Monday, November 15, 2010

Sekadar berkongsi rasa

Minggu nie bumi dibasahi hujan. Cuaca yang tak menarik untuk keluar berjalan-jalan. Tapi hari nie aku keluar juga, sekadar untuk lepaskan tekanan sambil tengok muda mudi di jalanan. Ada yang berpimpin tangan, ada yang gelak sakan, tak kurang juga yang megah bershopping sakan.! Sambil mata ke situ-sini, aku berfikir tentang bangsa kita, sudah tentu tentang bangsa Melayu. 

Dulu. Satu masa dulu, aku anak kampung yang tak pernah kenal dengan panggung wayang, pusat karaoke, serta pusat beli belah yang gah. Anak kampung yang tak pernah kenal nikmat keluar menghabiskan wang, berhibur bersama teman konon untuk lepaskan tekanan.Tapi sebenarnya aku cukup bangga sebab tidak terdedah dengan semua tu secepat remaja pada hari ini. Aku bangga bila mana aku hanya mengenal semua tu setelah mencecah 20-an. Sekurang-kurangnya sebelum nie masa aku hanya di habiskan dengan membaca. 

Siapalah sangat aku dulu, bila waktu petang habiskan masa membakar sampah, menyapu laman rumah, atau sekadar menyertai ko-kurikulum di sekolah. Hujung minggu aku hanya di dunia aku, membantu umi dan papa menguruskan rumah dan menjaga adik-adik bila mereka keluar bekerja. Aku hanya remaja tipikal, remaja kampung yang hidup serba sederhana. 

Sekurang-kurangnya kehidupan aku yang dulu mengajar aku untuk lebih kental hadapi arus kemodenan. Bersyukur juga, bila aku memahami bangsa aku bukan dengan hanya menjadi sebahagian daripada bangsa, tetapi juga melalui pembacaan. Walau rumah tidak di bekalkan dengan internet, tapi sekurang-kurangnya aku khatam habiskan bacaan buku Sejarah Melayu, hasil tulisan W.G Shellabear, edisi Tun Sri Lanang juga edisi dari A.Samad Ahmad.

Aku bukan pelajar aliran sastera, tetapi sempat juga aku membaca buku hasil karya  Abdul Latip Talib, buku-buku seperti Hikayat Amir Hamzah, Leftenan Adnan. Buku karya Keris Mas, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, novel Salina karya A.Samad Said. Aku juga minat puisi, puisi dari karya William Shakespeare, Robert Frost dan sebagainya. Masa lapang aku di habiskan dengan membaca, antara yang aku masih ingat sampai sekarang novel Jibam, Pilot Cafe dan masih tak luput dari ingatan cerpen Paku Payung dan Limau Mandarin! Dunia aku bukan di hujung jari tetapi dunia aku di library. 

Rumah aku juga dulu tidak dibekalkan dengan siaran berbayar, masa aku dihabiskan menonton berita, mengulangkaji pelajaran sambil bersembang kosong dengan ahli keluarga. Anak kampung seperti aku mana pernah kenal dengan istilah overnite! Sedih plak sekarang bila anak bangsa kita sudah terdedah dengan keseronokan melampau di usia yang sangat muda, sehingga lupa penuhkan ilmu di dada. Bagaimana untuk kita pertahankan bangsa jika kita tidak pernah cuba mengambil tahu asal usulnya.

Jiwa anak muda kita hari ini terlalu disogokkan dengan cerita cinta yang asyik, sampai mereka lupa cinta akan bangsa sendiri. Berapa ramai anak muda hari ini yang tahu tentang sejarah Islam, sejarah Melayu, tentang zaman penjajahan Jepun? Dan aku bersyukur kerana telinga aku masih berpeluang mendengar cerita penderitaan datuk dan nenek aku di zaman penjajah dulu kala. Dan jika anak muda hari ini tidak tahu tentang semua ni, bagaimana nasib anak kita di masa akan datang? terus di sogok dengan cerita animasi? Novel cinta romantis? atau majalah lawak komedi?

Ini hanya tentang cebisan pengalaman aku. Pengalaman si mentah! Dan aku sendiri masih mencari ilmu, dan sentiasa berfikir dan membandingkan tentang dunia hari ini dan semalam. Aku lebih suka dengan identiti aku sebagai anak kampung, dan aku bangga aku dilahirkan sebagai anak kampung yang berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah. Anak kampung yang kesukaannya bermain hujan serta berpijak di tanah kadang kala tanpa selipar. Anak kampung yang habiskan masa cuti sekolah dengan memancing ikan di tepi sawah. Berkebun di belakang rumah.

2 komen:

Bally Da Shoe said...

sangat persis khidupan kita... cuma sy xla bnyak membaca... Sangat setuju dgn entry ni... pendedahan yang terlalu awal buat anak2 muda lebih kenal budaya barat dr budaya sendiri... kurang sudah patriotism...apa pn syukur sbb jd anak kg (^^,)y

Oda Willy said...

apalah sangat kehidupan anak kg mcm kita kan? haha, itulah yg sy ingin sampaikan, kurang sudah patriotism, anak melayu makin tidak mengenal melayu. dan sy jg bersyukur sbb jd anak kg..! :)