Tuesday, January 25, 2011

Nak kaya macam Siti Nurhaliza lah.

Banyak betul nak guna duit kebelakangan nie. Bukan kebelakangan nie je. Memang sejak diperkenalkan mata wang lagi, duit macam jadi raksasa paling jahat yang menyerang manusia, saper yang tak de duit dia akan mati macam otomen yang hilang kuasa laser...bippp...bippp.bippp. Ciss. Dan bulan tiga nanti aku akan keluar dari kolej untuk berpraktikal. Sekarang tengah melilau cari rumah sewa area Seksyen 16, Shah Alam. Mahal kemain. Macam nak cacat jap bila dengar amount deposit. Bayar deposit je dah macam bleh beli blackberi 2 biji. Tu baru deposit, kalo bayar sewa untuk tiga bulan pertama dah boleh buat bayar muka Persona. Mampu kauuu???

Aku nie dah la tak de langsung kemahiran nak ternak duit, malah duit yang orang bagi pun habes tanpa dikesan! Ntah ke mana, mungkin setengah ade dalam perut, setengah lagi habes sambil duk berbual dan main mesej-mesej. Nak kata duit habis duk tempek kat muka, aku bukan jenis yang pakai airsedo atau lipgelos. Haishh, sah duit aku duk dalam perut nie. sambil tengok perut sendiri. 

Tadi bila duk sibuk godek-godek FB, mata aku terpukau. Terpukau sebab duk baca statement yang berunsurkan kehacuran. Kehancuran poket aku! demm. Tak de kerja lain, kiri kanan duk mintak duit. Nak je aku santau semua orang yang minta duit daripada aku.ha ha ha gelak sambil cekak pinggang. Loser sungguh hidup bila tak de duit nie. Kalo terus macam nie nampak gayanya nak kencing pon kena berhutang. Ye la, jalan dua tiga langkah, kalo nak kencing kena bayar 30-50 sen. Nak minum air kosong...air kosong yang tak de rasa tu pon dah 50sen. Naik kereta tak sempat panas bontot pon dah kena bayar RM3, dah lah guna kereta sendiri, minyak bayar sendiri, nak lalu kat jalan raya pon kena bayar. Kalo ade alternatif lain cam terjun ke laut ke, kompem aku buat. Macam mana nak survive. 

Sebab tu kot aku jadi anti sosial sekarang. Nak hidup bermasyarakat kena banyak duit. Aku ape lah ade, setakat syiling 10sen tu, adalah sebalang. Tu pon tak berapa nak penuh. Haishhh. Siti Nurhaliza kalo nyanyi orang bagi duit, agak-agak aku boleh tak?





0 komen: