Showing posts with label hidupku. Show all posts
Showing posts with label hidupku. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Day 4

Favorite photograph of your best friend...hmmm. Cabaran untuk 30 things In 30 days challenge diteruskan lagi. Gambar? Nak gambar pulakk. Oke.oke.orait. buleh je nak bagi. Ohoiii! Entri sarat dengan gambar. sila redho.. gitoooow... *gaya ala diva.!

oke. kita zasss! sekarang... :)


Gambar nie diambil sebelum Festival Zapin Interkolej (Zafest) tahun 2010. Sem 2 sesi 2009/2010. Masa nie aku dengan jawatan Exco BKK. Aktif seni gitu uolsss! hepi sangat sangat! Even tak menang tapi puas hati.


Gambar nie bersempena majlis penutup Fiesta Warisan Pantun Tiga Penjuru (Firu's). Sem 2 sesi 2008/2009. Masa nie aku jadi Ketua Unit Urusetia. Pening kepala mak uolss nak handle pertandingan gila nie. Banyak sangat sifir-sifir pantun kena khatam. Tapi gila enjoy!! mak like!


Nie gambar masa lepas habis kelas Oral Interaction Skills, lecturer kitaorg nak celebrate last day kelas. Nie Masa semester 1 sesi 2008/2009. Semua tu budak-budak course aku. Ye sume tue budak kaunseling! :)


Gambar with my bestie. Melepak-lepak kat Putrajaya setelah balik berkelah-kelah di Sg.Congkak sampai tersesat-sesat. Gila mahal air teh o ais niza. Sumpah ingat sampai sekarang :P


Gambar bersama teman satu board mtm sesi 2009/2010. Hari kak tim kena tepung dan keesokannya berlepas ke Pulau Pangkor untuk bercuti dengan mereka. seronok giler oke! :), rindu diorang sangat-sangat.


Juga member mtm. Nie pada bula november. Ye. pada hari lahir aku. dan ditepungkan! dem. nasib baik aku tak pakai baju korporat. hazab oke nak sental sebab diorang selalunya guna tepung ubi. gila dasyat kawan- kawan aku nie. redho sajor.. =_='


Malam Tunas Budaya sesi 2009/2010. Gabungan KMR dan KC. First event handle masa jadi exco BKK


Bowling tournament krew GTA, Kopi Susu Sepatu Biru. Enjoy giler! rindu semua especially cik usna sayang!


Team debate aku! aku biasanya jadi 3rd speaker. Ni masa pertandingan Piala TNC. Tahun 2009


Hari keluarga course aku. buat senaman pagi guna lagu ayumi oke. cute tak?hahaha


Masa majlis anugerah canselor. tahun 2010. biarpun baru je berlalu, tapi dah rasa lama giler tak jumpa diorang. Rindu sangat. Tapi tak pe sebab sekurang-kurangnya mereka semua pernah hadir dalam hidup aku!

Gambar budak aktif kolej memang sarat dengan event je la kan. Macam mane sibok pun mak tetap seronok. Bersyukur sebab di beri peluang kenal mereka-mereka semua. Di beri peluang untuk timba pengalaman, dan belajar perkara baru. Dan diorang semua aku akan ingat sampai bila-bila! Actually banyak lagi gambar, banyak lagi teman-teman yang aku sayang, cuma nanti kan korang menyampah plak kan. Dan bagi yang tak de dalam gambar-gambar nie, tak bermakna aku tak sayang korang, korang sume istimewa dalam hidup aku oke. :)



Tuesday, January 18, 2011

Dulu dan sekarang

kelik untuk tumbesaran

zaman renaissance.kahkahkah. sumpah aku gelak tak hengat bila tengok gambar nie. rasa cam nak letak muka dalam beg sekolah je. Oh ye, tu gambar masa aku Tingakatan 2 Bestari tahun 2001, seploh tahun dulu. fuhh. dah seploh tahun berlalu. Geng-geng aku masa nie, Zuni, Ayu dan Nadia. Rasa jahat gila zaman dolu-dolu, rela tuh ponteng sekolah coz nak tengok dragon ball, seyes shittt!!! kalo zaman nie, kunyah gula-gula getah dan buat belon tu dah kira samseng ahh. tak buat peta dan kena rotan tu kira otai la kan. haha. masa cikgu tak de dalam kelas, siapa yang berani gi duduk atas meja cikgu, atas meja oke. kira hebatlah tu. pakai kasut tali lilit-lilit kat betis, kain labuh, baju sengkat, dan bawa motor laju laju kat kawasan sekolah bagai ajak nak race. seyes rindu.! masa rehat pulak beli keropok dan cicah dengan sambal belacan. gila tak? pas tu memekak je kat kantin. sumpah rindu dowh!


Sekarang dah lain. even still amik gambar camgini, tapi wawasan dah lain. takde dah fesyen baju sengkat, kain labuh dan kasut tali lilit-lilit kat betis. tak de dah duk atas meja lecturer. kau gila meroyan nak gi duk atas tu? pelajaran pon dah tinggi pat belas tingkat. bila dah belajar tinggi-tinggi muka otomatik jadi macam orang pandai dan berimej. cakap pon dah tak lahanat mcam dulu, kiranya berpesen la sket, ada rupa orang dah.hahaha. dulu kan agak-agak macam syaiiitonnnn. 

Bengom- bengom aku pon, bleh gak survive masuk U. oke. bangga dengan diri sendiri. soooobs. nie pencapaian beb. pencapaian!!! kaki ponteng sebab nak tengok dragon ball dah kat tahun akhir di upm. tak ke bangga. kawan- kawan aku mostly dah kawen, aku duk menimba- nimba ilmu lagi. Aku nie tak macam dak-dak pempuan lain yang rajin baca buku kat library, aku nie jenis yang tuang kelas. pegi library, cari port dan tido dengan nyenyak. buku ntah ke mana aku ntah ke mana. 

Pape pon, hidup nie kita diberi satu peluang je. Gunakan sebaiknya. Aku pun tak dapat jangka macam nie aku sekarang. Kadang-kadang kita bernasib baik, kadang-kadang tak. Bersyukur seadanya. Dan tak semestinya kita tak cerdik pandai, kita tak de peluang untuk berjaya. Dari darjah satu sampai tingkatan 6 bawah aku duk tanya cita-cita aku. Masa kat tingkatan 6 Atas baru aku nekad nak masuk U, see. kita tak pernah terlambat kan? Yang penting usaha kena ada, lambat ke cepat ke, Insyallah peluang kita akan tiba. 

oke. bai!!! (ending yang tak menarik di situ... =_=")

Sunday, January 16, 2011

Aku sudah jatuh cinta

Korang pernah jatuh cinta tak? Mestilah pernah kan. saper yang tak pernah jatuh cinta maknanya dia tak mimpi basah dan tak datang ber-bulan bulan lagi la tu. Harap bersabar ye, nanti cukup masa datanglah tu. Takyah kejar-kejar sangat, nanti orang kata ko gedik. Tapi jangan relaks-relaks sangat nanti orang cakap ko gay or lesbo plak. Buat je macam aku, buat dek je. Hahaha.

Dah.dah.. berbalik kepada cinta tadi...

Aku rasa aku dah mula jatuh cinta. Tapi masalahnya, aku tak tahu dengan siapa. Demmm!!! Ade rasa nak lempang laju-laju tak? 

Melukis

Aku langsung tak ada bakat melukis. Masa aku di sekolah rendah dulu, bila masuk je waktu seni lukis, peluh mulamemercik di dahi. Tak senang duduk aku, lagi-lagi kalo cikgu bagi kerja rumah suruh lukis itu ini. Bagi lah kerja rumah apa pun, nescaya aku boleh buat tapi bukan melukis. 

Dek kerana takotnya aku pada cikgu seni lukis aku Ustaz Halim (cikgu zaman aku dulu main campak je ngajar subjek apa pon) aku tekad nak buat latihan melukis dan siapkan kerja rumah yang diberinya. Gila semangat kayuh basikal lepas balik sekolah untuk beli drawing block. Sengih sendirian aku bila sudah berjaya beli kertas lukisan. Sampai je di rumah, belum sempat salin baju sekolah aku dah kalut untuk melukis,beg entah ke mana, kasut entah ke mana. Pangggg. satu pukulan tepat di atas belakang. Ohh, rupanya umi telah pon 'melukis' tapak tangannya di belakang aku sebelum sempat aku mula melukis. Bergenang airmata. Dengan perlahan-lahan, aku susun kasut dan masuk bilik salin pakaian dan mandi. Lalu tidur.

Aku hanya mampu melukis peta di bantal seperti biasa. Putus angin untuk melukis dek kerana lukisan umi yang memberi efek cukup mendalam ketika itu. Bila bangun dari tidur, hari sudah petang. Dengan penuh kegirangan aku mengayuh basikal keliling kampung dan terus lupakan kertas lukisan yang aku beli tengahari tadi. 

Azan maghrib berkumandang, aku kayuh basikal dengan laju dan brek mengejut di hadapan pagar rumah aku. Umi sudah menunggu aku dengan ranting kayu di tangan. Ye, umi 'melukis' lagi...tapi kali nie di kaki. Efek warna yang sangat menarik membuatkan aku tido lebih awal sebagai tanda protes. Dan latihan melukis hanyalah di bantal seperti biasa.



lukisan klise inilah yang aku gunakan selama 6 tahun bersekolah di sekolah rendah. Bagi aku, sudah cukup hebat dapat melukis rumah yang mempunyai kain langsir. Pokok yang berbuah epal. Padi yang menghijau, serta paling penting harus ada aku yang tersenyum riang dalam lukisan itu. Ya. Aku sudah cukup puas biarpun rakan sekelas ketawa sambil menepuk dinding bila tengok lukisan aku. Selama 6 tahun lukisan ini tidak pernah berubah. Cuma sekali sekala aku akan letak burung dua tiga ekor berterbangan dan sepasu bunga. 

Monday, November 15, 2010

Sekadar berkongsi rasa

Minggu nie bumi dibasahi hujan. Cuaca yang tak menarik untuk keluar berjalan-jalan. Tapi hari nie aku keluar juga, sekadar untuk lepaskan tekanan sambil tengok muda mudi di jalanan. Ada yang berpimpin tangan, ada yang gelak sakan, tak kurang juga yang megah bershopping sakan.! Sambil mata ke situ-sini, aku berfikir tentang bangsa kita, sudah tentu tentang bangsa Melayu. 

Dulu. Satu masa dulu, aku anak kampung yang tak pernah kenal dengan panggung wayang, pusat karaoke, serta pusat beli belah yang gah. Anak kampung yang tak pernah kenal nikmat keluar menghabiskan wang, berhibur bersama teman konon untuk lepaskan tekanan.Tapi sebenarnya aku cukup bangga sebab tidak terdedah dengan semua tu secepat remaja pada hari ini. Aku bangga bila mana aku hanya mengenal semua tu setelah mencecah 20-an. Sekurang-kurangnya sebelum nie masa aku hanya di habiskan dengan membaca. 

Siapalah sangat aku dulu, bila waktu petang habiskan masa membakar sampah, menyapu laman rumah, atau sekadar menyertai ko-kurikulum di sekolah. Hujung minggu aku hanya di dunia aku, membantu umi dan papa menguruskan rumah dan menjaga adik-adik bila mereka keluar bekerja. Aku hanya remaja tipikal, remaja kampung yang hidup serba sederhana. 

Sekurang-kurangnya kehidupan aku yang dulu mengajar aku untuk lebih kental hadapi arus kemodenan. Bersyukur juga, bila aku memahami bangsa aku bukan dengan hanya menjadi sebahagian daripada bangsa, tetapi juga melalui pembacaan. Walau rumah tidak di bekalkan dengan internet, tapi sekurang-kurangnya aku khatam habiskan bacaan buku Sejarah Melayu, hasil tulisan W.G Shellabear, edisi Tun Sri Lanang juga edisi dari A.Samad Ahmad.

Aku bukan pelajar aliran sastera, tetapi sempat juga aku membaca buku hasil karya  Abdul Latip Talib, buku-buku seperti Hikayat Amir Hamzah, Leftenan Adnan. Buku karya Keris Mas, Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur, novel Salina karya A.Samad Said. Aku juga minat puisi, puisi dari karya William Shakespeare, Robert Frost dan sebagainya. Masa lapang aku di habiskan dengan membaca, antara yang aku masih ingat sampai sekarang novel Jibam, Pilot Cafe dan masih tak luput dari ingatan cerpen Paku Payung dan Limau Mandarin! Dunia aku bukan di hujung jari tetapi dunia aku di library. 

Rumah aku juga dulu tidak dibekalkan dengan siaran berbayar, masa aku dihabiskan menonton berita, mengulangkaji pelajaran sambil bersembang kosong dengan ahli keluarga. Anak kampung seperti aku mana pernah kenal dengan istilah overnite! Sedih plak sekarang bila anak bangsa kita sudah terdedah dengan keseronokan melampau di usia yang sangat muda, sehingga lupa penuhkan ilmu di dada. Bagaimana untuk kita pertahankan bangsa jika kita tidak pernah cuba mengambil tahu asal usulnya.

Jiwa anak muda kita hari ini terlalu disogokkan dengan cerita cinta yang asyik, sampai mereka lupa cinta akan bangsa sendiri. Berapa ramai anak muda hari ini yang tahu tentang sejarah Islam, sejarah Melayu, tentang zaman penjajahan Jepun? Dan aku bersyukur kerana telinga aku masih berpeluang mendengar cerita penderitaan datuk dan nenek aku di zaman penjajah dulu kala. Dan jika anak muda hari ini tidak tahu tentang semua ni, bagaimana nasib anak kita di masa akan datang? terus di sogok dengan cerita animasi? Novel cinta romantis? atau majalah lawak komedi?

Ini hanya tentang cebisan pengalaman aku. Pengalaman si mentah! Dan aku sendiri masih mencari ilmu, dan sentiasa berfikir dan membandingkan tentang dunia hari ini dan semalam. Aku lebih suka dengan identiti aku sebagai anak kampung, dan aku bangga aku dilahirkan sebagai anak kampung yang berjalan kaki dan berbasikal ke sekolah. Anak kampung yang kesukaannya bermain hujan serta berpijak di tanah kadang kala tanpa selipar. Anak kampung yang habiskan masa cuti sekolah dengan memancing ikan di tepi sawah. Berkebun di belakang rumah.

Saturday, November 13, 2010

Birthday dan Exam bukan satu kombinasi menarik!

Birthday?

Nothing special with that!. Musim-musim exam nie, tak de masa untuk ber-party buih, tiup-tiup belon serangan tepong telur segala. Cukup dengan ucapan Selamat Hari Lahir yang tak ternilai harganya. 12 November, satu hari jumaat yang bermula dengan hujan renyai-renyai. Sejuk dan nyaman. Oh ya, tak lupa juga exam Personelia yang jawapan ntah ape-ape. Dan, aku tido awal dari biasa. Pukul 1.30am, mata dah tak tahan. Bangun jam 5 pagi tekun bersarapan dengan buku nota. Cek Facebook, dah tertempek beratus-ratus wish *riak disitu!haha, cek blog, aku macam.oh.oh.terharu!tak tipu.sungguh terharu.


Thanks bestie forever ever! sayang ko lebih la! Dan esok mungkin merancang untuk berambu ramba. Ye la, post-pone sambutan. Maybe pergi tengok muvie? A cup of frappucino? Pizza? sehelai baju baru mungkin? *smile*. Berangan sume nie! Atau mungkin hari dihabiskan dengan basuh baju. kemas bilik dan merenung masa depan sambil baring atau mungkin tertido terus? redha.


"The happiest of people don't necessarily have the best of everything they just make the most of everything that comes along their way"



pssssst : thanks ye kepada yang wish birthday...appreciate that. *kiss&hugs* 

Sunday, October 31, 2010

Kehadapan suamiku...

Mari berhujung minggu! Bak kata aku, "duit jangan dibazirkan gitu je...GUNA SAMPAI HABES, jgn membazir"...hahaha. Enjoy my weekend dgn diorang semua. Macam- macam hal jadi tapi maintain cool biar jantung duk dupdap dupdap.

Dengan ini juga aku nak tulis sepucuk entri blog untuk bakal suami yang tersayang.

Salam,

Kehadapan bakal suamiku, entah siapa dan dimana anda berada sekarang...

Awak, sekarang umur saya da macam boleh kawen. Macamlah...saya jangka akan kawen lagi beberapa tahun. Awak dah bersedia? Saya belum...saya tak de duit lagi. Jujur saya cakap. Awak tengoklah gambar- gambar kat bawah. Bukan gambar lucah ye...dan bukan juga gambar curang saya.Cuma saya nak kenalkan awak dengan kehidupan rambu- ramba saya.



Ini saya.. Saya mengalami ketagihan kopi yang agak tegar!


Kawan- kawan saya pun gila. macam kawan awak.haha


nanti bersabar la ye, kalau saya ajak makan kat mana-mana. Saya taw awak sayang saya



Jadi calon suami saya nanti, sila bertabah, walau di manapun anda berada, saya nasihatkan anda berusaha dari sekarang untuk mengumpul duit. Bakal isteri anda gila ye. Saya ulang sekali lagi, bakal isteri anda gila dan pakar dalam menghabeskan duit! Sila bertabah!



Salam sayang....



p/s : gedik tak???rasa nak sepak je...muahaha


Sunday, September 5, 2010

Puasa...Day 26


Update from LCCT. Ye...aku akhirnya membungkus kain baju, kuih muih, lemang rendang segala *ini tipu. utk pulang ke tanah tumpah darah. Uhhh. Rasa betul-betul perantau lah. Tapi flight pukul 7.40am =_=", kebarangkalian utk terlepas flight agak tinggi kalo amik keputusan utk bertolak esk pagi! Dengan ini nekad utk overnite di sini dgn adik dan rumet kesayangan. Bosan. Nak buat ape neh lagi 8jam?


tak ramai manusia

rumet dan adik entah melilau ke mana

haruslah camwhore utk hilang rasa bosan!


apa lgi yang boleh di buat???


PAPA

amik pagi esok ye...kalo tak, mogok tak nak raya. Bole?hehe

Wednesday, September 1, 2010

Puasa...Day 22 (Bila kita gembira kita soping...errr)

Say Hi to september. Argghh dah september! Ye Cik Lurunna, da september. Ade apa ye dgn september. Lumrah bg hidup student mcm aku nie, september da kira tahap GENTING! bkn genting highlands ye tuantuan dan puanpuan. Dateline asaimen mula menuju ke tarikh akhir. Tak pe abaikan. itu memang masalah utama aku sejak pat tahun lepas. Seingat aku, lect bagi asaimen kebanyakkannya 1st week dan ne htr minggu 10 or 12, biasa la kang, dan biasa jugak la utk aku mula gigih buat pada minggu ke 9 atau ke 11. Pas tu mula la tertekan sana sini.



Gambar kat atas tue gambar org yg tengah seronok seronok coz dateline jauh lagi.WTH. Ke hulu ke hilir tanpa pikir ape ape. Hmmm, hidup mestilah ne menarik kan.? Lagi-lagi di bulan puasa nie, banyak plak cuti minggu nie, ape lagi...asik plan keluar berbuka je la. Asalnya keluar berbuka je, tp hangkut jugak plastik beg, pempuan sgt! Menci!!! Muka da tak kiut bila kaki da lenguh, poket da kering. Nak kumpul duit tu punya la susah, menagih sana sini *ngan parent je la. Mau habiskan, sejam pon bole. Kannn???

Nie aku nk bagi tips sikit, TIPS MACAM MANA NAK KAWAL PERBELANJAAN.

Pertama, weekdays yang lima hari tue, ko kena pastikan bilik ko dalam keadaan kacau bilau, baju haruslah ko kumpul, jgn ngada2 nak basuh hari2. Tujuannya, hari minggu, baju ko da abes dan ko tak leh keluar sebab kena kemas bilik dan basuh segala baju2 yang ko kumpul tu. oke tak?

Kedua, ko jgn makan jimat2 masa weekdays, motif??? aku taw ko saje je nk jimat2 utk wekend kan? Tok sah kencing aku, aku taw tue. Ape kate ko makan best2 hari biasa, wekend dah tentu duit ko kt paras bahaya. Ngehngeh, dan terpaksalah ko ikat perut di hujung minggu. Weyh, ko kumpul duit ikat perut hari biasa sedangkan masa tue ko guna tenaga byk, ke hulu hilir jadual penuh ngn kelas. Nie bangang, gi kumpul duit nk makan kt Kenny Rogers weekend, sekali jamu da hangus RM25++, amik ko, 5 kali makan kat warung!

Ketiga, Kalo ko mengigil sgt nak keluar. Oke fine! Ko keluarlah dengan syarat ko tinggal kan kad bank kat bilik or bg pada membe suh pegang. Dan duit dlm purse kira cukup2 makan je. Jadi ko terselamat dari berbelanja cara setan.!

Keempat, jgn memandai nk window soping. Aku berani bet la...tak de nye istilah tgk2 je. Window soping pon aku gerenti hangus jugak paling sikit RM50. Ye tak? Geli aku dengar istilah window soping nie...Kejadahnya ko nk gi tgk2 je. Meh aku bagi analogi sket, kalo ko dalam keadaan lapar dan dahaga, ko pergi kedai makan nk tgk2 je...berkesan tak? Hilang tak lapar ko? Camtu la soping, kalo da keluar tu, tak de lain...mesti korg nak pape nie.

Kelima dan terakhir, keluar dgn membe yg tgh pokai. *tp agak klise gak nie. Kalo ko nie jenis baik ati jgn amalkan, mau taknye ber-double triples plak berbelanja, yelah belanja member katakan...cesss. Maksud aku, better ko keluar ngn manusia yg mengamalkan cara hidup berjimat atau istilah lainnya kedekut. Selamattt. Aku gerenti!



p/s : aku pon selalu gak gagal bila berbelanja. Tapi semenjak dua menjak nie aku amalkan yg ketiga. Pengaliran wang keluar undercontrol...selamattt..

Tuesday, August 31, 2010

Puasa...Day 21 (Raya Sekarang tak macam dulu...ada setuju?)


Tup tap tup tap...dah 21 hari kite berpuasa. maknanya lagi sembilan ari nk raya. Kirenya mlm mencari Lailatul Qadar la nie. Ape-ape pon semoga mendapat cahaya-Nya. baiklah tuantuan dan puanpuan. sebut pasal raya nie *sambil tgk tiket balik kg. da byk yg berubah. Kalo ingat balik zaman aku kecik2 dulu.*kira2 10-15 tahun yg lps. Seronok! seronok gila!!! Raya tu la yg paling di nanti-nanti. Masa tu la baju baru nk bertukar.al-maklumlah, bukannya org kaya raya... bertukar baju baru pun masa raya. Kalo tak..haremmm. Masa tu jugaklah bleh merasa pakai emas, intan berlian nie. Ntah ler dtg dr mana, asal raya je ade...lps raya ne pulang balik. Hmmm, org lain aku tak taw la...tp aku cm gitu la kekdahnya.

Masa raya zaman aku dulu. Dekat-dekat raya nie la umipapa duk sibok kerah tenaga anakanak mengemas umah, siap cat umah tuhh. Pasang lampu kelip-kelip, pasang pelita. Sambil dgr lagu raya lak tuh. Ekpeceli mlm tujuh likur. Fuhhh. Cantik je kg ngn cahaya pelita. Tapi skang mane ade sume tuh. Nasib baek la aku duk Kelantan sana. Dapet jugok le rasa nikmat kg.


Tutup pasal lampu pelita. kalo soal makan pula. Kt Kelantan ni special sket. Tak de lemang, rendang nie. kiteorg layan nasi dagang! Huhhh mau terangkat pinggan mau tambah. Kalo masa dulu-dulu, makanan raya boleh cari masa raya je.lain hari kompen tak dpt cari. Berani potong jari eh. Tapi skang, bersepah org jual lemang, rendang. Dah mcm tak special dah juadah tue coz ari2 lain pon buleh cari. Sebab tue aku dari kecik sampai ke besar duk layan nasi dagang je tiap2 kali raya tak reti erti jemu. Mana tak nya, tak de pekdahnya umi aku nk masak nasi dagang kalo bukan ari rayo. Aku pon tak gatal nk mintak. Tak feelnk makan kalo bukan ari rayo.


Haa, bab biskut plak, dulu biskut semperit je aku reti. Tak de dah segala jenis biskut almold london.Choco chip, biskut conflakes madu sume. Sampai skang anak tekak tak bape bleh terima biskut moden. Semperit nie jugak aku cari. Semperit bukan sebarang semperit. Nak buatnya bukan senang, mau kejang jari duk masuk dlm acuan dia tue. Bengkak jugalah nak siapkan beratus keping tuh.Mana tak nya sekali masuk acuan baru dapat 5,6 keping, mau lenguh jugak lah nk siapkan. Tue tak kira lagi yang hangus rentung. Tapi aku berani bet la, kalo wat biskut raya, tak sempat raya, biskut dah habes berbalang2. Masa raya, sume tolak tepi da biskut. Tak hinginnya nk makan.haha.

kalo tempat aku nie la semperit

nie plak acuan dia.gila klasik!


Habis pasal biskut.kalo sentuh pasal mercun plak. Budak2 zaman aku dulu takde pekdahnya nk main mercun sampai kudung kaki tangan. Aku pon tak taw cmne dak2 skang main sampai abes terkorban mati syahid. Haishh. Sebab jarak umo aku ngn abg aku tak jauh, dan jarak ngn adik plak jauh, aku lah yg diangkut oleh abg ke hulu ke hilir peneman dia menyetan. Tak de istilah main bunga api dalam hidup aku. Setakat mercun bawang tue, bt halau kucing jer. Aku paling suka main mercun botol. Ala mercun roket yg letak dlm botol tue. tapi versi kiteorg kepit celah kangkang! Ade berani??? Hahaha, haruslah lap li lap dulu. Hambik ko, yg pempuan kepit celah kangkang, yg lelaki lagi advance, kepit celah pun&&u*...Ade teknik tektik dia, kalo ko bodoh haruslah hangus kangkang ko.So, bg yg tak taw jgn berani cuba. Sepanjang aku main mercun tak de la plak aku or membe2 yang sampai kudung tgn kaki. Budak kg, haruslah kepala masuk air.. Cuma ade skali tue, abg aku nie punya lah mangkuk, gi bukak mercun ketupat dan amik sume karbait *sila abaikan ejaan dia ltk atas surat khabar. Dengan bijaksananya dia letupkan sampai terbakar tgn. Api menyala Oooo kt tgn.Guling-guling dia berlari balik umah.



Paling ketara, raya skang mana ade dah pos-pos kad raya. Sume main tag-tag kt pesbuk je. Bukak photoshop, letak bulan, ltk pelita, adjust kaler barang dua, letak ucapan sket, letak nama. save, upload dan tag seramai boleh. *da kira ucapan ke tue?. Kalo bab duit raya plak,masa aku kecik2 dulu, dpt 50sen pon da ternganga gembira. Budak skang, siap perli lagi...hadoiii...Baju raya plak megerlip sana sini, aku dulu pakai kain cotton je, kira up sket dr baju skolah jor.

Raya skang nie, lebih kurang je.Buat ambik berkat jer, pastu duk melepak dpn tibi. Org mai jalan umah pon tak heran. Kena pukau agaknya, tak bergerak duk pegang remote sambil minum air gas mirinda. Orang nk balik je dtg salam sambil hulur tgn minta duit. Aku duk perati je dr jauh. Macam mana pon raya skang, raya dulu tetap di kenang, tgk lagu sudah, mana aku feel dgr lagu skang, bak sini bg aku layan lagu sudirman ke, saloma ke,S.Jibeng, Sanisah Huri, Uji Rashid, nie baru masukkkk. Lagu skang tak de feel. Serius!


p/s : rindu raya zaman kanak-kanak dulukala...



Tuesday, August 24, 2010

Puasa...Day 13 (Shopping!!!)

When unplanned is planned...uhuhuhu.. Keluar around jam 5.30pm. dan berbawa bekal segala cz takot tersangkut dlm jam. Mula2, plannya nk ke sunway.tukar kpd pavi. tukar lagi kpd mid. dan akhirnya pilih OU..oke tak mengapa.bertenang org2 kg. Sampai tepattepat jam 7.30pm, nasib baik bawa bekal, jadi tanpa rasa segan silu, minum air bekalan sebaik saja sampai di pintu surga dunia. Dan.dan.dan...merayau tanpa arah tujuan mencari tempat makan. Last2 makan kt TGI Friday's. Cool!!! Sy hentam fish&chips. Sedap Ooo... Lembut ikan dia rasa mcm mulut sgt selesa.

Haruslah soping sampai sume kedai tutup kansss...

bermuka teruja utk soping. Ini pempuan manyak gile!


si jejaka.haruslah ada. topman gitu. Thanks kpd yeng & azami


sebelum sahur seperti yg terpampang kt atas, habiskan sisa2 waktu di uptown sah alam. just utk habiskan masa ye.bukan habiskan duit ye tuantuan dan puanpuan. Mencari tempat sahur bukan semudah yg dijangka.Banyak pusing-pusing sampai driver dah fed up.. *padahal dia yg suggest.huhh. akhirnya dia berjaya juga bawa kami ke Mali *kredit utk azami yg bawa. Char kuew tiaw dia gila heaven!!!tak rugi pusing2 mencari dan.dan. sgt significant sgtsgt jlnnya dgn kami. ye la, jln malinja, masria, mahsuri. Nama blok kolej gitu.ouchh, suwiiiitttt.


dan inilah hasil tangkapan. sangat berpuas hati. sume barang diatas hanya bernilai rm 137.00.

cardi (COTTON ON) RM14.50 sehelai
flat beriben tu (COTTON ON) RM14.50
another flat (COTTON ON) RM69 dua pasang

rantai (Forever 21) rm25
hair bandage (Forever 21) rm 9

termasuk 1 charity bag RM5

balik dengan :)

thanks kpd cik dinie alias
syg anda

Saturday, August 14, 2010

Puasa...Day 3


Kelas sampai 6.15, ronda2 kt bazar depan DKAP, nampak ajaq & the gang! Oke. Sy support jualan rotijohn dia. Sedap lah ajaq, len kali belanja eh.bukan paw costumer.haha. Berbuka dgn sgt rushing coz exam OB kt fak.ekonomi. Jam 8.30mlm, 50soklan sejam. Mak ai mcm gila baca soklan yg pjg2. Tp overall oke. Tak de serangan sakit jantung tahap bawa mati! Balik 9.30. Sialan, tunggu bas sampai 10.15, tp tak muncul2. Tapi sy belajar sesuatu.

"Kadang-kadang orang asing tu lebih baik dari sahabat ikrar sehidup semati"

ye.itulah yg sy belajar hari nie, bila ramai2 perempuan tunggu kt bas stop tue, ade seorg nie bawa langsat, dia bagi pd semua yg tgh tunggu bas, termasuk sy. terharu. T_T. Kemudian selang 20 minit, akibat rasa mcm kepala dah masuk air tunggu bas tak dtg2 ade geng2 perempuan nie amik keputusan nk jln. Dan...diorg ajak sy sekali cz tak mau tinggalkan sy sorg2.Bahaya katanyer. terharu lagi .T_T

Last2 ade bas lalu masa kami jln, apelagi, naik je la...sesampai kt kolej, mereka td tgk BSB, dan "wah...ramainya jemaah kolej nie terawih....". Sy...terharu lagi T_T. kagum sgt dgn kemeriahan ramadhan di kolej terchenta.



p/s : da 2 hari tinggal terawih berjemaah, sesi dan exam...esk mesti pegi!!!

Friday, August 13, 2010

Puasa...Day 2


Exhausted!

Hari nie mmg GILA.
Pagi tadi kelas kt Kompleks. Jln kaki woooOoo!!! Then kls kt Fakulti Ekonomi. Emm, ni lagi terbaik!!! Melilau kt 2nd floor ingat kelas marketing, rupanya silap tgk jadual.Matilah. Dengan pasrah balik kolej cz satu jam kelas di bazirkan begitu saja. Vodosss! Balik kolej amik bahan2 LMPK then pegi Fakulti, Ohh. terbaik sebab P.A tak de. Pegi SS fotostat ituini. Gi fakulti balik. lepas letak borang kt bilik PA, gi SS balik. Cari note.
*esk nk exam, ari nie baru kelam kabut cari nota. peringatan : don't do this at home!*


Akibat jln sampai ase asik nk tersadung & terjelepuk jatuh, amik keputusan beli je makanan kt SS. Maaf sy derhaka ngn makbapak cz tak sempat nk call dan tak sempat jawab call. Tertido mati, nasib baik bgn jua akhirnya. Kalo tak, tak de zakat fitrah dr saya.sobs..


Malam nie, tak pergi terawih. Ade sesi kaunseling. Sibok sampai malam! Byk lagi kerja tak setle. Esk exam. ye. Terima kasih.




mcm ni la rasa cm nk gila *fenat*


Wednesday, August 11, 2010

Papa...dan Kakak

my siblings with my papa...



As usual, contact both of my parents to wish them
"Selamat Berpuasa"


Papa tanya
"Kakak balik bila?"

"Papa nk sponsor tiket ke?"

"Bape RM?"

"Org balik skali ngn Mira *my sis yg duk Melaka* 400++ kot"

"Ikut suka kakak lah, janji balik"


Actually, aku da penah tak balik raya. Raya Haji thn lepas, even just duduk selangor je. Bkn obersea pom. Mmg ober sgt! Mungkin papa takut aku wt bengom lagi. Tak balik raya.



Beberapa jam kemudian...


Papa call

"Dah book tiket?"
"ade tak lagi tiket, kalo xde papa naik amik. Dah cek MAS, Air Asia?"


"jgn bimbang pa, org da book."

*aku tipu.aku tak book lagi. papa bimbang sgt takot anak2 dia tersangkut cz tak de tiket nk balik.Esk kakak book ye papa. Jgn bimbang. Kakak balik.*



*tears*...sy syg papa...sungguh. papa layan sy sgtsgt baik. apa yg kakak nk papa tak penah kata tak boleh. Sy plan nk amik lesen tahun nie. Papa just gelak. Ayat yg sama "suka ati kakak la". Sempena Ramadhan kali nie. Saya Annurul Aida Annuar mohon kemaafan seribu kemaafan di atas salah silap sepanjang hidup saya. Saya sygkan kalian lebih daripada nyawa saya sendiri.


Kalau tanya aku, siapa yg paling aku percaya di dunia nie. Tanpa ragu aku kn jwb, parent aku. Mereka xkan pernah curang dan berpaling dr aku. Pasti.


Wednesday, August 4, 2010

Crazy womeng kah SAYA?

After long time not update my blog. Busy actually, a lots of work to do, but not setle yet. Miracle! Dlm sibok2 tu sempat juga joyride. I'm crazy enuf to do dis. When unplanned is planned. Sory guys cz always tarik uolss bersama utk mengejar keinginan sy. Hopefully u guys enjoy as i'm. Tgk muka cm seronok.Hahhaha.
Minggu lps, mmg gila. Ye sy akui sy agak GILA.Jln2 di Putrajaya, Mkn tengahari di OU Damansara, Dinner di Umbai, Melaka then sarapan di McD Genting Highlands. Enjoy the picts..







Minggu sebelumnya juga GILA. Haisshh. When grocery shopping turns to JOYRIDE. Pergi Mines utk beli kelengkapan BBQ for MTB. Then going to Dataran Merdeka. Bila dah bosan beralih ke Downtown Shah Alam. Kemuncak, sampai di Port Dickson. Esknya terus sampai di Alamanda even tak mandi dan tak tido2 lagi. Buruk betul perangai. *sigh*. Sempat gak snap picts. Of course la kn.





Mungkin sebab dah Final Year. So, dis only my change to do all i want to with mybestie. Dear friends. I heart all of u dem much. Thanks to be a part of my journey in mylife. Sgt cute tgk korg tido dlm kereta. Haha. Sgt seronok bila kita berbual tnp fikir tekanan kerja. Sgt seronok bila dpt enjoy dgn korg semua. Yang paling penting, sy mahu habiskan masa bersama korg.

Tuesday, July 20, 2010

Hip Hip Hurray!!!

Muka terharu...

Barisan tenaga pengajar *AF sgt*

dari kiri : Laila my rumet (kareografer), aisah (juruletihkan vokal), me (pemantau?), dnie (fotografi), zara & bonet (make up artist)

bersama DIVA-DIVA KC


anak ikan.eh.eh. anak buah..


pengarah : mimi wahida
all of u make me smile.
Anugerah
Thanks utk komitmen
I heart u.
Malam Tunas Budaya 2010
UPM Care
Penyuluh Cahaya
Gempita Sari (KC & K6)
In memory ever after

Wednesday, June 30, 2010

Kerja

Laporan Kewangan

Bajet Program

Pameran Minggu Perkasa Putra

Tag Pintu Bilik MTM

Name Card MTM

Laporan Aktiviti

Baju Batik & Korporat

Design Baju Wakil Kolej

Analisis Penglibatan Pelajar *tp tak combine lagi...

dan sekarang sy sedang berkursus

*bertanda merah tu yg dah selesai....terima kasih.

Wednesday, May 26, 2010

Akhirnya tewas!

Haihhh...aku nie sebenarnya agak liat utk buat benda yg aku tak nak even benda tue sgt penting. Dah tak suka, tak bersedia.Janganlah paksa!4tahun papa & umi ambil masa utk pujuk aku hamik lesen kereta. Huishh, gile kental, langsung tak ambil pedulik. Ye Ye aku taw lesen penting. Tapi aku tak suka acara rutin. Amik lesen tue bosan! Aku da kena masa amik lesen moto. Cis...!!! Bedebah betul. Tak nak dah amik lesen.!

Tapi sekarang umo da hampir 23tahun. Cepatnya masa berlalu. Parents pon asik bersungut terutama bila raya. Ye.Ye. Aku xde lesen. Relex ape tak de lesen. Tak de siapa bleh halang aku duk kt seat penumpang dgn tnp rasa bersalah. Jem pon aku xkisah. Aku relex je layan radio.Hahaha. Bila nk kuar jadi kupu2 malam pon. Member2 yg ne amik aku. So aku terlepas dr jadi pemandu kpd sesaper. Dan bila umur semakin menua nie...terpaksa la jugak gi amik lesen.

Kalo xde angin masakan pokok bergoyang. Aku bukan tewas pd rayuan tp tewas pd ganjaran....hahahaha gelak keji! Btw, thanks umi & papa. Senang anakanda nk praktikal nanti!

Thursday, May 20, 2010

Sudah biasa begini. Dunia - Wieeeeeeee

Haishh...Hari nie 20 Mei. Maknanya ade 17 hari lagi cuti bersisa. Masalahnya sekarang, aku tak balik2 bercuti lagi. Asal nk balik fikir banyak lagi kerja tak setle. Harus siapkan tempahan pakej dulu sebelum balik duk goyang kaki di rumah. Goyang kaki tekan gear gi tempah pakej MTM plak.Adeh.

Tapi. Tak mengapa.Cuma kadang2 masalah kekurangan sumber makanan nie yg buatkan hormon2 aku tak stabil.Ingat senang nk cari makanan masa cuti.??Lagi2 di UPM neh. Hampeh. Sume ttp pintu kedai rapat2.Agak2 angin pun susah nk masuk.

Lapar!Nk gi makan.

Tuesday, May 4, 2010

Shopping.Lagi???

Ya
Itulah hakikatnya
Kali nie wit my family

Alamanda.WoW!!!
Hebat betul bila shopping ngn parent
kjp je da habiskan beratus RM dan mungkin ribu.Selagi papa bg hint baek punyaa..aku amik jeR.

F.Timber.Google.GAP.Levi's.Guess.Camel Active.G2000.Vincci.

Cukuplah tu.

Kalo kuah tak tumpah ke nasi.kemana lagi.