Monday, December 27, 2010

Benci teknologi?

Di akui bahawa BATERI adalah benda kecik yang penting kat rumah aku. Oh my... remote tv, astro, kipas, aircond, radio, jam. Sume guna bateri. Dan... bermasalah betul bila bateri kong tetengah malam. 11, 12 malam oke lagi...nie 2, 3 pagi saper rajin nak bawak kereta masa tu ha?? even 7e tak jauh tapi arggghhhh!!!

Jadi terpaksalah buat jahat sket, amik bateri remote aircond bilik adik aku dan replace dengan bateri remote bilik aku.  Then bila dah sejukkan bilik, amik bateri tu letak dalam bateri remote astro (tv sentiasa dalam mode standby, no need remote) , tetibe rasa panas, amik plak bateri tu letak dalam bateri remote kipas. Then nak tukar channel tukar balik. GILA! kenapa bateri harus abes serentak arrrhhh? 

Agak memalukan dan harus di akui aku jakun tak reti guna ice maker! tak reti oke. isi air tapi 2,3 ari tak jadi-jadi lagi ais. Then I ask my sis, dia kata tak sampai sehari dah jadi ais dia gi tengok dan cakap aku tak sambung tiup. aku macam.. wat theeeeee?? ye la...ye la... aku tak pernah isi air dalam ice maker. demm. aku pon compius nak guna mesin basuh baju. Kat kolej just masuk RM2 then tekan. dan tunggu.siap. pegi jemur.. kat rumah aduhai macam sepapan penuh programming. nak basuh ape, air takat mana, colour or tak, warm or cool water, aku macam ape neh? last-last aku suh adik aku set up kan. ngehngeh. malas lah nak tengok buku manual, bukan aku duk umah lelama pon. 

Habeslah ...dunia dikuasai robot...dan anda harus menguasainya...ye manusia pemalas berteknologi tinggi macam aku nie harus kuasai robot! basuh baju, berhibur, nak minum air sume kena guna robot....argghhhh.. It's a scary worldddddd.... *macam MelB la plok...*dushdush

2 komen:

Husna Adilah said...

hehehe, ayat pemalas tu die line kan ek? :D ihik2!!! >_<

Oda Willy said...

haruslah...coz jarang2 je malasnya.. *ayat caber line..