Berdebar pulak malam nie. Pemenang Suzuki Cup 2010 akan ditentukan dengan perlawanan malam nie. Dekat twitter kecoh perbalahan antara peminat negara masing-masing. Kalo ikutkan profesionalisme, sah-sah la salah apa yang peminat buat tu. Tapi pasti ke peminat Malaysia/orang Malaysia yang buat? Bila difikir balik, paminat Indonesia pun sama je. serangan laser jugak pada perlawanan lepas, tapi rakyat malaysia khususnya pemain sendiri tak kecoh pon. Atau memang isu-isu terdahulu yang buat Indonesia naik angin?
Ape pun, sebagai rakyat Malaysia aku bangga dengan pencapaian sukan bola sepak di Malaysia setakat nie. Hari tu Kelantan dah menang Piala Malaysia, kalau bawa pulang Piala Suzuki buat pertama kalinya ke Malaysia, huhhh...!
Harapnya kedua - dua negara (pamain, penyokong dan segala-galanya) bertindak secara profesional, biar kita menang puas, kalah bermaruah. Tak de guna menang tapi di caci maki seluruh pelusuk dunia. Dan lagi tak guna bila kalah dan memalukan diri sendiri dengan sikap bodoh dan memalukan. Apa yang dicari sebenarnya? Pelik betul aku. Semangat tu penting! Tapi jangan jadi macam Pak Pandir sudeh.
Peminat harus matang, barulah sukan berkembang. Baik jadi jaguh kampung saje kalau tak taw adat bertanding ada menang kalah, ye lah kalo jaguh kampung bercakar sesame saudara saje, air di cincang takkan putus orang kata, tapi bila mau jadi jaguh sebenar takkan nak bercakar dengan jiran serumpun!? Semoga situasi malam nie terkawal dan kemenangan berpihak kepada yang berhak. :)
p/s : majulah sukan untuk negara.
0 komen:
Post a Comment