adik bongsu. bukan paling bongsu cuma bongsu. oke stop. stop!
Si adik bersedih kerana ditempatkan di kelas yang dia tak puas hati. Bila chatting dengan si kakak, maka keluarlah emoticon untuk menyatakan betapa sedihnya dia. Tapi emoticon itu telah menyebabkan kakaknya berasa sangat kelakar sehingga gelak guling-guling. Tak seswai dik ko nak sedih sebab tu. Sebenarnya banyak aspek lagi seperti si adik nie tersangatlah malas belajar dan asyik naik basikal dan motor ke hulu hilir, balik rumah nangis-nangis sebab jatuh motor atau ade orang langgar. bila malam selalu tengok tv layan ANTM, OK Karaoke, MTV dan lain-lain, sampai pernah mesej si kakak yang berada di serdang untuk menyatakan dia tak sabar untuk.. untuk tengok channel Astro First. =_='. Dan setelah lalui hari-hari demikian hampir setiap hari maka tahulah sudah perangai si adik bagaimana.. ye dak?
Jadi seswaikah emoticon itu untuk menunjukkan bahawa dia rajin bersungguh-sungguh untuk belajar tetapi diletakkan juga oleh cikgu dikelas yang di tidak berpuas hati? Tak seswai ye dek non. Tak seswai! Tapi walau bagaimanapun kakak tetap bagi kata-kata semangat yang barangkali saat kakak tulis watikah ini, si adik sudah pon lupa semua nasihat tadi. dan si kakak langsung tak heran.
chatting ngan adik bongsu. sila perhatikan emoticon si adik!
Si adik baru je masuk sekolah menengah. Annurul Artikah Annuar namanya. Ya, kami adik beradik adalah annurul dan annurul adalah lurunna. sekian.
0 komen:
Post a Comment