Monday, November 22, 2010

Teknologi pembunuh tradisi?

Aku rasa budak-budak sekarang dah tak thrill dah. Pagi tadi adik aku telefon, mintak aku pujuk big bos sebab dia nak tukar fon. Adik aku baru darjah 6! Gila lah kau budak. Muda-muda dah hadap gelombang, aku umo 18 baru ade henfon. Tu pon dah puas melalak, nada dering monofonik  plak tu. Masa aku darjah enam dulu aku duk bizi main tutup botol lagi. Hahaha.

Kalau bagi tutup botol kat bebudak zaman sekarang, alamak kategori sampah la bagi diorang. Weyh, aku buat main sampai nangis-nangis kot sebab kalah! Haha, Dulu permainan banyak recycle je. Takde maknanya mak bapak nak habeskan beratus-ratus untuk buat hiburan anak-anak. Kalo ko nak main, pepandai ko la. Oh ya, nie kategori anak kampung cam aku je. Orang bandar aku tak tahu diorang main apa. Mesti korang kumpul barbie kan, harhar. 

Berbalik kepada mainan budak kampung cam aku nie, tak de yang kuarkan duit pon, kira mainan stok recycle je sume. Kalo ko nak main tutup botol, gi la pakat-pakat minum air soda ke sarsi ke. Dapat lima penutup. Jalan! Kalau beli nasi bungkus ke atau pape yang diikat dengan getah, kompem aku simpan getah tu, sangkut kat paku atau letak atas peti ais, dah banyak nanti ikat buat main lompat getah, kalo tak tahan sangat nak main, getah tak cukup, buat yang single je, kalo getah banyak bleh buat yang double line! Lagi best! Paling tak pon aku curi kapur papan hitam kat sekolah, balik umah aku conteng kat pintu ke, lemari ke, boleh la setakat nak paksa adik-adik aku jadi anak murid tu.bahaha.

Banyak kot permainan dulu kala yang safe bajet! Lepas tengok power rangers mesti bertumbuk adik beradik dan cop nak jadi power rangers kaler ape. Bertumbuk tu bleh kira bermain tak? Satu lagi permainan yang aku gemar tapi merbahaya ialah, aku buat-buat rajin gi bakar daun kering atau sampah then........ aku amik ridset, aku sembur kat api tu...hahaha. =_=".


p/s : limabelas entri pon belum tentu cukup kalo nak citer gila aku zaman budak-budak...hahaha, nanti la aku share sket-sket, mana taw dapat kita flash back sambil sengih-sengih.

5 komen:

raazak.mohd said...

hihihi.main mak mak ko eaaa?hahaha

Lurunna said...

tu la pemainan yg aku tak penah main!kesian tak? main masak2 pun tak penah! tak aci betul jadi adik kpd abg!

hamzah ian said...

gua slalu main ape.. haha

Lurunna said...

lu org mane? standet cam gua gak kan..?hahaha

ann_miera said...

ingt zaman mude2 dulu.........