Showing posts with label Grup Teater Amar. Show all posts
Showing posts with label Grup Teater Amar. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Trivia Krew GTA 2011 : yang korang tak tahu ( Part 2 )

Baiklah, kita sambung Trivia berkenaan team GTA KC yang korang tak tahu dan harus tahu...

  1. Pelakon utama Sembunyi Di Atas Noktah... Zul a.k.a Tuah pelat beberapa huruf dalam alphabet, paling ketara adalah huruf S. 
  2. GTA sinonim dengan penggunaan cheers bagi membakar semangat krew produksi. Pada sesi kali ini, GTA menggunakan cheers HEBAT!!! atau lebih dikenali sebagai cheers arwah! Cheers ini digunakan sejak hari pertama audition, dan diperdengarkan beberapa kali di Auditorium Jurutera.
  3. Minggu pertama bermula latihan dan minggu terakhir latihan sebelum pementasan, krew produksi GTA dihidang dengan donut dari BIG APPLE.
  4. Kenderaan rasmi krew GTA ialah kereta Kancil PEN, dan wira kaler pink!
  5. Wan Hidzir a.k.a Mamu merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil order dan membeli makan malam krew GTA sepanjang cuti pertengahan semester.
  6. Produksi GTA KC adalah satu-satunya kolej (setakat ini) yang membuat road show bersempena dengan Festival Teater Interkolej. Tiga tempat tumpuan ialah Putra Food Court, Food Court Serumpun dan Fakulti Kejuruteraan.
  7. Sugar Glider adalah peneman rasmi krew GTA
  8. Setiap kali memasuki BSB untuk latihan, pelakon utama secara automatik akan menanggalkan kasut biarpun BSB dipenuhi dengan tahi burung... =_="
  9. Tidak ada seorang pun pelakon 'Sembunyi Di Atas Noktah' tidak dipukul oleh jurulatih kami, samada dengan menggunakan hanger, ranting kayu, tongkat datuk kelana ataupun skrip
  10. Krew Produksi GTA KC adalah nocturnal! sila google..

Friday, February 18, 2011

Trivia Krew GTA 2011 : yang korang tak tahu ( Part 1 )

Alhamdulillah, tamat sudah pementasan teater, "Sembunyi Di Atas Noktah". Ramai yang datang memberi sokongan. Terima kasih semua. Nantikan saje keputusannya pada 27hb Februari nanti. Moga-moga ade rezeki untuk team kami.

Hmmm...sebenarnya banyak perkara belakang tabir yang korang tak tahu. Jadi aku nak review balik kejadian- kejadian sepanjang proses pembikinan teater ini. Macam best kan! 
  1. Kebanyakkan krew produksi GTA terdiri daripada pelajar tahun 1,2 dan Final year student. Kemana tahun 3? Hmmm...itu kami tak tahu!
  2. Hampir separuh daripada krew produksi GTA "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah krew GTA "Kopi Susu Sepatu Biru".
  3. Terdapat 5 pelakon, 4 korus dalam teater ini dan hanya seorang saja pelajar tahun 2 iaitu Cik Laila Khalida, selebihnya adalah pelajar tahun 1. Kiranya GTA gunakan pelakon yang paling "hijau" berbanding dengan kolej-kolej lain.
  4. Cuti pertengahan semester digunakan sepenuhnya untuk latihan siang dan malam. Latihan tanpa henti.
  5. Pada asalnya, pementasan "Sembunyi Di Atas Noktah" adalah pada 15hb Februari, namun tarikh kemudiannya di tukar berikutan menghormati sambutan Maulidur Rasul.
  6. Latihan sepanjang cuti semester biasanya tamat dengan menonton movie beramai-ramai dengan hanya mengunakan laptop 14'. 
  7. Bagi mengelakkan terlewat untuk latihan sebelah siang, kebanyakkan krew GTA mengambil langkah untuk tidur di PKP, dan ade yang tidur di dalam STOR PKP, dasyat tak? hehehe
  8. Pelakon-pelakon yang terlibat dalam GTA ada yang terpaksa 'curi-curi' untuk menikmati air sejuk/ ais berikutan syarat berpantang minum sebarang air sejuk/ais.
  9. Selain daripada PKP dan BSB, krew GTA juga menggunakan Pentas Angsana, Bukit Ekspo sebagai tempat latihan rasmi.
  10. Kejadian malang yang menimpa krew sepanjang latihan... 2 orang kehilangan dompet dan seorang kehilangan handset tanpa disedari di tempat yang sama iaitu Mines! 2 orang krew terseliuh kaki dan salah seorang krew GTA kehilangan haiwan kesayangan.

PKP : Pusat Kegiatan Pelajar, Kolej Canselor
BSB : Balai Seni Budaya, Kolej Canselor

Untuk tahu lebih lanjut.... ikuti trivia ini sehingga part akhir....watch out!!!! :)

Tuesday, February 15, 2011

Passion?


Lagi mau taw kenapa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Just another day to go! Mak nebes uolsss.

Wednesday, January 26, 2011

Mood : Teater


montaj teater tahun lepas

Sekarang mood berteater dibuka seluas-luasnya. Dah lama sebenarnya aku join group teater nie, aku seronok berkarya dan berseni even lukisan aku worse giler tapi nak buat camne, seni dah sebati dalam diri aku. Pantun, teater, drama, nasyid, band, irama asli. Pendek kata semua benda berusurkan seni budaya kreatif nie aku cukup suka dan puas bila dapat ceburinya. Entah bila aku terjebak pon aku tak pasti. sigh

Grup Teater Amar (GTA), iaitu grup teater kolej aku... akan menyertai pertandingan teater interkolej tak lama lagi. Memang kepala dak seni nie gila tak hengatlah kan. Latihan pung pang pung pang, kejap ade yang tergolek-golek atas lantai la, kejap ade yang merintih-rintih la, kejap ade yang meroyan la. Tu tak termasuk lagi yang menjerit lari satu PKP dan yang kentut merata lagi.! =_=". Dari mana datang asal usul diorang nie, aku tak tahu lah. ha ha ha. 

baiklah. Tak percaya budak GTA giler? aku kepilkan beberapa bukti! buat muka penyiasat serta merta



habit buruk. mengelupur kat mana-mana. kat mana-mana oke! So kalo jumpa mereka-mereka nie kat mana-mana, sila bertabah! dan tak payah buat muka pelik. cukuplah mereka saje pelik dan aneh. har har har.


p/s : sesedap rasa je kata...bukan grup aku jugak ke...hahaha

Friday, January 21, 2011

Mencari Penaja

Salam

Sekarang nie aku sedang sibuk menguruskan produksi Grup Teater Amar bersempena dengan Festival Teater Interkolej UPM (FESTIK).

Insyallah, kami akan jalankan pementasan skrip hasil karya Siti Jasmina Ibrahim, skrip yang mana... akan aku rahsiakan dulu. Konon untuk efek kejutan.Haha. Siapa yang tak kenal Siti Jasmina sila hantuk kepala ke dinding tiga, pat kali. Sekurang-kurangnya tiga, pat kali ye.!

Dan kepada sesiapa yang sudi untuk menghulurkan sumbangan serta penajaan bersempena dengan pementasan nie, bolehla emel aku di lurunna@gmail.com. Mungkin ade sesiapa yang cintakan seni dan berminat dengan pementasan begini boleh berikan sumbangan untuk kami generasi muda berkarya. Ye la, aku sendiri pon still belajar, selok belok perlu difahami dan dipelajari, dan kepada sesiapa yang ingin membantu untuk pementasan ini pon aku alu-alukan dan dimulai dengan ucapan ribuan terima kasih.

Kalau tak mampu atau tak sudi pon tak pe. Sekurang-kurangnya kalian doakan kami berjaya merangkul anugerah di pementasan tersebut!  Tiada wang ringgit yang dipertaruhkan, cuma pengalaman dan ilmu yang tak ternilai diperoleh melalui pementasan ini. Kepada mereka yang menyumbang, akan dijemput hadir secara rasmi ke pementasan teater ini.  Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca. :)

Sunday, February 14, 2010

Jalan-jalan GTA

13 Februari 2010


Seronok!!!!event just gi Mines, tp fun dpt spend time together after behempas pulas siapkan keje2 FESTIK. Actually x cukup korum tp itu x mematahkan semangat kami utk megambil gambar dgn bykbyk. Tujuan utk menjeleskan mne2 ahli GTA yg xpegi....muahahhaha.

Oke sila tgk gambar!hehe



kami.sy suke.sungguh.x.tipu. :)


adakah hidop berjiran mengundang sengketa???

da pikir???
Lain kali mau kuar same2 lagi.Tapi kali nie, sila cukupkan korum.Thanks to all my friends.Sgt fun bersama korg!dan jgn bimbang.Walau kuar merambu.keje still jln afte berjalan2.....hahaha.Salutelah korg. Insyallah ade rezeki kite nanti!Sama2 kite berdoa. :)