Sunday, January 16, 2011

Mari dekat-dekat. rapat-rapat!

Bangun pagi-pagi pernah tak korang rasa lapar gila sampai nak mandi pun malas? Bila korang lapar gila, pernah tak korang cek laci, almari, beg, plastik sampah, bilik member..sume tak de makanan? Mesti marah kan? Mesti rasa nak lempang member atau rumet sebab diorang pon tak de makanan kan? dan lebih menyakitkan hati bila kafetaria kolej langsung tak bukak yang buat korang lagi marah sampai darah mendidih naik ke kepala dan rasa nak terajang sume orang yang lalu tepi korang. Kalo pernah rasa macam tu hebat sekali, kami di Kolej Canselor ada penyelesaian. Jeng...jeng...jeng..perlu ade efek bunyi untuk menimbulkan tanda tanya!


Pertama, Galeri Usahawan Canselor (GUC) yang menyediakan perkhidmatan jualan runcit. Dibuka setiap hari bermula dari jam 8.30pagi sehingga 12.00 malam. Apa saja yang korang nak ada di jual disana. Jadi tak perlu ke Giant, atau Parkson semata-mata nak beli deodorant, sabun basuh baju mahupun axion! Kalo rasa nak makan roti, atau icekerim atau apa-apa saja makanan ringan, silalah singgah di GUC. Polisi baru kami ialah "NO plastic bag on SATURDAY" sila bawa troli mahupun beg kuliah anda jika merancang untuk beli banyak barang. Tapi. Ada tapi... kalo korang berdegil tak nak bawak pelastik sendiri tapi nak beli banyak barang boleh saja... cuma korang akan dikenakan caj tambahan 20 sen untuk setiap pelastik. 

Kedua, bila singgah di GUC tak lengkap kiranya korang tak singgah di gerai di luar GUC, memang tak lengkap. Jadi pilihan yang korang ada untuk mengenyangkan perut korang atau nafsu makan korang adalah...


Gerai Ice Blended.!! Macam-macam perisa ada. Kompem korang tak jemu even minum tiga, pat kali sehari. Perisa juga boleh dicampur aduk kalo korang nie jenis yang suka mencuba serta ber-perut kental macam aku!  dan...dan harga dia juga berkali-kali ganda lebih murah daripada setarbak mahupun kopibin. Untuk minuman smoothies, harga dari RM 1.50- RM 2.50, dan untuk yang lain-lain harga dari RM 2.50- 5.00 sahaja. Murahkan? murahkan? ye.sila angguk tanda setuju.

Kemudian, bila korang jalan setapak je lagi dari gerai Ice blended, dan 3 tapak dari GUC korang akan jumpa dengan kedai yang boleh memberi kekenyangan berganda kat korang. 


Gerai Ayamazz Roti Impit. Nie juga gerai daripada budak-budak rajin berbisnes di KC. Jadi sila jangan malu dan segan untuk singgah dan memborang makanan dari gerai mereka. Ada tiga perisa iaitu cheese, mushroom dan black pepper. dan semuanya sedap-sedap belaka. Tidak lupa juga ade air yang tengah up sekarang iaitu air yang ade biji-biji yang kenyal! kalo nak taw macamana kenyal sila beli dan minum dan gigit! hahaha.

Dan tidak lupa juga gerai Mr Potato twist crunchy!...


Terletak betul-betul bersebelahan dengan gerai ayamazz tu. Juga hasil usaha budak-budak rajin berbisnes di KC! Jadi...kalo korang nak efek thrill bila makan kentang, haruslah beli kentang pusing-pusing nie dari kedai mereka. Makanan lain seperti nasi lemak, French fries, dan keropok lekor comel juga ade dijual.

Hebatkan? hahaha. Ye sila angguk kepala! korang takkan berlapar dahaga bila berada berdekatan dengan Kolej Canselor,(KC) UPM. dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kemampuan pelajar tak berduit macam aku korang nie, korang boleh mengenyangkan perut yang lapar serta mengulangkaji pelajaran tanpa tekanan jiwa! Bagi kolej-kolej yang berjauhan dari KC..sila jangan malu, jangan segan untuk datang membeli dan blah disini.! kalo nak datang tu jangan lupa mis call i oke... sambil buat muka ayu.hahahaha.



p/s : ade komisen tak wahai tokei-tokei sekalian sebagai upah promote..? :P

4 komen:

husna.Rahman said...

weeeee~

rindu sama itu ice blended

dan tepi GUC da makin byk gerai...

seb bek da abez blaja klu tak mmg konfirm kopak setiap jam

..............neway KC is the best~

Oda Willy said...

kan...mantap gitu..haha

bella said...

hari2 g guc mesti beli esBlended, roti impit dngan kentang putar.matilahh.haha

Oda Willy said...

hahaha...tu la pasai...tp xpe, support member2..haha