three of us *gambar culik dr pesbuk
menarik kan? tajuk tak de kena mengena dan mereka bukan skandal aku oke. Kehkeh. Tapi mereka antara kesayangan aku. We hv being a friend for a long time ago. Long...longgg time ago. 7 tahun yang lepas. Mcm remaja hingusan yg lain, bermalas-malasan galas beg gi skolah. Gitulah kami. Ingat senang nak bangun pagi-pagi gi sekolah blaja ntah ape2?. Diorang amik aliran perakaunan, aku plak sains dan rekacipta. tapi still sekelas. balik skolah selalu nampak they all lepak2 kat kedai kak maa. Asal lepas rehat je bau rokok kepok2 dalam kelas. Kerja diorang la nie. Belaja add math cam haram sekor2 *nasib baek cikgu Saadah chantek!. Apatah lagi subjek sains ngn cikgu doraemon. Tido mati kt belakang. Tapi aku taw, bila subjek akaun mereka gila tekun! sampai lebih masa & aku ngn geng rekacipta yang lain kena berdiri luar kelas sampai Cikgu Yasin kesayangan diorang keluar! Ahh, mmg selalu budak rekcipta ne mengalah! *mmg kelas kami kt makmal pon, kalo tak makmal sains, makmal rekacipta. Diorang la jugak yg selalu gi lepak2 umah aku. Tempat luah perasaan, tempat utk bergelak tawa, jatuh, bangun sume. Diorg nie jugak lah aku selalu nampak pegi main snooker. Cmne aku nampak??kehkehkeh. dan diorg juga la tempat utk aku hamun tak tentu masa, otak aku pon bukan bleh pakai sgt.
Bila abis menuntut di 5 Beta 2004, berpecahlah kami and since 2006 makin jarang jumpa. Setahun mungkin sekali, dan mungkin tidak sekali-kali
aku dengan kehidupan aku, di ladang *UPM tahun pertama, busy utk sesuaikan diri, tahun kedua busy dengan dunia debat, tahun ketiga busy dengan MTM dan sekarang di tahun empat, even masih bergelar MTM, even bergelar final year student. Even tiap2 tahun busy *kononnya, hati aku tetap rindu kt korang. Malu kot nak telefon ckp
"weyh gila! aku rindu ko la"
last-last makin hari berlalu gitu je..tahun demi tahun. Sampai la sekarang 2010.
sumber : pesbuk mung
dalam ramai2 makhluk nie...cuba teka mane kwn aku? Member aku yg nie terkenal dgn keplayboyan dia. Aku pon naik pening. Ingat ke playboy kawen awal! Ahh, sama je ngn aku yg setia nie. Kehkehkeh. Dia rupa ade tapi gila. Bercakap tak mau kalah, sempoi. Aku sayang dia. Seingat aku, aku kenal dia since form 2. kira la sendiri bape puluh tahun da kenal.
Yang nie Mat, aku knl dia lewat sket, masa form 5. Mula2 masuk kelas gila kerek dia nie. Sumpah benci! tapi, lama2 jadi kwn baik plak, heran aku. Ohh, moralnya, 1st impression takde maknanya bagi aku. Dia nie pon aku sayang gak. Pendengar yang baik. Aku suka dengar dia gelak. Cam baik je even lebih kurang je sewelnya. Sekarang dia kt Ipoh. Gila jauh dr aku. Sorang lagi Duan, asal nampak dia je aku ingat satu kejadian malang. Malang ke malu? entah le, tp kalo ingat2 skang, kompem aku gelak guling2. takpe takpe aku da maafkan ko ye duan. kehkeh.
banyak rahsia antara kita kan?. sampai tak taw mana satu rahsia mana satu sembang kosong.dan byk perkara penting yang aku belajar sepanjang bersahabat dgn korang. bak kata nenek aku, friendship is not about being together but how we understand each others. kejadahnya ckp omputih plak.
p/s : sebenarnya aku nk jumpa korang khamis nie...hopefully jadilah.kalo tak aku merajuk pat tahun!!!jangan harap korang nk jumpa aku.huhh!!! dan. tak lupa jugak, aku syg korang maaf zahir batin. *tetibe. Duan xde gamba kt pesbuk so maklumat tak dpt diperinci.
2 komen:
pejam celik pejam celik, kejapppp je dah final year, dan kejap je tengok perkembangan sahabat handai kan? :)
emm...& kamu pon sy sgt rindui...
Post a Comment