Salam
Sekarang nie aku sedang sibuk menguruskan produksi Grup Teater Amar bersempena dengan Festival Teater Interkolej UPM (FESTIK).
Insyallah, kami akan jalankan pementasan skrip hasil karya Siti Jasmina Ibrahim, skrip yang mana... akan aku rahsiakan dulu. Konon untuk efek kejutan.Haha. Siapa yang tak kenal Siti Jasmina sila hantuk kepala ke dinding tiga, pat kali. Sekurang-kurangnya tiga, pat kali ye.!
Dan kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan serta penajaan bersempena dengan pementasan nie, bolehla emel aku di lurunna@gmail.com. Mungkin ade sesiapa yang cintakan seni dan berminat dengan pementasan begini boleh berikan sumbangan untuk kami generasi muda berkarya. Ye la, aku sendiri pon still belajar, selok belok perlu difahami dan dipelajari, dan kepada sesiapa yang ingin membantu untuk pementasan ini pon aku alu-alukan dan dimulai dengan ucapan ribuan terima kasih.
Kalau tak mampu atau tak sudi pon tak pe. Sekurang-kurangnya kalian doakan kami berjaya merangkul anugerah di pementasan tersebut! Tiada wang ringgit yang dipertaruhkan, cuma pengalaman dan ilmu yang tak ternilai diperoleh melalui pementasan ini. Kepada mereka yang menyumbang, akan dijemput hadir secara rasmi ke pementasan teater ini. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca. :)
0 komen:
Post a Comment