapai objektif! Ampun maaf dipinta buat semua peserta. Niat hanya satu, iaitu berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar. Masa aku dah tamat. Peluang tiga kali diberi. 21, 22 dan 23...misi sama tapi ketiga-tiganya cukup berbeza.!


*gambar yg boleh dikongsi*

Korang memang terbaek!!! Cayalah!
Bagi yang belum pergi lagi. Silalah pergi untuk sesi seterusnya. Even Fasilitator silih berganti tapi niatnya tetap sama. Satu-satunya cara untuk mengetahui rahsia KKC adalah dengan melaluinya sendiri! Sumpah korang takkan pernah menyesal! 


p/s : lega bila tengok prestasi bakal pelapis KC...

Harap ini bukan sambutan kali terakhir bersama

5 Disember
Hari Lahir kawan baik sampai mati!

Walaupon aku sebenarnya sedang mengalami sembelit tapi tetap gigih menyambut hari keberanakan ko! Terima kasih jugak untuk Odah sebab menjayakan misi. Rasa sedap plak kek tu sebab makan ramai-ramai. Kek kecik yang dikongsi 60 orang. Gila tak?bersederhana itu penting, tapi sebenarnya tak cukup cash..hakhak.


Hepi Besday Ajaq!!!

Kawan memang silih berganti, tapi ianya kekal di hati. Cepatcepat kawen oke! Ko tu dah tahap wajib kawen da.hakhak. Sori coz tak de sambutan yang grand. Tepung pon mampu beli sebungkus je, mahal okeh! Gila cuak aku bila ko masuk dapur nak minum air. Maaflah coz bertindak luar kawal dan halau ko keluar dari dapur. Rosak plan okeh kalo ko masukdapur, even ko dah bleh hidu plan aku tapi aku tetap nak buat suprise. kononnya la. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk ko, dan aku juga harap ko jumpa orang yang baik untuk dijadikan teman hidup.

Andai kata nie kali terakhir kita dapat sambut besday ko sama-sama dan ramai-ramai cam semalam, kenanglah ia di setiap hari lahir ko yang mendatang.


p/s : aku ter-tacing sangat bila ko cakap "aku join nie pon sebab ko" masa aku kena denda. Tak kesah la ko cakap secara tak sengaja or sengaja. Thanks coz sentiasa sudi membantu even ko ade kerja jugak pada tarikh tu. thanks sangat!